Jatidiri Guru Bhg 3
Guru harus terus utuh berpegang kepada matlamat dan tanggungjawab mereka tanpa berbelah bagi biar dihujani tohmahan dan sindiran dari masyarakat sekeliling. Seandainya ada diantara guru-guru yang tidak sependapat dengan aspek ini dan terus terusan melaungkan ketidak adilan bagi seorang guru untuk mengecap hak sebagai manusia biasa yang dikurniakan dengan perasaan, maka beliau haruslah memikirkan semula keupayaannya untuk memikul gelaran sebagai seorang guru.
Guru-guru di zaman penjajah dipilih untuk memimpin perjuangan rakyat kerana mereka diyakini mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Keistimewaan yang terserlah ialah dari segi semangat juang yang tidak mengenal erti penat dan lelah malahan sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi membalas kepercayaan.
Kemahiran teknikal guru-guru untuk mengajar subjek tertentu merupakan ilmu yang boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja. Disinilah terletaknya kelebihan seorang insan yang dilahirkan untuk menjadi guru kerana mereka perlu berfikir kaedah terbaik untuk memberikan pemahaman dalam pengajarannya. Tetapi sebelum itu beliau harus memiliki daya penarik agar pelajarnya menghormati kebolehan beliau sebagai seorang guru yang berkaliber. Seorang guru yang unggul harus memiliki ciri-ciri yang dapat menarik perhatian pelajarnya dari segenap aspek.
Seorang guru yang unggul tidak perlu memiliki rupa paras yang menawan tetapi wajib memperagakan adab tertib seorang manusia yang sukar dikesan kelemahannya dari segi sahsiah. Ketegasan prinsip untuk mendidik dengan penuh tanggungjawab tanpa memilih bulu akan mendatangkan rasa hormat para pelajar kepadanya.
Pasti guru-guru akan mempersoalkan fakta pengurusan pelajar yang tidak boleh disama ratakan apabila berhadapan dengan pelajar yang nakal. Guru-guru mungkin telah mencuba pelbagai kaedah untuk menangani pelajar-pelajar yang dikategorikan nakal dan kebanyakannya beranggapan pelajar yang nakal perlu dididik dengan keras tanpa kompromi. Mungkin mereka pernah berlembut tetapi hasilnya pelajar tersebut naik kepala membuatkan mereka hilang sabar dan terpaksa bertindak tegas.
Apakah sebab dan punca menyebabkan guru tersebut mengubah strateginya daripada berlembut kepada tegas? Secara lazimnya tindakan ini diambil oleh guru-guru yang tidak berani mengambil risiko menunggu dengan lebih lama dan tidak yakin dengan tindakannya.
Disinilah pentingnya kekuatan jatidiri seorang guru dalam mengendalikan tugasnya membentuk jiwa anak-anak yang belum mengenali dunia sebenar apabila mereka dewasa. Guru perlu mempunyai jatidiri yang konsisten dan tidak mudah menyerah kalah setiap kali berhadapan dengan pelajar nakal yang sebenarnya memerlukan perhatian dan kasih sayang sama seperti pelajar lain. Mereka juga menginginkan kebahagiaan yang diperolehi melalui rasa hormat terhadap mereka sebagai manusia yang memiliki hati dan perasaan.
Hanya guru yang mampu menahan cabaran mentah mereka dan tanggungjawab ini tidak mampu dipikul oleh semua ibubapa mahupun orang lain kerana guru telah disiapkan oleh Tuhan dengan kelebihan tersendiri iaitu kekuatan jatidiri membentuk hati yang mulia bagi memudahkannya menyampaikan ilmu pengetahuan melalui tutur kata yang merdu, kesabaran yang tinggi, budi pekerti yang sopan, berilmu, bersedia membantu dan pelbagai nilai-nilai murni yang diamalkan sebagai pokok kepada teladan yang perlu dicontohi oleh para pelajar.
Tidak sukar untuk kita mengaitkan perlakuan pelajar yang bertindak tidak menghormati guru-guru adalah akibat daripada sikap guru-guru sendiri terhadap mereka. Tidak dinafikan guru-guru memang berusaha membentuk dan mendidik para pelajar tersebut dengan strategi yang betul pada peringkat permulaan tetapi apabila didapati kesannya tidak bertepatan maka mereka akan bertindak berlawanan.
Jika guru tersebut mempunyai jatidiri yang kukuh dan percaya kepada kekuatan dan keistimewaan yang dimilikinya nescaya beliau tidak akan menyerah kalah dengan begitu mudah malahan jatidiri tersebut mampu mengubah tingkahlaku pelajar tersebut. Semuanya boleh berlaku melalui hati yang ikhlas terhadap tanggungjawab dan matlamat anda.

Comments
Post a Comment