Posts

Showing posts with the label guru semberono

GURU SEMBORONO

Timbalan Menteri Pendidikan hari ini melabel guru-guru yang tidak effisyen sebagai guru semberono. Disebalik label tersebut, saya kira maruah guru-guru banyak tercalar disebabkan oleh kegagalan sebilangan mereka yang hanya menjalankan tugas tetapi tidak memikul tanggungjawab. Tugas guru ialah menyampaikan ilmu dan untuk menyempurnakannya mereka dilimpahi dengan pelbagai tugasan yang melimpah ruah. Tugasan yang melimpah ruah ini dipanggil sistem. Maka jika terdapat sistem yang betul, maka tugasan ini menjadi ringan dan menyeronokkan. Disebalik tugas itu, yang lebih penting ialah tanggungjawab. Tanggungjawab guru ialah untuk melahirkan manusia (pelajar) yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan fizikal. Membentuk sikap manusia bukanlah tugas yang mudah. Hanya mereka yang mempunyai hati yang bersih dapat memikul tanggungjawab ini. Jika tidak dapat memikulnya, maka tergolonglah mereka dalam golongan guru semberono. Guru semberono harus diberi pilihan. samada memperbaiki diri