Posts

Peningkatan Sahsiah Pelajar

Jangkawaktu kursus PLKN akan ditambah lagi kerana masa yang diperuntukkan selama 3 bulan pada masa kini didapati tidak mencukupi untuk peningkatan sahsiah peserta. Pembangunan sahsiah memerlukan masa yang lebih panjang dari apa yang PLKN mahukan. Tidak ada bezanya peningkatan tambahan 2 bulan lagi. Pembangunan sahsiah memerlukan penerapan nilai-nilai murni dari bangku sekolah lagi. Sebab itulah dalam artikel sebelum ini saya menyarankan latihan PLKN dijalankan kepada para pelajar semenjak dibangku persekolahan. Latihan PLKN yang dijalankan sekarang menelan belanja yang terlalu besar. Namun apakah kayu ukur kejayaannya? Saya pernah menghadapi masalah dengan seorang remaja yang memakai seluar PLKN baru-baru ini. Beliau meletakkan motorsikalnya dibahu jalan dan menghalang kenderaan lain. Bermaksud beliau mementingkan diri sendiri. Apabila saya menegur, beliau melenting dan mengajak saya bergaduh. Takkan lah hal sekecil itu pun pelatih PLKN tidak dapat fahami. Sekadar satu contoh tentang

PLKN DALAM SEKOLAH

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat   patriotisme   di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni . Sejak dimulakan pada tahun 2004, berbillion wang rakyat telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut. Tetapi saya tidak nampak hasil yang konkrit. Perpaduan kaum dinegara kita pada hari ini semakin merudum. Maka, apa justifikasi PLKN wajar diteruskan? PLKN seolah tidak serius untuk mencapai matlamat yang diharapkan. Jika benar matlamatnya untuk membina sahsiah diri dan mengukuhkan perpaduan, maka mengapa pemilihan peserta dibuat secara rawak? Sepatutnya semua bekas pelajar pada tahun tersebut wajib terlibat kerana mereka semua yang akan memandu masa depan negara.   Untuk memantapkan sahsiah diri pelajar dan mengukuhkan perpaduan, maka strategi PLKN perlu diubah. Program tidak perlu dijalankan selepas tamat Tingkatan

Hapuskan Sistem Sekolah Vernakular

Pendidikan merupakan satu bidang yang amat penting dalam pembangunan modal insan bagi menjamin kelestarian dan kejayaan sesebuah negara. Malaysia merupakan satu-satunya negara dirantau ini yang mengiktiraf kewujudan sekolah vernakular dalam sistem pendidikan. Sekolah vernakular merupakan satu isu yang amat sensitif untuk dibincangkan kerana ia melibatkan soal politik. Maka kerajaan berpendapat sekolah vernakular perlu diteruskan atas alasan kemandirian politik. Tetapi hakikatnya ia benar-benar menjadi halangan kepada matlamat negara untuk menjadi SATU. Kerajaan berpendapat pembangunan sistem pendidikan negara melalui kewujudan sekolah vernakular mampu melahirkan rakyat yang mempunyai nilai tambah apabila dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Memang benar pendapat tersebut tetapi hasilnya hanya diperolehi oleh satu bangsa sahaja walaupun data menyatakan bahawa 55,975 orang daripada 612,000 pelajar SJKC merupakan pelajar bumiputera . Apakah yang menjadi kepentingan kerajaan sebe

BETULKAN YANG BIASA dan BIASAKAN YANG BETUL

Semakin lama kita menjadi guru, sewajarnya prestasi kita semakin memuncak. Ilmu pengetahuan kita pula secara tidak langsung semakin meningkat kerana profesyen perguruan itu memerlukan kita lebih banyak membaca. Barapa banyakkah bilangan buku telah dibaca oleh guru-guru dalam setahun? Kalau membaca buku-buku pelajar, memang semua guru terpaksa membacanya tetapi persoalan saya ialah buku-buku ilmiah. Buku-buku ilmiah sewajarnya menjadi satu kewajipan untuk dibaca oleh guru-guru. Membaca buku-buku ilmiah wajib menjadi kebiasaan oleh guru-guru. Mengapa saya mengutarakan persoalan membaca ini? Kerana saya melaluinya sendiri bersama-sama golongan pendidik dari peringkat menengah hingga ke pengajian tinggi. Ramai yang tidak dapat berhujah dengan fakta yang ilmiah. Saya tidak berapa kisah jika mereka tidak dapat menjawab, tetapi saya terlalu kecewa apabila mereka tidak berusaha untuk mencari jawapannya. Kita boleh membayangkan apakah kualiti pelajar yang dihasilkan apabila golongan guru jug

SEWAKTU HIDUP MEMBERILAH SEBANYAK-BANYAKNYA

Guru zaman dahulu amat dihormati oleh masyarakat. Mereka dihormati kerana mereka boleh dipercayai. Mereka dipercayai kerana mereka ikhlas. Apabila mereka dihormati maka mereka menonjol menjadi seorang manusia yang hebat. Ternyata, keikhlasan merupakan sifat yang amat penting dalam hidup. Keihlasan tidak perlu didendangkan. Ianya satu kemestian jika kita ingin bahagia dalam hidup. Ramai yang mengatakan diri mereka ikhlas dalam melakukan satu-satu perkara. Apabila mereka menyebut tentang keikhlasan mereka, sebenarnya mereka telah meruntuhkan nilai ikhlas itu sendiri. Keikhlasan bermaksud melakukan sesuatu perkara dalam keadaan yang penuh kesedaran dan tanggungjawab. Manusia yang menerima sumber ikhlas dari kita pasti dapat merasainya. Apatah lagi sebagai seorang guru dengan tanggungjawab yang amat berat. Hanya keikhlasan yang menjadi ubat kepada kesukaran kita. Tidak perlu kita merungut tentang tanggungjawab yang berat kerana ia tidak akan mengurangkan beban tersebut. Hanya diri ki

INTEGRITI GURU

Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat. Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya dimata masyarakat, ia berkait rapat dengan integriti. Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi kepercayaan untuk mendidik dan membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan, guru-guru harus membalas kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi. Guru-guru dikenali oleh ibubapa sebagai insan yang mahir dalam selok belok pendidikan. Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk membentuk sahsiah anak mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit dari masa ke semasa. Ibubapa masa kini lebih mempersoalkan pencapaian akademik anak mereka berbanding perkara lain kerana inilah perkara yang ditekankan oleh sekolah. Peperiksaan yang menjadi penentu aras kebolehan pencapaian anak-anak mereka. Ibubapa mana yang tidak mahu guru membentuk juga sahsiah anak mereka tetapi memandangkan trend masyarakat yang

MEMBENTUK KREDIBILITI GURU

Keikhlasan lahir dari dalam diri kita dan ianya tidak mempunyai skala serta tidak mampu disukat oleh orang lain. Tahap keikhlasan seseorang manusia adalah perkara yang tidak dapat ditentukan oleh orang lain kecuali hanya diri sendiri sahaja yang mengetahui kedudukan sebenar tahap keikhlasan kita. Maka bagi melaksanakan proses revolusi perubahan dan pemantapan kredibiliti warga guru sudah semestinya memerlukan komitmen setiap individu yang bernama guru di setiap pelosok manapun anda berada. Tiada sesiapa yang memaksa anda berubah kerana anda berhak menentukan tindakan keatas diri anda. Anda juga tidak akan dibuang kerja sekiranya anda enggan berubah malahan gaji anda tetap dibayar setiap bulan. Ini adalah salah satu daripada sikap segelintir guru yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam program yang membabitkan penglibatan secara total setiap individu. Mereka merasakan diri mereka hanyalah terdiri daripada unit kecil yang tidak memberi kesan terhadap sebarang keputusan. Mereka lebih sen