Posts

Showing posts with the label negara

Mencorak Generasi Pewaris Negara

Kanak-kanak dan remaja merupakan golongan yang mudah dipengaruhi minda mereka. Pada peringkat ini, sewaktu mereka sedang mempelajari tentang erti kehidupan, sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk menyumbangkan input tersebut. Input yang diasuh bakal mencorakkan cara hidup mereka pada masa hadapan. Perkembangan tersebut secara langsung membuktikan Institusi Pendidikan bertanggungjawab melahirkan generasi pewaris negara yang akan menerajui negara. Generasi ini bakal menentukan halatuju negara pada masa akan datang yang semestinya lebih kompetitif dan mencabar. Sehubungan itu, pihak perancangan dan pelaksanaan dasar pendidikan negara merupakan anggota terpenting dalam kitaran masyarakat hari ini. Hubungan secara terus mereka dengan generasi pewaris ini haruslah ditangani dengan penuh teliti kerana sebarang kecacatan bakal menyebabkan kerosakan pada corak negara akan datang. Pihak perancang dan penggubal dasar di negara ini haruslah berpegang teguh pada matlamat yang sejati sec