Perpaduan Kaum
Dasar penjajahan Inggeris telah mempolarisasikan masyarakat majmuk negara ini terpisah mengikut kaum, kawasan dan juga pekerjaan. Struktur tersebut mengakibatkan perbezaan kedudukan sosioekonomi yang tidak seimbang seterusnya menghalang hubungan antara kaum.
Setelah mencapai kemerdekaan, negara masih lagi dibelenggu oleh warisan masalah ekonomi, politik dan sosial yang berlarutan. Walaupun dalam keadaan dimana pertumbuhan ekonomi yang agak baik tetapi berlaku ketidakseimbangan pendapatan dikalangan kaum dan kelompok masyarakat dalam negara ini.
Penguasaan sektor ekonomi tertentu melebarkan jurang pendapatan dan peluang pekerjaan, keadaan ini membawa kepada salah satu factor kecemburuan kaum. Kerajaan melipatgandakan usaha menangani persoalan ini untuk memberikan keseimbangan yang lebih adil kepada semua kaum.
Setelah hampir 50 tahun mencapai kemerdekaan, perhubungan antara kaum di negara ini menunjukkan peningkatan persefahaman. Walaupun mereka hidup dalam aman dan damai pada zahirnya tetapi hakikatnya ia tidak berlaku secara menyeluruh. Menyeluruh dalam erti kata ketulusan hati mereka menerima beberapa perbezaan hak, kuasa, ekonomi, kawasan, kuota, dan lain-lain lagi.
Ketulusan hati masing-masing boleh didengari dalam perbincangan tertutup mahupun terbuka dan diberatkan lagi keadaan tersebut dengan pembabitan pihak-pihak ekstremis pro-kaum masing-masing yang terus memperjuangkan hak dan citarasa bangsa mereka sendiri.
Sesekali wujud isu-isu sensitif bermotifkan kaum dan menimbulkan perbalahan kecil yang diselesaikan secara matang oleh pihak-pihak terbabit. Ada juga isu-isu sensitif yang memerlukan campurtangan pihak berkuasa selain bertindak mengekalkan ketenteraman awam dengan melaksanakan akta keselamatan dalam negeri.
Perpaduan kaum secara jujur belum mencapai kewajaran yang dicita-citakan di negara ini. Yang wujud hanyalah poster berbilang kaum yang tersenyum, lagu-lagu perpaduan, ekspo perpaduan, majlis rumah terbuka pada musim perayaan dan beberapa perkara yang dibuat untuk menonjolkan penyertaan masyarakat majmuk di negara ini.
Pernahkah Kementerian Pelajaran membuat analisa berkenaan tahap amalan integrasi kaum di peringkat sekolah secara terperinci. Melalui pemerhatian, integrasi kaum di antara pelajar tidak dititik beratkan pelaksanaannya oleh pihak sekolah. Buktinya boleh diperolehi daripada perhubungan yang ditonjolkan oleh guru-guru sekolah sendiri. Guru-guru kelihatan membahagikan diri mereka mengikut kaum sendiri baik semasa rehat, kursus dan waktu lapang.
Dalam sebuah sekolah, jika terdapat kursus yang dikendalikan dan wajib dihadiri oleh semua guru, maka pada waktu-waktu ini akan dapat kelihatan pembahagian tiga kumpulan besar mengikut kelompok kaum dilakukan secara tidak sedar oleh golongan intelektual ini. Sedangkan guru sendiri tidak menonjolkan ciri-ciri menggalakkan perpaduan antara kaum, apakah mereka sendiri akan menerapkan nilai tersebut kepada pelajarnya?
Mungkin pada tanggapan mereka, asalkan tidak terjadi pergaduhan antara kaum, maka perhubungan mereka sudah dikira selamat dan menepati konsep masyarakat majmuk Malaysia.
Kita terlalu mengambil mudah sesuatu perkara dan hanya akan menggelabah apabila terjadi sesuatu perkara yang sepatutnya tidak boleh berlaku. Mengapa tidak dilihat isu ini sebagai salah satu tanggungjawab utama seorang pendidik.

Comments
Post a Comment