BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL
Assalamualaikum Pak Pandir Terima kasih kerana komen anda melalui posting "Bolehkah Kita Bersatu". Saya rasa gembira kerana anda memperjuangkan permasalahan guru kita. Saya memang menunggu feedback sebegini kerana sekurang-kurangnya saya ditegur jika kenyataan dan pendapat saya menyinggung perasaan beberapa pihak. Bukan semua manusia yang terpilih untuk menjadi guru. Tuhan telah memilih manusia-manusia yang hebat sahaja untuk menjadi guru. Ada guru yang tidak menyedari betapa istimewanya mereka apabila ditakdirkan oleh Tuhan untuk menjadi guru. Ramai berpendapat betapa kualiti guru pada hari ini semakin menurun. Pendapat mereka berasaskan betapa guru-guru pada hari ini memilih kerjaya tersebut sebagai pilihan terakhir. Mungkin ada kebenarannya. Tetapi walau apa pun niat sebenar, sekali mereka menjadi guru, mereka harus memikul amanah tersebut dengan sebaik-baiknya. Seorang guru harus menjadi superman/superwoman. Alangkah bahagianya dunia ini jika ibubapa dan masyarakat ...