FENOMENA WARGA GURU BHG 1
Guru, manusia yang ditakdirkan oleh Tuhan untuk mendidik golongan manusia yang lain. Takdir yang telah ditentukan sejak dia dicipta. Seorang guru sebenarnya sendiri kurang pasti pada awalnya mengapa dia menjadi seorang guru. Perjalanan seorang guru, sejak ia bertatih hingga membuat keputusan menjadi seorang guru sememangnya telah tersurat. Manusia yang berkeinginan menjadi seorang guru, yang pada awalnya dinamakan cita-cita, tidak melihat kenyataan di sebalik pahit getirnya seorang guru. Manusia yang tidak dapat menempatkan dirinya kepada cita-cita asalnya pula, guru menjadi pilihan. Manakala, manusia yang didorong untuk menjadi guru oleh ibubapa pula merupakan anak yang mematuhi asuhan ibubapa, walaupun jauh di sudut hati telah terpendam cita-cita yang lebih tinggi. Biar apapun cita-cita asal seorang manusia itu, sebaik dia melangkah kedalam bilik darjah untuk mengajar buat pertama kali, dia dinamakan guru. Maka bermulalah episod ketentuan takdir. Namakan apa sahaja kerjaya di atas mu...