Posts

Showing posts with the label halatuju

Halatuju anda

Selain faktor harga diri dan tanggungjawab guru yang perlu diperbaharui semula, faktor hala tuju guru-guru pada hari ini adalah satu kemestian yang perlu direvolusikan semula secara total. Hala tuju yang dimaksudkan di sini ialah sikap dan keinginan guru-guru untuk melangkah lebih jauh lagi daripada apa yang dicapainya pada hari ini. Melangkah lebih jauh bermaksud mendalami ilmu yang mampu memberikan makna yang berguna bukan sahaja kepada diri sendiri malahan lebih dari itu, untuk melengkapkan bekalan ilmu kehidupan masa hadapan kepada anak didik yang dihadapinya pada hari ini. Seorang pengembara bergantung kepada peta apabila beliau pertama kali menjejakkan kakinya kesatu destinasi yang asing baginya. Ada peta yang berbentuk umum dan ada yang terperinci mengikut kesesuaian. Sebagai seorang pengembara, peta yang terperinci sangat membantu pengembaraan berbanding sebuah peta yang umum. Begitu jugalah hakikatnya dengan senario warga guru. Buku panduan sukatan pelajaran disediakan oleh p...

Mencorak Generasi Pewaris Negara

Kanak-kanak dan remaja merupakan golongan yang mudah dipengaruhi minda mereka. Pada peringkat ini, sewaktu mereka sedang mempelajari tentang erti kehidupan, sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk menyumbangkan input tersebut. Input yang diasuh bakal mencorakkan cara hidup mereka pada masa hadapan. Perkembangan tersebut secara langsung membuktikan Institusi Pendidikan bertanggungjawab melahirkan generasi pewaris negara yang akan menerajui negara. Generasi ini bakal menentukan halatuju negara pada masa akan datang yang semestinya lebih kompetitif dan mencabar. Sehubungan itu, pihak perancangan dan pelaksanaan dasar pendidikan negara merupakan anggota terpenting dalam kitaran masyarakat hari ini. Hubungan secara terus mereka dengan generasi pewaris ini haruslah ditangani dengan penuh teliti kerana sebarang kecacatan bakal menyebabkan kerosakan pada corak negara akan datang. Pihak perancang dan penggubal dasar di negara ini haruslah berpegang teguh pada matlamat yang sejati sec...