Posts

Showing posts with the label tulus ikhlas

Tulus Ikhlas Anda

Bagaimana untuk memastikan konsistensi kita memikul jatidiri tatkala kita dihujani pelbagai cabaran yang tidak tertanggung sehingga memaksa kita menggadaikan jatidiri yang dibina? Jawapannya berbalik kepada kesedaran tanggungjawab sebagai seorang guru. Tanggungjawab yang tidak ada tolak bandingnya atau tanpa prejudis kerana kegagalan kita membekalkan mereka dengan ilmu secukupnya bakal memberikan kesan yang berpanjangan terhadap pelajar tersebut apabila mereka meningkat dewasa. Berat sungguh tanggungjawab tersebut dan nyata ia tidak sanggup dipikul oleh sebarangan manusia. Jika seorang guru enggan memikul tanggungjawab tersebut maka beliau harus memikirkan kembali secara serius kelayakan beliau memegang jawatan sebagai seorang guru. Sesungguhnya di dalam hati setiap guru, ada disisipkan satu lagi kekuatan untuk meringankan beban tanggungjawab tersebut iaitu keikhlasan. Hati yang ikhlas adalah jawapan mutlak kepada penyelesaian masalah tanggungjawab yang berat tersebut. Apabila kita tel...