Posts

Showing posts with the label muhasabah

Jatidiri Guru Bhg 2

Pelik untuk menyatakan bahawa tugas guru tidak mempunyai risiko berbanding tugasan profesyen lain. Risiko yang mampu dinyatakan oleh guru-guru secara umumnya ialah keselamatan para pelajar sewaktu di bawah pengawasan mereka adalah tugas berat yang dipikul. Hanya sedikit yang mampu menterjemahkan risiko dari segi mental dan emosi apatah lagi tentang kelakuan dan adab pelajar secara menteladani tingkahlaku guru-guru yang tidak diuruskan dengan baik. Terlalu tinggi sebenarnya risiko seorang guru jika dihalusi. Guru menghasilkan produk dalam bentuk jiwa berbanding kebanyakan profesyen ikhtisas yang lain di mana puratanya dibayar atas tahap risiko kerja. Tetapi kegagalan guru melihat risiko yang dipikulnya menyebabkan masyarakat juga gagal melihat risiko mereka. Dalam hal ini, guru-guru perlu berfikir kembali rasional kepada penarafan masyarakat terhadap kerjaya mereka. Setiap individu yang bernama guru perlu bertanggungjawab di atas pemulihan semula kepercayaan rakyat terhadap profesyen pe...