PIAGAM DIRI: FORMULA MENGATASI KEBOSANAN KERJA

Apabila kita berkunjung ke pejabat kerajaan, kita akan melihat Piagam Pelanggan mereka terpampang di dinding untuk menyampaikan kepada pelanggan matlamat perkhidmatan yang mereka janjikan.Sebagai contoh, berjanji bahawa pelanggan akan memperolehi dokumen yang diperlukan dalam jangkamasa 2 jam atau sebagainya.

Dalam erti kata lain, piagam ini adalah janji serta perkara yang boleh diukur.
Konsep Piagam ini boleh diapplikasikan kedalam diri seorang guru untuk menjadikan kerjaya kita lebih sistematik dan menarik.

Piagam Diri ini boleh dilaksanakan secara informal tanpa melibatkan sebarang polisi. Maksudnya anda menetapkan janji kepada diri anda berhubung apa yang perlu anda capai. Sebagai contoh, diakhir tahun saya berjanji bahawa kesemua pelajar saya akan mendapat markah sekurang-kurangnya C, bermaksud tiada siapa yang akan gagal.

Diantara Piagam Diri Tahunan yang boleh dilakukan ialah:
1 Diakhir tahun, 30% pelajar akan mendapat A dalam matapelajaran Matematik
2 Diakhir tahun, 60% pelajar akan mendapat B dalam matapelajaran Matematik
3 Diakhir tahun, 10% pelajar akan mendapat C dalam matapelajaran Matematik

Apabila kita mempunyai Piagam Diri, maknanya diri kita mempunyai matlamat kerja yang khusus dan sistematik. Untukmencapai matlamat di akhir tahun, ianya perlu berjalan dari hari pertama kita mengajar. Maka kita juga perlu mempunyai Piagam Diri Harian.

Diantara Piagam Diri Harian yang boleh dilakukan ialah:
1. Semua buku pelajar perlu habis diperiksa sebelum jam 5 petang.
2. Rancangan Mengajar untuk esok perlu diselesaikan sebelum pukul 8 malam.
3. Ali, Ramasamy dan Ah Chong (contoh nama pelajar lemah) perlu memahami tajuk matapelajaran Matematik hari ini dan memperolehi minima 70% ujian ringkas harian yang diberi

Piagam tersebut di atas perlulah dibuat dengan hati yang ikhlas dan komited. Seandainya guru-guru mula melakukan Piagam Diri, insyallah cara bekerja kita akan mula berubah dan menimbulkan minat bekerja dalam suasana yang lebih objektif.
Masalah kebosanan kerja adalah disebabkan oleh kita tidak mempunyai matlamat yang nyata yang perlu dicapai pada setiap hari. Kerja kita menjadi tidak terurus dan bosan sekiranya kita pergi bekerja dan mengajar tanpa mempunyai satu matlamat yang boleh diukur. Maka banyak kerja yang akan bertangguh dan dibawa ke esok hari. Kerja yang bertangguh akan menyebabkan motivasi diri menjadi menurun.

Formula ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dalam menjalankan tugas dan tidak semestinya hanya boleh diapplikasikan kepada guru sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK