Posts

Showing posts with the label ibubapa

HANDPHONE: HANYA TAHU MENGGUNAKAN TETAPI TIDAK FAHAM KEGUNAANNYA

Image
KURSUS PENGENDALIAN HANDPHONE SECARA MUDAH (Sesuai untuk setiap golongan termasuk suri rumah kerana penyampaian dibuat dalam bahasa yang mudah) Hampir kesemua daripada masyarakat di negara ini tidak kira usia sudah memiliki handphone. Apabila sesebuah handphone mempunyai fungsi yang dipelbagaikan, maka ianya dipanggil Smartphone. Tapi berapa ramaikah daripada kita yang memanfaatkan smartphone ini sebagai bahan ilmu pengetahuan? Tidak dinafikan ianya membawa banyak kemudaratan apabila tidak ditangani dengan betul. Sukar untuk kita membendungnya terutama dalam mengawal penggunaan kandungan terlarang dikalangan anak-anak kita. Selain daripada membina satu disiplin , sebenarnya ibubapa boleh memantau kandungan yang terdapat dalam handphone anak kita serta mengawal pergerakan anak-anak kita dengan mengunakan smartphone ini, Selain daripada perkara di atas, saya percaya jika kita mengetahui kaedah mencari bahan berpengetahuan yang tepat, sudah pasti anak-a

PANDUAN MENGAJAR MATAPELAJARAN UNTUK IBUBAPA

Image
Seperti yang dijanjikan saya akan menjadikan blog ini sebagai panduan kepada ibubapa untuk membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran anak-anak kita agar mencapai tahap kecemerlangan total. Kecemerlangan total bermaksud mereka menguasai pengetahuan yang diajar dengan bijaksana. Bijaksana merupakan kemahiran untuk menguraikan pengetahuan diluar konteks buku pelajaran. Dalam ertikata lain anak-anak kita mampu untuk berfikir diaras yang tinggi. Ibubapa tidak boleh bergantung sepenuhnya  kepada tugas guru di sekolah untuk mengajar anak-anak kita agar menjadi pelajar yang cemerlang secara total. Guru-guru telah menjalankan tugas mereka sebaik mungkin di sekolah dan kita perlu menyedari bahawa cabaran perguruan yang semakin hebat telah membataskan penyampaian mereka. Namun itu bukanlah alasan mengapa anak-anak kita kurang menguasai kemahiran berfikir dengan baik. Mengambil sikap menyalahkan keadaan adalah merugikan kita. Sebaliknya kita perlu bertindak segera untuk memperbaiki

Lawatan ke rumah pelajar

Semalam saya berjumpa dengan bekas anak murid saya setelah 18 tahun tidak berjumpa. Namanya Hafiz. Saya mengajar Hafiz sewaktu dia berada di darjah 1. Beliau menemui saya di facebook dan lantas menghubungi saya. Jadi malam tadi atas usaha Hafiz,kami berjumpa. Saya berbangga kerana dia kini telah berjaya. Selain menjadi seorang jurutera, beliau juga membuka pusat tuisyen. Yang menyebabkan saya berasa lebih berbangga, kerana dia berhasrat untuk berjumpa saya kerana dia merasa perlunya berjumpa dan bertanya khabar kepada bekas gurunya. Saya merasa sungguh tersentuh kerana bekas pelajar saya semasa di darjah 1 masih mengingati saya. Sungguh terharu. Kami bercerita panjang dan cuba mengingati kisah silam. Saya ditemani isteri saya dan kami bertiga berterusan bercerita sehingga jam 12 malam di kedai mamak. Saya berbangga kerana bukan sahaja dia bejaya dalam kerjaya, tetapi amat berbangga kerana dia pandai menghormati bekas gurunya. Inilah nikmat sebenar seorang guru. Melihat bekas pelajarnya