Dialog Nasional Pendidikan Negara



Apabila saya menaiki teksi di Kuala Lumpur, ada pemandu teksi yang enggan menggunakan meter. Alasannya jalan sesak, hujan, balik nanti tiada penumpang dan sebagainya. Maksudnya lebih kurang memandu teksi ni satu tugasan yang sangat berat.

Apabila tugasan tersebut dirasakan berat, maka peraturan dan undang-undang pun dicabul. Jikalau begitu baik tak payah ada peraturan dan undang-undang. Kesimpulannya, kalau dah enggan mematuhi undang-undang, maka mengapa perlu menjadi pemandu teksi?? Sebaik-baiknya carilah kerja lain dimana undang-undang dan peraturan kerja boleh memuaskan hati dan serasi dengan jiwa anda.

 Apakah kaitan cerita pemandu teksi di atas dengan guru?

Sekali lagi saya ingin berkongsi pandangan tentang TUGAS dan TANGUNGJAWAB seorang guru.

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Berdasar kenyataan di atas, begitulah beratnya TUGAS sebagai seorang guru.
Sekiranya berat definisi TUGAS itu, maka berat lagi definisi TANGGUNGJAWAB.

Maka, apa itu Tanggungjawab ?

Benda yang kena Tanggung di dunia, dan Jawab di akhirat (ref: mhafiz_ydin)

Allah ciptakan dunia pun sebagai tempat tanggungjawab. Tanggungjawab suami dengan isteri, ibu-bapa dengan anak-anak, guru denganpelajar, jiran dengan jiran, kawan dengan kawan, peniaga dengan pembeli dan yang paling penting tanggungjawab semua manusia sampai hari kiamat pada agama. Semua tanggungjawab ini akan ditanya oleh Allah hatta Nabi-Nabi juga akan ditanya atas tanggungjawab mereka.

Dan tanggungjawab bukan suatu pilihan, tetapi kewajipan. Seorang ayah, kewajipan nafkah atas keluarga dan isteri. Seorang ketua kewajipan atas hal ehwal orang bawahannya. Seorang guru berkewajipan membentuk insan yang mampu melayari masa hadapan mereka dengan jayanya.

Ringkasnya, guru menjalankan tugas yang amat mencabar kerana mereka memikul tanggungjawab yang amat berat.

 Kerajaan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi kehendak guru agar tugasan mereka diringankan agar guru-guru boleh memikul tangungjawab dengan sempurna.

Namun apakan daya, proses pembentukan kaedah tersebut masih lagi dalam pembinaan, bak kata pepatah lawak : Road to success is always under constructions

Dalam merencanakan kaedah yang terbaik, terdapat terlalu banyak ujikaji yang sedang dilaksanakan menyebabkan proses pengurusan dan perancangan di peringkat kementerian nampaknya seolah kurang bijaksana. Terlalu banyak yang dikejarnya dengan kemampuan yang terhad.

Inilah akibatnya guru-guru merasa terbeban. Namun percayalah, dalam proses mencari resipi yang terbaik ini, satu hari nanti guru-guru akan menikmati ketenangan untuk mengajar dan para pelajar mendapat manfaat yang terbaik. Maksudnya, para guru pada hari ini harus berkorban untuk masa depan pendidikan negara.

Mungkin kita tidak sempat merasai nikmat ketenangan itu tetapi percayalah kita merupakan diantara arkitek yang memastikan guru-guru dimasa hadapan dapat menumpukan perhatian terhadap P&P dengan jayanya.

Dialog Nasional Pendidikan Negara merupakan salah satu daripada R&D untuk mencari formula terbaik kearah transformasi pendidikan negara. Sesi townhall yang dijalankan merupakan kaedah terbaik untuk mendengar pandangan umum selain daripada pandangan pakar, Diharapkan kita semua dapat menerima dengan hati terbuka pelan transformasi yang akan dibentangkan kelak kerana ianya merupakan penyelesaian terbaik buat masa ini. Kita semua telah diberi peluang untuk bersuara dan seandainya kita tidak berpuas hati, tanyalah pada diri sendiri,apakah kita telah menyuarakan pendapat tersebut kepada panel townhall tersebut?

Comments

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK