Posts

Showing posts with the label bengkel inovasi

INOVASI DAN BUMIPUTERA

Bidang inovasi merupakan satu kluster ekonomi yang sebenarnya mampu diterokai dan dikuasai oleh golongan bumiputera. Jika kita melihat kepada penyertaan bumiputera dalam pertandingan inovasi yang dijalankan   MyIdeas oleh SIRIM dan MOSTI baru-baru ini, hampir 90% penyertaan adalah dari golongan bumiputera, sudah cukup membuktikan keupayaan mereka dalam bidang ini. Persoalannya, golongan ini tidak mendapat pendedahan sebenar bagaimana untuk menguruskan inovasi mereka. Bumiputera masih lagi mewarisi status-quo sebagai petani. Ibarat penanam padi yang hanya menanam dan menghasilkan padi. Seterusnya padi dijual kepada pengilang yang didominasi oleh bukan bumiputera. hasilnya bumiputra mendapat hasil yang sedikit sementara pengilang tadi mendapat untuk yang berlipat kali ganda. Inilah yang bakal terjadi kepada industri inovasi. Bumiputera hanya tahu menghasilkan inovasi dan seterusnya ia dikomersialkan oleh bukan bumi. Akibatnya bumiputra hanya mendapat untung yang sedikit atas skala i...

Karnival Malaysia Inovatif 2010

Saya akan berada di Malacca International Trade Centre (MITC) pada 12-14 Nov 2010. Sempena karnival tersebut yang dianjurkan oleh MOSTI, saya akan membuka booth pameran dan mempamerkan mesin rekaan syarikat Zull Design Autotronic. Diantara bahan pameran ialah mesin robot membuat roti jala. Saya juga akan mempamer serta menjual sistem penggera rumah yang menggunakan kuasa bateri. Pada  14 Nov, saya akan menjalankan Bengkel Inovasi dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Dalam bengkel ini saya akan mendedahkan teknik untuk menjadi seorang yang kreatif serta bagaimana untuk menghasilkan inovasi. Bengkel ini adalah bengjkel terbuka dan boleh disertai oleh sesiapa. saya amat berharap para guru di sekitar kawasan tersebut dapat menghadirkan diri menyertai Bengkel ini kerana saya akan berkongsi tips mengajar yang menyeronokkan.

Bengkel Inovasi Siri 3

Bengkel Inovasi Siri 3 Zull Design dengan usahama Utusan Malaysia akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah pada 28 Mei 2010. Penyertaan telah mencapai had maksima seramai 100 orang. Bengkel ini mendapat sambutan daripada para peserta kerana ia mendedahkan teknik menjadi kreatif dengan mudah. Pada bengkel yang pertama, seorang peserta yang mengikuti bengekl tersebut telah berjaya menghasilkan inovasi beliau, iaitu pancing untuk orang buta. Inovasi tersebut merupakan salah satu contoh hasil yang diperolehi selepas mengikuti bengkel ini. Bengkel Inovasi Siri 4 akan diadakan pada 22-23 Julai di Kuala Terengganu. Bengkel kali ini dijalankan serentak sengan Karnival Malaysia Inovatif 2010 dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Kepada mereka yang berminat untuk mendaftar Bengkel Inovasi siri 4 di Kuala terengganu, sila hantarkan emel ke reformasimindaguru@yahoo.com dengan kadar segera untuk mengesahkan tempat.

Kursus Intensif Kreativiti dan Inovasi

Inovasi memerlukan kreativiti. Kebanyakan masayarakat di negara ini masih lagi mempersoalkan tahap kreativiti dalam diri mereka.Kreativiti boleh dipelajari dan bukan semata-mata diwarisi. Saya telah menghasilkan modul latihan intensif kreativiti untuk mencungkil bakat kreativiti individu. Kursus ini disasarkan kepada guru-guru sekolah serta tenaga pengajar dan pensyarah di institusi pengajian kerana diharapkan guru-guru nanti mampu mencurahkan ilmu kreativiti kepada para pelajar mereka. Dengan ilmu yang diperolehi, anda mampu untuk menghasilkan produk inovasi khususnya untuk menyertai Pertandingan Rekacipta yang dijalankan saban tahun. Kursus intensif sehari ini boleh dijalankan disekolah/institusi 1anda dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Kursus dijalankan secara hands-on dimana guru-guru akan mempelajari teknik kreativiti yang sebenar. Kursus intensif ini tidak memerlukan sebarang latarbelakang teknikal. Kepada sekolah-sekolah serta Institusi Pengajian yang berminat untuk me...

Teknik Belajar Menjadi Kreatif

Teknik belajar memainkan peranan penting untuk membentuk kreativiti dalam diri. Apabila anda belajar seringkali fokus anda hanya tertumpu kepada bagaimana untuk mengingati fakta. Ini menyebabkan anda membentuk diri menjadi seorang penghafal. Seorang penghafal mampu mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan tetapi seringkali mereka gagal mengaplikasi pengetahuan tersebut apabila mereka menghadapi masalah. Apabila kita belajar, perkara utama yang perlu kita lakukan ialah bagaimana untuk memahami fakta dan bukannya menghafal. Untuk memahami fakta tersebut kita harus menjiwai apa yang dipelajari. Ilmu pengetahuan perlu difahami dan bukannya dihafal. Pengetahuan asas amat penting dalam setiap bidang ilmu pengetahuan. Melalui pengetahuan asas ini anda dapat berfikir secara logik berhubung perkara yang baru. Lantas anda akan sering berfikir dan menganalisa kemungkinan apabila berhadapan dengan setiap masalah. Cuba bayangkan permasalahan ini. Apabila kenderaan anda rosak, anda akan membe...