Bengkel Inovasi Sempena Karnival Malaysia Inovatif 2010
Zulfadzli Haron menerangkan sesuatu kepada peserta bengkel Zull Design Autotronic dan Utusan Malaysia sempena Karnival Malaysia Inovatif 2010 di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, semalam. Bengkel Mega Ke Arah Rakan Inovasi dapat sambutan baik KOTA KINABALU 28 Mei - Bengkel Mega Ke Arah Rakan Inovasi anjuran Utusan Malaysia yang julung kali diadakan di negeri ini hari ini mendapat sambutan menggalakkan dan respons positif daripada para peserta. Bengkel yang dikendalikan oleh Zull Design Autotronic (ZDA) itu telah berjaya menarik perhatian kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada pelbagai golongan seperti pelajar, ibu bapa, guru, penjawat awam dan pekerja swasta. Rata-rata peserta bengkel sehari bermula 8.30 pagi hingga 5 petang itu, menyifatkan pengisian bengkel oleh Pengarah Latihan ZDA, Zulfadzli Haron telah membuka minda mereka dalam memahami asas inovasi. Mereka menyatakan penerangan yang diberikan begitu jelas dan mudah difahami sehingga membina keyakinan dan ...