INOVASI DAN BUMIPUTERA

Bidang inovasi merupakan satu kluster ekonomi yang sebenarnya mampu diterokai dan dikuasai oleh golongan bumiputera. Jika kita melihat kepada penyertaan bumiputera dalam pertandingan inovasi yang dijalankan  MyIdeas oleh SIRIM dan MOSTI baru-baru ini, hampir 90% penyertaan adalah dari golongan bumiputera, sudah cukup membuktikan keupayaan mereka dalam bidang ini.

Persoalannya, golongan ini tidak mendapat pendedahan sebenar bagaimana untuk menguruskan inovasi mereka. Bumiputera masih lagi mewarisi status-quo sebagai petani. Ibarat penanam padi yang hanya menanam dan menghasilkan padi. Seterusnya padi dijual kepada pengilang yang didominasi oleh bukan bumiputera. hasilnya bumiputra mendapat hasil yang sedikit sementara pengilang tadi mendapat untuk yang berlipat kali ganda. Inilah yang bakal terjadi kepada industri inovasi. Bumiputera hanya tahu menghasilkan inovasi dan seterusnya ia dikomersialkan oleh bukan bumi. Akibatnya bumiputra hanya mendapat untung yang sedikit atas skala individu manakala pengeluar meraih keuntungan berlipat kali ganda.

Sehubungan itu, kerajaan harus mengambil inisiatif untuk melantik syarikat bumiputera atau GLC yang berkeupayaan untuk menguruskan hasil inovasi tersebut dan mengkomersialkannya serta menghasilkan ribuan produk inovasi dipasaran dunia.

Bidang inovasi sesungguhnya mampu menjadi satu sektor ekonomi yang perlu dikuasai oleh golongan bumiputra untuk melonjakkan penguasaan bumiputra dalam kek ekonomi negara. Diharapkan tahun 2011 akan menjanjikan sesuatu yang bermakna kepada kita semua.


Comments

  1. Amnya, saya setuju.
    Kerana sesetengah orang lebih mahir dlm bidang tertentu, manakala orang lain pd bidang lain pula. Ada orang kreatif, tp tak pandai pemasaran, perniagaan dll. Yg pandai berniaga, belum tentu inovatif. Sokongan kerajaan mmg penting.

    Tapi orang Melayu kena sedarlah, jgn harap kerajaan saja. Cuba berinisiatif sendiri. Carilah ilmu, bukan tunggu ilmu. Carilah peluang, bukan tunggu peluang. Yakin dgn rezki Allah bagi, banyakkan doa. kalau setiap individu sentiasa berusaha utk pertingkatkan pencapaian diri sendiri (seperti kata Za'ba), bangsa Melayu boleh maju. Insya'allah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK