Hala tuju Bahagian 2
Guru harus meletakkan hasrat mencapai matlamat yang digariskan untuk dijadikan satu cabaran yang menyeronokkan menjalankan tugas sebagai seorang guru. Tanpa matlamat tersebut maka kita tidak mempunyai halatuju dan berkesudahan dengan perasaaan bosan serta tidak bersemangat untuk menjadi seorang guru.
Guru sudah sedia arif dengan rutin menulis persediaan mengajar untuk esok hari dalam buku rekod mengajar yang menjadi tradisi selama berpuluh-puluh tahun. Pernahkah kita meneliti semula pada setiap hujung tahun, helaian demi helaian dalam buku tersebut tentang apa yang ditulis?
Rancangan tahunan, bulanan dan harian adalah sebenarnya berkait rapat dengan topik ini. Setiap awal tahun apabila kita telah mengetahui matapelajaran dan tahap yang akan diajar, selalunya saat tersebut merupakan minggu yang amat memenatkan apabila kita perlu melengkapkan buku tersebut dengan sukatan pelajaran, jadual waktu, senarai nama pelajar dan sebagainya.
Ada yang menyalin semula sukatan pelajaran kedalam buku tersebut dan tidak kurang juga yang membuat pendua dan melekatkan kedalam buku tersebut. Seterusnya, guru perlu membuat pecahan topik berdasarkan pembahagian migguan agar pada setiap penghujung tahun sebelum peperiksaan akhir dijalankan, sukatan pelajaran yang dirangka telah lengkap diajar kepada pelajar tersebut.
Apa yang berlaku masa kini, guru-guru hanya menyalin semula perancangan pembahagian mingguan tersebut dengan merujuk kepada buku rekod mengajar guru-guru yang mengajar pada tahun lepas. Diakui ianya satu tindakan yang bijak tetapi adakah kita menyedari bahawa halatuju yang disalin tersebut bukannya merupakan halatuju diri kita sendiri tetapi menumpang halatuju guru-guru pada tahun lepas.
Hal inilah yang menjadi penyumbang kepada kekeliruan dalam diri guru iaitu di antara tugas dan tanggungjawab. Tindakan tersebut jelas membuktikan rasional berhubung apa yang sedang kita perbincangkan dalam buku ini.
Halatuju kita merupakan cabaran sebenar dalam kehidupan. Halatuju kehidupan adalah untuk mencapai matlamat yang kita gariskan. Sekiranya matlamat seorang guru adalah untuk melihat anak muridnya lulus dalam peperiksaan akhir tahun, maka halatujunya akan hanya menjurus kearah memastikan anak muridnya lulus dalam peperiksaan akhir tahun tersebut sahaja. Beliau akan menjalankan tugas hariannya untuk memastikan anak didiknya mampu lulus seperti matlamat yang digariskan. Setiap tahun matlamatnya tidak pernah berubah. Inilah sebabnya tugas seorang guru menjadi bosan dan rutin.
Seorang guru yang unggul akan meletakkan matlamat yang lebih mencabar dari tahun ke tahun. Apabila seorang guru meletakkan matlamat hidupnya untuk mendidik pelajarnya agar mampu menguasai ilmu kehidupan maka beliau akan merasakan cabaran yang besar dipikul di bahunya bagi memastikan matlamat tersebut dicapai. Akan jelas kelihatan bagaimana beliau merekabentuk halatuju yang efektif agar memastikan matlamat yang mencabar tersebut boleh dicapai oleh setiap pelajarnya.
Beliau akan bertindak dari dalam diri dan mula merasakan keindahan dan kesibukan tugas sebagai seorang guru. Golongan ini dapat dilihat kesungguhannya di dalam sesebuah sekolah kerana beliau akan selalu dilihat melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan kurang menghabiskan masa lapang berbual kosong sementara menantikan waktu mengajar yang berikutnya.
Sudah semestinya tingkahlaku guru tersebut mengundang persepsi negatif di kalangan guru-guru yang lain. Seringkali guru unggul ini dijadikan bahan sindiran atas kerajinannya oleh guru-guru yang lain. Pada guru-guru lain, tugas guru adalah sangat mudah iaitu mengajar mengikut apa yang digariskan dalam sukatan pelajaran dan memastikan para pelajarnya lulus dalam peperiksaan. Jika pelajarnya gagal, maka itu bukanlah kelemahan pengajaran beliau tetapi kelemahan pelajar tersebut sendiri yang dilabelkan sebagai pelajar lemah.
Sikap begini yang menyindir guru-guru unggul dengan pelbagai persepsi seperti membodek, tunjuk rajin, kaki ampu dan sebagainya banyak menyumbang kepada keruntuhan semangat. Diyakini kebanyakan guru-guru memang mempunyai hasrat dan komited untuk mendidik dengan sepenuh hati sepertimana yang diamanahkan namun disebabkan oleh budaya masyarakat yang diamalkan maka ramai diantara mereka yang tunduk akur kepada kumpulan tersebut kerana tidak mahu dilabelkan sebagai sombong dan hidung tinggi. Lama kelamaan beliau sendiri akan menyindir guru-guru unggul yang lain.
Sukar dipercayai fakta ini tetapi inilah hakikat yang berlaku secara dalaman. Sikap irihati dan dengki merupakan sikap manusia yang telah menjadi norma kehidupan namun jika golongan yang bertanggungjawab membanteras amalan ini daripada diamalkan juga melakukan perkara yang sama bagaimanakah amalan ini mampu dibasmi di kalangan generasi akan datang.
Seorang guru unggul harus melalui cabaran kumpulan ini terlebih dahulu sebelum beliau meneruskan cabaran halatuju yang dikehendakkinya. Jika beliau berjaya mengatasinya barulah beliau dapat melaksanakan halatujunya dengan penuh komited walaupun kumpulan tersebut tidak akan henti-henti mencuba untuk meruntuhkan moral beliau. Maka itu, seorang guru unggul perlu pandai mengambil hati setiap pihak demi kebaikan secara total tetapi pendekatan tersebut amat memerlukan komitmen yang tinggi.
Kerana itu, personaliti seorang guru unggul amat mempesonakan kerana beliau dihormati oleh segenap pihak atas sikap hormat beliau kepada sesiapa sahaja, tidak kira pelajar, guru-guru, ibubapa, masyarakat dan sebagainya.

Posting saudara amat menarik..best.. Saya ada menghantar email untuk menjemput saudara berceramah disekolah saya. Harap saudara dapat membalas email saya.
ReplyDeletesyabas!!syabas!!