Jatidiri Guru
Bukanlah martabat yang menjadi perjuangan utama warga guru kerana martabat adalah milik masyarakat. Jika masyarakat ingin memartabatkan kita di suatu peringkat yang tinggi maka tinggilah kita begitu juga sebaliknya. Apa yang ingin dicapai ialah meyakinkan negara bahawa generasi masa depan yang akan bertindak sebagai pelapis yang akan menerajui negara telah siap disediakan dengan ilmu yang secukupnya.
Di sinilah sumbangan setiap individu yang bergelar guru dituntut untuk menyempurnakan tanggungjawabnya. Apabila kita menggerakkan hati untuk bertindak maka seluruh anggota badan akan melaksanakan tanggungjawab seperti yang dikehendakki oleh hati kita. Maka hati kita merupakan aspek penting dalam menentukan halatuju kita. Walaupun minda kita mampu menginterpretasikan kesan hasil dari tindakan namun hati kita menentukan tindakan yang akan diambil.
Untuk membuktikan kebenarannya, eloklah kita renungkan kembali pendekatan kita dalam pengajaran pada setiap hari. Kita dibekalkan oleh Tuhan dengan kesabaran semasa berhadapan dengan para pelajar. Minda kita sentiasa berpesan agar sentiasa mengawal perasaan lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan pelajar yang sering mencabar kesabaran kita.
Tetapi mampukah minda kita memastikan kesabaran dalam situasi yang sebenar apabila para pelajar mencabar tahap kesabaran hati kita? Jika kita merasa tercabar dan mampu menahannya dari melahirkan tindakan bagaimana pula dengan hati kecil kita yang meronta-ronta meminta dibebaskan. Hasilnya, apakah kita mencapai kebahagiaan hidup pada hari tersebut dan mampukah kita terus mengajar tanpa dibayangi perasaan tidak selesa yang terpendam. Seringkali guru-guru akan tumpas dalam konflik sebegini.
Terasa seperti tidak adil untuk melihat seorang guru sebagai manusia yang tidak boleh menunjukkan kemarahan kerana secara lahiriah manusia tidak dapat lari dari sikap sebegitu.
Guru-guru juga adalah manusia biasa yang tidak lekang daripada melakukan kesilapan. Tambahan pula tekanan hidup yang kian bertambah menyebabkan guru-guru hari ini sering bertindak mengikut nafsu. Masalah keluarga, hutang, perbelanjaan rumahtangga, pelajar, beban tugas saling berkait rapat dan mempengaruhi emosi guru-guru tidak kira masa dan ketika. Golongan guru yang mempunyai sikap panas baran pula akan ditakuti oleh para pelajar dan tidak keterlaluan untuk dijadikan punca yang mempengaruhi emosi memberontak pelajarnya.
Jika guru bersikap tegas dengan memberikan jawapan bahawa guru juga adalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan sebarang kesilapan, maka hilanglah keistimewaan seorang guru dimata masyarakat. Jika begitu sesiapa sahaja dikalangan masyarakat diluar sana mampu menjadi seorang guru kerana apa yang diperlukan ialah pengetahuan tentang mengajar subjek iaitu satu pengetahuan teknikal.
Sikap ringan sebeginilah yang sebenarnya menurunkan nilai martabat kerjaya guru dimata masyarakat. Skop tugas yang tidak memerlukan risiko adalah suatu tamparan terhadap profesyen perguruan kerana guru-guru bersikap mudah terhadap harapan masyarakat yang ingin melihat generasi masa hadapan dibekalkan dengan kredibiliti yang secukupnya.

Sahabatku yg pernah bersama ku mendiami rumah 791B, senario sekarang menuntut lebih dari kemantapan ilmu dan keupayaan fizikal seorang guru untuk terus berada di sekolah.Guru-guru sekarang terlalu letih.Ini ada satu dialog yg telah dituturkan oleh seorang guru sekolah menengah yg baru berpindah ke sekolah ku dan ini adalah realiti..."masa abg kat sekolah menengah dahulu, balik sekolah je abg masih boleh berehat, tengok TV dan bermain dengan anak-anak...tapi sejak abang bertukar di sekolah ni, abg balik je terus tidur !"
ReplyDeleteSahabatku, diam tak diam dah hampir 20 tahun aku menjadi guru...dan masih ada 18 tahun lagi untuk aku menjalaninya sehinggalah tarikh aku pencen ! Tapi aku berbangga membaca blogmu ini kerana ia ditulis berdasarkan kematangan dan pengalaman apalagi ia ditulis oleh kawan lamaku dan ia seharusnya dibaca oleh para guru terutamanya guru-guru muda yg baru mengenali dunia pendidikan...dan guru-guru lama sebagai pedoman:). Kepada guru-guru muda terutamanya KPLI, ingatlah bahawa anda semua lebih senang dari kami dan KPM telah memberi kesempatan untuk anda berkhidmat sebagai guru walaupun ramai diantara anda memilih kerjaya ini kerana tiada pilihan lain !Didiklah murid-murid mu dgn ikhlas dan bersungguh-sungguh dan hormatilah guru-guru yg lama walaupun mereka bergaji lebih rendah dari anda semua. Ini bukan amaran, ini bukan tohmahan...tapi ini satu harapan.
ReplyDelete