REALITI PELAKSANAAN HASRAT DAN MATLAMAT KERAJAAN ERA TUN DR MAHATHIR (sambungan artikel lepas)
REALITI:
Sejauh manakah kemajuan yang dicapai secara kolektif setakat ini berdasarkan realiti diperingkat pelaksanaan?
Secara kolektif, pencapaian kemajuan pengkomputeran sebenarnya berada di bawah tahap yang wajar. Apa yang berlaku secara realiti adalah penggunaan IT dalam P&P gagal membawa makna sebenar kaedah tersebut.
Komputer dilihat sebagai satu perkakasan yang perlu dipelajari cara penggunaannya sedangkan fungsi sebenarnya hanyalah sebagai alat bantuan mengajar. Penggunaan Internet secara optimum gagal dimanfaatkan kerana ia sebenarnya memerlukan seorang guru yang kreatif untuk menghasilkan suasana P&P yang kondusif. Kegagalan guru meneroka potensi Teknologi Maklumat menyebabkan strategi P&P mereka tidak ada bezanya dengan P&P menggunakan papan hitam.
Teknologi Maklumat sebenarnya mampu menjadikan suasana P&P yang merangsang minat pelajar memahami isi kandungan pelajarannya. Kreativiti guru menghasilkan kepelbagaian kaedah pengajaran menggunakan IT juga sebenarnya mampu menghasilkan pelajar yang bukan sahaja celik IT, tetapi mendidik cara berfikir berbeza dengan sistem P&P tradisional.
TEKNIK BERFIKIR inilah sebenarnya objektif yang utama untuk dicapai dalam kaedah P&P menggunakan IT. Pelajar akan diajar berdikari untuk membuat penyelidikan, menganalisa maklumat, membuat perbandingan, menilai perbezaan dan seterusnya membuat laporan dalam bentuk yang diarahkan. Tugas guru sebagai fasilitator membolehkan perbincangan dua hala secara lebih terbuka dan membantu perkembangan pemikiran pelajar.
Pelajar yang dihasilkan akan menyemai proses berfikir sebegini sebagai amalan harian dan perkembangan mindanya akan semakin meningkat selari dengan usia. Masa depan negara kelak akan lebih cerah dengan kehadiran generasi ini dan berakhirlah igauan ngeri perihal graduan di negara ini yang tidak kompetitif cara pemikiran mereka.
Proses P&P berbantu IT sebenarnya bukanlah satu-satunya kaedah bagi menghasilkan pelajar yang berfikiran analitikal. Kaedah tradisional juga mampu menghasilkan pelajar sedemikian tetapi ia memerlukan momentum yang berterusan. Sistem pendidikan negara, baik latihan guru, kandungan kurikulum, peperiksaan, buku teks dan rujukan yang disediakan gagal diterjemahkan secara optimum oleh guru-guru.
Guru-guru masih terikat dengan teknik pengajaran tradisional seperti menghafal fakta, menjawab soalan, pengajaran satu hala, pemeriksaan hasil kerja yang mempunyai garis panduan jawapan yang ditetapkan dan pelbagai lagi kaedah statik yang tidak menjana pemikiran pelajar agar lebih berdikari. Kaedah pendidikan sebeginilah yang menjadi punca pelajar kita gagal menyerlah apabila berada di peringkat Universiti dan menghadapi masalah tidak selari dengan pasaran pekerjaan apabila mereka tamat belajar.
Pelaburan tinggi kerajaan akan menjadi satu pembaziran sekiranya keadaan ini tidak diperbetulkan dengan tindakan proaktif pihak berkaitan secara intensif. Pembaziran dalam bentuk wang ringgit hanyalah berbentuk material tetapi walaubagaimanapun masih lagi menjadi aset yang boleh diguna pakai pada tahun berikutnya.
Pembaziran dalam bentuk guna tenaga manusia pula merupakan satu kerugian yang lebih besar kepada negara kerana tidak dapat mengana sumber tenaga kerja yang sebenarnya berpotensi menyumbang khidmat secara total. Ratusan ribu pelajar yang tamat persekolahan pada setiap tahun secara puratanya memiliki cara pemikiran, pertuturan dan personaliti yang identikal dan hampir menjadi satu ikon kebangsaan yang membimbangkan.
Revolusi cara berfikir yang kompetitif haruslah dijadikan matlamat setiap guru dalam proses mendidik pelajar. Sejak dari bangku awal persekolahan, proses ini memerlukan kesinambungan yang relatif dari satu tahun ke tahun yang berikutnya.
Komitmen guru memahami matlamat tersebut amat diperlukan memandangkan proses sebegini memerlukan kerjasama semua guru yang terlibat baik diperingkat rendah mahupun menengah agar momentum pelajar tidak terhenti di satu takat tertentu yang boleh menghakis kebolehan dan potensi pelajar.
Guru-guru di negara ini majoritinya mempunyai pengetahuan berkenaan teknik kemahiran berfikir yang diperkenalkan oleh teori Barat. Berbagai kursus, seminar dan bengkel dihadiri oleh guru-guru agar mereka dapat mempelbagaikan kaedah P&P dan menyesuaikannya dengan tahap pemikiran pelajar.
Sebagai contoh, majoriti guru telah menghadiri kursus berhubung penggunaan otak kiri dan kanan. Teori otak kanan dan otak kiri manusia membolehkan seorang guru memahami keupayaan dan minat para pelajarnya. Teori ini sememangnya membawa manfaat besar kepada guru sebagai pemudah cara pemilihan pendekatan kaedah pengajaran.
Realitinya, secara kolektif guru-guru tidak mempraktikkan teori ini dalam P&P mereka. Punca sebenar adalah kerana pemahaman yang samar mengenai teori tersebut. Latihan yang dijalankan selama satu atau dua hari setakat memberi pemahaman tentang input umum kerana tenaga pengajarnya juga merupakan golongan yang kurang pakar tentang teori tersebut.
Mungkin mereka menjalani latihan yang lebih lama sedikit namun ianya tidak mencukupi. Ada juga di kalangan mereka yang sebenarnya tidak berminat untuk mengikuti kursus jurulatih Kemahiran Berfikir tetapi terpaksa menghadirkan diri atas arahan pihak atasan. Kesannya, input yang diterima adalah tidak jelas dan apabila mereka melatih guru-guru, kebanyakannya bergantung kepada nota yang dibekalkan dan membuat beberapa aktiviti asas.
Sisipan teori daripada beberapa orang pemikir juga tidak dapat diolah dengan baik kerana mereka bergantung kepada apa yang dibekalkan dalam nota dan akhirnya terjadilah proses pemindahan ilmu dari seorang yang sedikit ilmu pengetahuannya kepada seorang yang tidak mempunyai asas yang mantap.
Teknik sebegini sebenarnya sangat bermanfaat kepada guru kerana dapat membantu menilai kesesuaian kaedah P&P yang diperlukan dan memudahkan pencapaian objektif. Pendedahan kepada teknik ini juga sebenarnya perlu dilakukan dengan lebih menarik oleh mereka yang pakar kerana guru-guru sebenarnya sudah kekurangan minat untuk menghadiri kursus-kursus yang dijalankan kerana beban tugas mereka yang banyak.
Oleh itu, satu usaha tempatan perlu dibuat untuk memudahkan pemahaman guru-guru ke tahap yang paling minima berkenaan dengan applikasi teknik tersebut.
Penekanan utama yang perlu dilakukan ialah “MEMAHAMI CABARAN MASA DEPAN NEGARA DAN PERLUNYA MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERKEBOLEHAN BERFIKIR SECARA KOMPETITIF”
Applikasi yang dipermudahkan dengan simulasi kreatif akan menarik minat dan azam guru untuk mempraktikkan teknik yang diperkenalkan semasa P&P dalam bilik darjah. Meminimakan pemahaman definisi dan kaitan kajian saintifik bukanlah disebabkan kita tidak menghargai penat lelah kajian mereka, tetapi dalam saat kritikal begini kita perlu mencari jalan penyelesaian yang praktikal dan berkesan.
Sebaik-baiknya perjalanan proses sebegini tidak memerlukan penglibatan pihak atasan dan cukuplah sekadar ianya dikendalikan dengan bijak oleh golongan pelaksana. Permuafakatan sebegini dalam merencanakan agenda negara akan memantapkan lagi kredibiliti institusi pendidikan yang turun naik prestasinya.
Konsep pengurusan free-reign perlu menjadi amalan di sekolah kerana ia akan menimbulkan semangat kepunyaan yang tinggi kalangan warga sekolah. Sikap proaktif akan menjadikan seseorang itu lebih berkarisma dan mempamerkan tahap integriti yang tinggi kepada personalitinya.

Comments
Post a Comment