DILEMA SEKOLAH KEBANGSAAN BHG 1

Apabila bidang pendidikan dipersoalkan, fikiran kita sebenarnya lebih tertumpu kepada permasalahan di Sekolah Kebangsaan, sekolah yang memikul reputasi negara sebagai khazanah yang menunjangi sebuah bangsa Malaysia.

Malangnya, Sekolah Kebangsaan kini telah menjadi suatu dominasi oleh golongan Melayu kerana golongan kaum Cina lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRK) Cina.

Kesannya, terlihat satu cabaran besar negara untuk menyatu padukan rakyat di negara ini kerana anak-anak di bangku usia yang sangat kecil telah diasingkan mengikut bangsa dan tercetuslah pula satu fenomena pahit yang amat sukar dipulihkan seandainya negara berhasrat mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dalam warna-warni kaum yang berlainan.

Kesan jangka panjangnya pula banyak kelihatan tidak menyebelahi pelajar-pelajar Melayu yang dari kecil bergaul sesama sendiri dan apabila mereka menaiki sekolah menengah maka semangat bangsa mereka dengan sendirinya mengasingkan mereka dari kaum yang lain.

Hal ini merupakan suatu kerugian kepada generasi pelapis akan datang, khususnya orang Melayu dan perlu dipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat.

Mempertingkatkan bukan mempertahankan

Hak keistimewaan orang Melayu merupakan suatu kontrak sosial yang dilindungi perlembagaan negara, ianya tidak boleh disentuh atau dipersoalkan secara semborono oleh sesiapa jua di negara ini. Apatah lagi jika ianya dikaitkan dengan peruntukan agama rasmi negara iaitu agama Islam, agama yang dianuti oleh orang Melayu. Perkara ini sering menjadi suatu isu sensitif apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang menyalah tafsirkannya.

Dasar perjuangan tidak banyak berubah dari dahulu hingga kini. Yang berubah hanyalah pejuang-pejuang bangsa yang bersilih ganti. Hak bangsa Melayu terus terbela tetapi tidak kehidupan mereka. Bangsa Melayu terus merempat mencari ruang di negara sendiri. Mereka merempat disebabkan tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri.
Perjuangan dicetuskan secara emosi. Tindakan yang dilakukan mengikut emosi selalunya berakhir dengan kegagalan. Pejuang Melayu terlalu beremosi dan tidak bertempat. Mereka lupa tentang fakta sejarah bagaimana Melayu diratah dengan memberikan mereka hak bangsa dan agama. Melayu tidak berminat untuk berjuang meningkatkan prestasi, hanya sekadar berjuang mempertahankan prestasi mereka.

Selagi Melayu asyik lantang bersuara menentang sebarang tindakan melucutkan hak mereka, selagi itulah Melayu akan terus berbangga menjadi tuan tanah.
Tuan tanah yang mencagar tanah mereka agar dapat meneruskan kehidupan dengan pendapatan tetap hasil sewaan biarpun tidak setanding dengan nilai tanah tersebut. Asalkan tanah tersebut masih milik mereka.

Bangsa lain yang menyewa tanah tersebut menebus guna sumber dengan segala tenaga yang ada maka menjadikan mereka manusia yang beruntung. Setiap bulan si Melayu tetap memperolehi pendapatan hasil kutipan sewa tanah andaian RM2000 dan si pengusaha tanah memperolehi RM10000 contohnya hasil jualan. Setiap bulan tuan tanah menerima pembayaran tetap tetapi si penyewa melipat gandakan keuntungan mereka.

Di kala kerajaan mengurniakan tanah beserta rumah dan pokok yang siap untuk ditoreh kepada orang Melayu, bangsa lain terpaksa bangun lebih awal untuk menebas hutan bagi dijadikan kebun. Pelbagai tanaman ditanam dari benih dan dijaga dengan rapi di segenap pelusuk tanah yang ada. Mereka memastikan tanaman dibaja dan disiram agar segar untuk dijual di pasar setiap hari. Risiko tanaman rosak ditanggung mereka sendiri.

Hasilnya, Melayu yang diberi pokok tadi masih merungut kerana hasil yang sedikit dan tidak mencukupi tetapi bangsa yang menarah hutan terus giat memperluaskan tanah kebun selagi ada.

Kesimpulannya, Melayu terus selesa dengan angka majoriti penduduk negara ini tetapi gagal untuk menguasai kekayaan negara. Ingatlah Dasar Ekonomi Melayu yang diwujudkan gagal mencapai matlamat penguasaan 30% seperti yang diharapkan. Konglomerat Melayu yang wujud boleh dihitung dengan jari sebagai wakil orang Melayu. Sedih melihatkan keadaan orang Melayu yang tidak tahu mengubah budaya hidup.

...BERSAMBUNG..INSYALLAH

Comments

  1. you sembang macam you tak hidup dengan DEB dan bantuan, tapi you jadi siapa diri you kerana apa? BANTUAN.

    ni la dipanggil kacang lupakan kulit

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

Lawatan ke rumah pelajar

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK