Posts

Showing posts with the label fenomena warga guru

SEWAKTU HIDUP MEMBERILAH SEBANYAK-BANYAKNYA

Guru zaman dahulu amat dihormati oleh masyarakat. Mereka dihormati kerana mereka boleh dipercayai. Mereka dipercayai kerana mereka ikhlas. Apabila mereka dihormati maka mereka menonjol menjadi seorang manusia yang hebat. Ternyata, keikhlasan merupakan sifat yang amat penting dalam hidup. Keihlasan tidak perlu didendangkan. Ianya satu kemestian jika kita ingin bahagia dalam hidup. Ramai yang mengatakan diri mereka ikhlas dalam melakukan satu-satu perkara. Apabila mereka menyebut tentang keikhlasan mereka, sebenarnya mereka telah meruntuhkan nilai ikhlas itu sendiri. Keikhlasan bermaksud melakukan sesuatu perkara dalam keadaan yang penuh kesedaran dan tanggungjawab. Manusia yang menerima sumber ikhlas dari kita pasti dapat merasainya. Apatah lagi sebagai seorang guru dengan tanggungjawab yang amat berat. Hanya keikhlasan yang menjadi ubat kepada kesukaran kita. Tidak perlu kita merungut tentang tanggungjawab yang berat kerana ia tidak akan mengurangkan beban tersebut. Hanya diri ki...

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL

Assalamualaikum Pak Pandir Terima kasih kerana komen anda melalui posting "Bolehkah Kita Bersatu". Saya rasa gembira kerana anda memperjuangkan permasalahan guru kita. Saya memang menunggu feedback sebegini kerana sekurang-kurangnya saya ditegur jika kenyataan dan pendapat saya menyinggung perasaan beberapa pihak. Bukan semua manusia yang terpilih untuk menjadi guru. Tuhan telah memilih manusia-manusia yang hebat sahaja untuk menjadi guru. Ada guru yang tidak menyedari betapa istimewanya mereka apabila ditakdirkan oleh Tuhan untuk menjadi guru. Ramai berpendapat betapa kualiti guru pada hari ini semakin menurun. Pendapat mereka berasaskan betapa  guru-guru pada hari ini memilih kerjaya tersebut sebagai pilihan terakhir. Mungkin ada kebenarannya. Tetapi walau apa pun niat sebenar, sekali mereka menjadi guru, mereka harus memikul amanah tersebut dengan sebaik-baiknya. Seorang guru harus menjadi superman/superwoman. Alangkah bahagianya dunia ini jika ibubapa dan masyarakat ...

HARGA DIRI SEORANG GURU BHG 2

Nilai-nilai murni yang menjadi impian manusia sebagai pegangan adalah fundamental kepada nilai harga diri seorang guru. Masyarakat beranggapan bahawa seorang guru adalah ahli psikologi yang sedia lahir dengan ilmu kemasyarakatan yang tinggi dan mampu mempengaruhi anak didik dengan tingkahlaku mereka. Guru tidak melakukan kejahatan malahan seringkali masyarakat menyelami jiwa seorang guru sebagai insan yang memiliki sikap pengorbanan yang tinggi semata-mata untuk kejayaan orang lain. Sebab itulah rata-rata ramai ibubapa yang melafazkan penyerahan anak mereka untuk diadili oleh guru seandainya anak mereka tidak mendengar kata. Keyakinan ini terbit kerana mereka merasakan guru merupakan insan yang adil, halus pertimbangannya dan akan mengambil tindakan atas dasar kasih dan sayangnya terhadap masa depan pelajar mereka. Kesimpulannya, kesedaran memulihkan harga diri seorang guru adalah wadah perjuangan total revolusi mental dan emosi guru yang perlu dilaksanakan di peringkat akar umbi seca...

FENOMENA WARGA GURU BHG 4

Kita masih bersyukur masih ada guru yang begitu prihatin terhadap pelajar dan nama sekolah. Menjadi seorang pendidik bukannya tugas mudah. Tetapi terpulang kepada guru sendiri untuk mengkategorikan diri mereka. Jika dilihat, guru-guru ini dapat dibahagikan kepada dua kategori utama. Pertama yang merasakan tugas mendidik suatu tugas berat, memerlukan perancangan rapi, menyediakan pengajaran yang menarik, mendidik dengan tekun bagi memastikan kesemua anak didiknya berjaya dengan cemerlang. Walaupun tugas tersebut berat, tetapi pada akhirnya mereka merasakan nikmat yang tidak terhingga apabila objektif yang disasarkannya tercapai. Mereka mampu menggariskan pengurusan masa yang berkesan. Golongan kedua pula merupakan golongan yang mengiakan pendapat masyarakat, iaitu tugas guru memang senang. Tetapi bila berhadapan dengan masyarakat, mereka tetap mengatakan bahawa tugas guru itu berat kerana selain mengajar terpaksa melaksanakan tugas-tugas mirip buruh kasar seperti mengecat, membuat garis...

FENOMENA WARGA GURU BHG 1

Guru, manusia yang ditakdirkan oleh Tuhan untuk mendidik golongan manusia yang lain. Takdir yang telah ditentukan sejak dia dicipta. Seorang guru sebenarnya sendiri kurang pasti pada awalnya mengapa dia menjadi seorang guru. Perjalanan seorang guru, sejak ia bertatih hingga membuat keputusan menjadi seorang guru sememangnya telah tersurat. Manusia yang berkeinginan menjadi seorang guru, yang pada awalnya dinamakan cita-cita, tidak melihat kenyataan di sebalik pahit getirnya seorang guru. Manusia yang tidak dapat menempatkan dirinya kepada cita-cita asalnya pula, guru menjadi pilihan. Manakala, manusia yang didorong untuk menjadi guru oleh ibubapa pula merupakan anak yang mematuhi asuhan ibubapa, walaupun jauh di sudut hati telah terpendam cita-cita yang lebih tinggi. Biar apapun cita-cita asal seorang manusia itu, sebaik dia melangkah kedalam bilik darjah untuk mengajar buat pertama kali, dia dinamakan guru. Maka bermulalah episod ketentuan takdir. Namakan apa sahaja kerjaya di atas mu...