Posts

Showing posts with the label tugas guru

Dialog Nasional Pendidikan Negara

Apabila saya menaiki teksi di Kuala Lumpur, ada pemandu teksi yang enggan menggunakan meter. Alasannya jalan sesak, hujan, balik nanti tiada penumpang dan sebagainya. Maksudnya lebih kurang memandu teksi ni satu tugasan yang sangat berat. Apabila tugasan tersebut dirasakan berat, maka peraturan dan undang-undang pun dicabul. Jikalau begitu baik tak payah ada peraturan dan undang-undang. Kesimpulannya, kalau dah enggan mematuhi undang-undang, maka mengapa perlu menjadi pemandu teksi?? Sebaik-baiknya carilah kerja lain dimana undang-undang dan peraturan kerja boleh memuaskan hati dan serasi dengan jiwa anda.  Apakah kaitan cerita pemandu teksi di atas dengan guru? Sekali lagi saya ingin berkongsi pandangan tentang TUGAS dan TANGUNGJAWAB seorang guru. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, teta...

PIAGAM DIRI: FORMULA MENGATASI KEBOSANAN KERJA

Apabila kita berkunjung ke pejabat kerajaan, kita akan melihat Piagam Pelanggan mereka terpampang di dinding untuk menyampaikan kepada pelanggan matlamat perkhidmatan yang mereka janjikan.Sebagai contoh, berjanji bahawa pelanggan akan memperolehi dokumen yang diperlukan dalam jangkamasa 2 jam atau sebagainya. Dalam erti kata lain, piagam ini adalah janji serta perkara yang boleh diukur. Konsep Piagam ini boleh diapplikasikan kedalam diri seorang guru untuk menjadikan kerjaya kita lebih sistematik dan menarik. Piagam Diri ini boleh dilaksanakan secara informal tanpa melibatkan sebarang polisi. Maksudnya anda menetapkan janji kepada diri anda berhubung apa yang perlu anda capai. Sebagai contoh, diakhir tahun saya berjanji bahawa kesemua pelajar saya akan mendapat markah sekurang-kurangnya C, bermaksud tiada siapa yang akan gagal. Diantara Piagam Diri Tahunan yang boleh dilakukan ialah: 1 Diakhir tahun, 30% pelajar akan mendapat A dalam matapelajaran Matematik 2 Diakhir tahun, 60% pelaja...

GURU SEMBORONO

Timbalan Menteri Pendidikan hari ini melabel guru-guru yang tidak effisyen sebagai guru semberono. Disebalik label tersebut, saya kira maruah guru-guru banyak tercalar disebabkan oleh kegagalan sebilangan mereka yang hanya menjalankan tugas tetapi tidak memikul tanggungjawab. Tugas guru ialah menyampaikan ilmu dan untuk menyempurnakannya mereka dilimpahi dengan pelbagai tugasan yang melimpah ruah. Tugasan yang melimpah ruah ini dipanggil sistem. Maka jika terdapat sistem yang betul, maka tugasan ini menjadi ringan dan menyeronokkan. Disebalik tugas itu, yang lebih penting ialah tanggungjawab. Tanggungjawab guru ialah untuk melahirkan manusia (pelajar) yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan fizikal. Membentuk sikap manusia bukanlah tugas yang mudah. Hanya mereka yang mempunyai hati yang bersih dapat memikul tanggungjawab ini. Jika tidak dapat memikulnya, maka tergolonglah mereka dalam golongan guru semberono. Guru semberono harus diberi pilihan. samada memperbaiki diri...

FENOMENA WARGA GURU BHG 4

Kita masih bersyukur masih ada guru yang begitu prihatin terhadap pelajar dan nama sekolah. Menjadi seorang pendidik bukannya tugas mudah. Tetapi terpulang kepada guru sendiri untuk mengkategorikan diri mereka. Jika dilihat, guru-guru ini dapat dibahagikan kepada dua kategori utama. Pertama yang merasakan tugas mendidik suatu tugas berat, memerlukan perancangan rapi, menyediakan pengajaran yang menarik, mendidik dengan tekun bagi memastikan kesemua anak didiknya berjaya dengan cemerlang. Walaupun tugas tersebut berat, tetapi pada akhirnya mereka merasakan nikmat yang tidak terhingga apabila objektif yang disasarkannya tercapai. Mereka mampu menggariskan pengurusan masa yang berkesan. Golongan kedua pula merupakan golongan yang mengiakan pendapat masyarakat, iaitu tugas guru memang senang. Tetapi bila berhadapan dengan masyarakat, mereka tetap mengatakan bahawa tugas guru itu berat kerana selain mengajar terpaksa melaksanakan tugas-tugas mirip buruh kasar seperti mengecat, membuat garis...