TANGGUNGJAWAB GURU

Tanggungjawab seorang guru adalah sebagai seorang penyebar ilmu yang diamanahkan oleh Tuhan untuk mendidik dan membimbing anak didiknya agar berkeupayaan menjadi seorang manusia yang berjaya di masa hadapan.

Harga diri seorang guru yang paling utama ialah keupayaan mereka memikul tanggungjawab ketahap yang terbaik. Namun sebelum itu, guru-guru harus muktamad dengan tanggungjawab yang dimaksudkan.

Seorang manusia yang bertanggungjawab akan dipercayai oleh orang sekeliling. Pokok pun akan hidup subur jika si penanam menunjukkan tanggungjawab tinggi terhadap tanamannya. Begitu juga dengan seorang guru, diyakini kebolehannya atas nilai tanggungjawab yang dipegang untuk membentuk anak didik kearah kejayaan.

Sebagai seorang guru, tanggungjawab utama kita ialah membentuk anak didik agar mereka berjaya menjadi manusia yang mampu meneruskan kehidupan pada masa hadapan tanpa memerlukan bantuan. Guru bertanggungjawab membina keyakinan para pelajarnya untuk menimba ilmu kehidupan secukup-cukupnya agar mereka tidak longlai di masa hadapan yang penuh dengan cabaran.

Seorang guru matematik harus memastikan anak didiknya mampu menguasai subjek yang diajar bukan sahaja untuk lulus peperiksaaan, bahkan membimbing mereka agar memahami mengapa mereka wajar menguasai setiap yang diajar. Begitu juga dengan guru subjek Bahasa, Agama, Sejarah, Lukisan, Sastera dan sebagainya.

Di waktu yang sama, guru menunjukkan contoh teladan yang diminati para pelajar seperti megamalkan nilai murni yang konsisten. Seorang guru yang mudah melepaskan perasaan marah tidak menunjukkan contoh teladan yang murni kepada para pelajar dan tidak salah sekiranya para pelajar juga sering bergaduh sesama mereka. Guru adalah agen terpenting untuk mempengaruhi sikap para pelajar mereka.

Besar tanggungjawab guru sehingga perlu menidakkan dirinya sebagai manusia yang sering melakukan kesilapan. Guru perlu melatih diri mulai saat ini untuk mengenepikan sikap marah yang sememangnya menjadi suatu penyakit bagi sesetengah individu.

Jika seorang tentera tidak dapat memikul tanggungjawabnya dengan baik, akibat yang bakal terjadi ialah kematian. Walau semarah mana sekalipun, mereka perlu bertindak wajar dengan menyusun strategi untuk menumpaskan musuh kerana sebarang tindakan yang bersandarkan kepada nafsu bakal mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada dirinya tetapi kepada seluruh anggota pasukannya.

Seringkali dilaporkan dalam media berhubung tidakan keterlaluan guru yang mendatangkan cedera terhadap para pelajarnya. Jika kita bertanggungjawab terhadap amanah kita, apakah mungkin tindakan kita tersebut menjadi suatu berita di media. Bagaimanakah perasaan pelajar yang dicederakan, kepercayaan ibubapa dan keyakinan masyarakat terhadap guru.

Nyatanya, guru tersebut harus dianggap gagal memikul tanggungjawabnya kerana mengakibatkan beberapa pihak telah kurang keyakinannya terhadap kredibiliti beliau memikul amanah untuk menunjukkan contoh teladan yang murni.Setiap kali terpampangnya isu sedemikian di media, ianya akan menjadi bahan bualan di seluruh pelusuk negara. Rata-rata pembaca akan mengaitkan pula isu tersebut dengan peristiwa yang berlaku di sekolah persekitaran mereka. Hebahan sedemikianlah yang makin menyebabkan reputasi dan kualiti warga guru semakin terhakis di mata masyrakat.

Secara ringkasnya, setiap guru harus bersedia mengubah sikap negatif dalam diri dan berusaha kearah memeditasikan diri agar menjadi seorang manusia sempurna.

...bersambung...insyalallah

Comments

  1. Menarik. Sure cikgu2 kita tak setuju bila nak kena buat mcm2 kerja

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

Lawatan ke rumah pelajar

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK