Karnival Malaysia Inovatif 2010
Saya akan berada di Malacca International Trade Centre (MITC) pada 12-14 Nov 2010. Sempena karnival tersebut yang dianjurkan oleh MOSTI, saya akan membuka booth pameran dan mempamerkan mesin rekaan syarikat Zull Design Autotronic. Diantara bahan pameran ialah mesin robot membuat roti jala. Saya juga akan mempamer serta menjual sistem penggera rumah yang menggunakan kuasa bateri. Pada 14 Nov, saya akan menjalankan Bengkel Inovasi dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Dalam bengkel ini saya akan mendedahkan teknik untuk menjadi seorang yang kreatif serta bagaimana untuk menghasilkan inovasi. Bengkel ini adalah bengjkel terbuka dan boleh disertai oleh sesiapa. saya amat berharap para guru di sekitar kawasan tersebut dapat menghadirkan diri menyertai Bengkel ini kerana saya akan berkongsi tips mengajar yang menyeronokkan.