Posts

Showing posts with the label teknik berfikir

REALITI PELAKSANAAN HASRAT DAN MATLAMAT KERAJAAN ERA TUN DR MAHATHIR (sambungan artikel lepas)

REALITI: Sejauh manakah kemajuan yang dicapai secara kolektif setakat ini berdasarkan realiti diperingkat pelaksanaan? Secara kolektif, pencapaian kemajuan pengkomputeran sebenarnya berada di bawah tahap yang wajar. Apa yang berlaku secara realiti adalah penggunaan IT dalam P&P gagal membawa makna sebenar kaedah tersebut. Komputer dilihat sebagai satu perkakasan yang perlu dipelajari cara penggunaannya sedangkan fungsi sebenarnya hanyalah sebagai alat bantuan mengajar. Penggunaan Internet secara optimum gagal dimanfaatkan kerana ia sebenarnya memerlukan seorang guru yang kreatif untuk menghasilkan suasana P&P yang kondusif. Kegagalan guru meneroka potensi Teknologi Maklumat menyebabkan strategi P&P mereka tidak ada bezanya dengan P&P menggunakan papan hitam. Teknologi Maklumat sebenarnya mampu menjadikan suasana P&P yang merangsang minat pelajar memahami isi kandungan pelajarannya. Kreativiti guru menghasilkan kepelbagaian kaedah pengajaran menggunakan IT juga seben...