Posts

Showing posts with the label Pelajar IPT

APAKAH JUSTIFIKASI YANG MENJAMIN PELAJAR IPT DIBENAR PULANG TIDAK MEMBINA GELOMBANG BARU COVID19?

Image
Ribuan Pelajar IPT yang terperangkap di asrama kini dibenarkan pulang, 1 Mei 2020. 40 hari lebih, terkurung, diberi makan dan akhirnya dibenarkan pulang dengan prosedur yang ketat. Selama di lock down diasrama, tiada satu pun kes Covid-19 yang positif dikalangan mereka. Bagus, mereka berjaya membuktikan berapa penjarakkan sosial mampu mematahkan jaringan wabak. Kini semua telah berada di kampung halaman. Bagaimanakah agaknya golongan ini dijamin tidak membentuk gelombang baru? Apakah justifikasi Menteri MOHE yang mampu meyakinkan kerajaan bahawa keputusan itu tidak memudaratkan? Saya amat berharap, sewaktu mereka masih di lock down tempohari, mereka didedahkan dengan serba serbi ilmu untuk menjadi agen penting berperanan sebagai pemutus rantaian wabak dikalangan masyarakat. Wajarlah mereka dibenarkan pulang kekampung, bukan sahaja untuk berjumpa ibubapa tetapi lebih pentig dari itu, mereka sebenarnya pergi “bertugas” dikampung masing-masing dengan menasihati kelompok pendud