Posts

Showing posts with the label simplification

Adakah pelajar kita memahami apa yang dipelajari?

“OK , ada apa-apa soalan?” tanya guru kepada pelajarnya. Kebiasaannya…para pelajar akan senyap tanpa bertanya sebarang soalan. Inilah sindrom yang dialami oleh para pelajar pada hari ini, baik diperingkat sekolah rendah, menengah mahupun peringkat lebih tinggi. Mengapa agaknya pelajar kita sangat kurang bertanya soalan? Pelajar kita kurang bertanya soalan kerana mereka tidak memahami apa yang dipelajari. Pelik bukan. Pelajar yang aktif bertanya di dalam kelas adalah disebabkan oleh guru yang pandai membuatkan pelajar mereka memahami apa yang dipelajari. Ternyata kenyataan ini benar apabila kita bertanya kepada pelajar-pelajar tersebut atau anak-anak kita sendiri. Guru-guru mengajar anak kita menghafal. Pada mereka, yang penting adalah murid lulus dalam peperiksaan. Pemahaman mereka terhadap subjek tersebut kurang dititikberatkan. Kalau tidak percaya, silalah bertanya kepada anak-anak anda agar mereka menghuraikan apa yang mereka pelajari. Contohnya bagaimana empangan hidro elektrik yan...