Posts

Showing posts with the label bas ekspres

KAEDAH ALTERNATIF MENANGANI MASALAH NAHAS BAS

Nahas bas terburuk yang mengorbankan 27 penumpang semalam merupakan satu fenomena yang tidak ada kesudahannya. Tindakan semerta JPJ ialah dengan memperkenalkan SISTEM AUTOMATIK IMPOSEMENT yang menekankan kepada kesalahan melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat. Sistem ini diharapkan mampu menangani masalah kemalangan seperti di atas. Mampukah? Pemandu di Malaysia agak unik. Kebanyakan mereka seperti amat yakin bahawa mereka cekap memandu dan mustahil bagi mereka terlibat dalam kemalangan. Jika tidak masakan Mat rempit sanggup menunggang motorsikal sambil berdiri. Kesimpulannya kebanyakan pengguna jalan raya di negara ini tidak memikirkan keselamatan. Mereka hanya takut kepada penguatkuasaan. Kalau tak percaya lihat di lebuhraya, kalau ada kenderaan yang berselisih dihadapan member isyarat lampu, maka barulah pemandu akan memperlahankan kenderaan kerana diketahui ada perangkap had laju di hadapan. Buatlah kempen keselamatan macamana sekalipun kepada pengguna jalanraya, semua d...