Kreativiti

Kreativiti merupakan salah satu agenda yang penting diperkatakan diseluruh dunia pada masa kini. Kreativiti yang tinggi mampu menjana ekonomi sesebuah negara. Justeru kerajaan Malaysia tidak ketinggalan untuk menggalakkan kreativiti dikalangan rakyat.

Maka tanggungjawab ini ditekankan kepada para pendidik untuk melahirkan pelajar yang kreatif. Pelbagai teknik secara langsung dan tidak langsung telah dirancang oleh pihak kementerian serta pakar-pakarnya untuk melahirkan pelajar yang kreatif. Namun pada pandangan saya, usaha ini tidak menunjukkan peningkatan seperti yang diharapkan. Mengapa agaknya?

Sekali lagi saya memohon maaf kepada para guru kerana pada pandangan saya guru masih tidak faham bagaimana proses kreativiti yang sebenarnya harus dilaksanakan. Lantaran itu kita gagal melahirkan pelajar yang kreatif. Mungkin ramai yang tidak bersetuju kerana melalui pelbagai pertandingan rekacipta yang dijalankan pelajar menunjukkan peningkatan dalam merekacipta. Jika benar begitu, dimanakah letaknya kedudukan hasil-hasil rekacipta tersebut? Telah dipasarkan?

Maksudnya, pelajar kita yang dibimbing oleh guru dalam merekacipta hanya syok sendiri. Rekacipta bermaksud menyelesaikan masalah. Masalah ini seterusnya akan mendatangkan pendapatan. Rekacipta ini sepatutnya memudahkan pengguna dan pengguna amat memerlukannya. Harganya perlulah bersesuaian. Dan bermacam-macam lagi.

Tetapi apa yang saya dapati dalam pertandingan rekacipta, masing-masing sibuk untuk menunjukkan kehebatan betapa komplikatednya proses mereka membuat sesuatu rekacipta. Berapa tebal wayar yang digunakan. Maka sebab itu rekaan mereka tidak berdaya komersial.

Kreativiti boleh dipelajari dan ianya bukan milik seseorang yang "gifted" seperti yang dimomokkan oleh Barat.

Hanya proses pengajaran perlu diperbetulkan. Pelajar kita tidak mempunyai kemampuan bertanya soalan. Mengapa? Kerana mereka tidak memahami apa yang dipelajari. Cikgu hanya syok sendiri.

Untuk menjadi kreatif, seseorang itu perlu mempunyai ilmu fundamental yang kukuh. Maksudnya di sekolah rendah pelajar menguasai ilmu asas yang dipelajari. Sepatutnya diperingkat sekolah rendah pelajar diasuh untuk banyak bertanya. Untuk mereka banyak bertanya, terlebih dahulu mereka perlu memahami apa yang diajar. Guru perlu kreatif untuk mempermudahkan pemahaman pelajar. Tugas guru sekolah rendah amat penting.
Kesimpulannya disekolah rendah pelajar perlu diasuh mengenai CURIOSITY.

Apabila mereka naik ke sekolah menengah, mereka akan mula berbahas mengenai persoalan yang lebih besar mengikut subjek menengah. Saya percaya jika budaya bertanya diasuh disekolah rendah dan menghasilkan pelajar yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, maka cabaran guru-guru di sekolah menengah akan menjadi lebih menarik. Yang penting teknik ini akan mampu melahirkan generasi yang mempunyai tahap kreativiti yang asli dan bukannya kosmetik.

Guru yang baik adalah guru yang mempunyai jiwa.

Contohnya, kita mengajar tentang MENJAGA KEBERSIHAN.

Kita mengajar murid JANGAN MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA!!

Tetapi jika kita lihat, daripada bas sekolah yang berwarna kuning itu, para pelajar membuang sampah sewenang-wenangnya melalui tingkap bas!!

Jika kita gagal mendidik pelajar supaya tidak membuang sampah merata-rata, bagaimana hendak kita melahirkan pelajar yang kreatif untuk memimpin negara?

Inilah yang dimaksudkan dengan jiwa. Apabila kita mengajar sesuatu topik, hendaklah kita mengajar dengan jiwa yang tulus, agar pelajar benar-benar menjiwai apa yang dipelajari.

Comments

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

Lawatan ke rumah pelajar

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK