Dasar dan Pelaksanaannya
Perubahan masa turut sama mempengaruhi perubahan tingkah laku manusia. Manusia terus bergiat aktif dalam memperbaiki taraf kehidupan mereka. Perubahan ini menyebabkan berlakunya pembangunan bentuk ekonomi, politik, sosial dan budaya. Manusia berlumba mencapai matlamat dan berlakulah letusan idea dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain.
Pembangunan pesat bidang pendidikan di negara ini adalah selari dengan tuntutan globalisasi yang menuntut keperluan masa depan yang terlalu kompetitif. Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai proses perubahan bagi disesuaikan dengan perubahan kehendak semasa.
Walaupun terdapat beberapa pendekatan yang tidak konsisten seperti masuk keluarnya pengenalan sesuatu perkara, jika pihak kerajaan mempunyai pandangan tersendiri yang kukuh berhubung tindakan fleksibel mereka, maka ia dianggap tindakan berani yang harus dipuji kerana Kementerian Pelajaran dianggap sungguh responsif terhadap pencapaian sesuatu pendekatan.
Mereka tidak mengekalkan sesuatu yang dianggap tidak berjaya malahan berani pula membawa masuk kembali perkara yang sebelum ini dianggap tidak relevan. Bagaimanapun, terpulang kepada pandangan setiap individu kerana dasar yang digariskan selalunya tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak.
Apa pun situasi, pihak yang paling konsisten dalam menangani cabaran ini adalah golongan pelaksana dasar iaitu insan yang bergelar GURU. Guru sentiasa meletakkan diri mereka dalam keadaan pasrah menerima pakai dasar yang ditetapkan oleh kerajaan walaupun mereka bakal menghadapi tugas yang bertambah.
Seringkali perubahan dasar kerajaan melibatkan beberapa perkara yang berhubung kait dengan penglibatan tugas yang bertambah di peringkat pelaksana. Namun, perancangan rapi kerajaan berjaya mengurangkan masalah untuk melaksanakan sesuatu dasar tersebut.
Sokongan yang diberikan oleh pihak guru dalam bentuk komitmen banyak memudahkan usaha kerajaan dan menjadi pemangkin dalam mempertingkatkan prestasi bidang yang terpenting ini.
Ledakan ‘Teknologi Maklumat’ diperingkat global menjadi antara penyebab kepada kerajaan memperhebatkan dasarnya untuk memenuhi cabaran semasa dan masa depan. Perancangan serius sehingga penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai hub teknologi di rantau ini adalah pelaburan kerajaan yang proaktif bagi memastikan negara kita tidak lagi ketinggalan di belakang negara-negara maju yang lain.
Prasarana yang menelan pelaburan tinggi merupakan komitmen kerajaan untuk merealisasikan agenda negara sebagai negara maju. Kerajaan juga memperkenalkan beberapa insentif kepada masyarakat Malaysia agar rakyat negara ini benar-benar memanfaatkan usaha kerajaan menjadikan Malaysia negara berteknologi dan rakyat yang celik IT.
Sebahagian besar pelaburan pembangunan tersebut disalurkan kepada institusi pendidikan kerana ia merupakan pusat terpenting melahirkan generasi pelapis negara. Pendedahan diperingkat ini adalah bagi melahirkan keprihatinan dan minat pelajar kearah IT dan menghasilkan momentum tinggi sebagai platfom awal penyediaan sumber manusia yang kompetitif.
Sekolah-sekolah dibekalkan dengan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran serta terdapat juga sekolah-sekolah yang didirikan bangunan makmal komputer lengkap dengan prasarana teknologi maklumat bagi kemudahan guru dan pelajar.
Semuanya telah siap tersedia. Matlamatnya untuk menjadikan rakyat ini berkelas dunia. Yang tinggal kini hanya cara pelaksanaannya. Pelaburan sedemikian rupa akan hanya tinggal nama sahaja seandainya para pelaksana dasar iaitu guru gagal menjiwai hasrat yang digarisi oleh dasar. Terima kasih tidak terhingga kepada para guru yang bertungkus lumus menunaikan tanggungjawab untuk memastikan anak didiknya menjadi manusia berguna yang bakal memimpin negara.

Comments
Post a Comment