Adakah pelajar kita memahami apa yang dipelajari?

“OK , ada apa-apa soalan?” tanya guru kepada pelajarnya.
Kebiasaannya…para pelajar akan senyap tanpa bertanya sebarang soalan.

Inilah sindrom yang dialami oleh para pelajar pada hari ini, baik diperingkat sekolah rendah, menengah mahupun peringkat lebih tinggi.

Mengapa agaknya pelajar kita sangat kurang bertanya soalan?

Pelajar kita kurang bertanya soalan kerana mereka tidak memahami apa yang dipelajari. Pelik bukan.

Pelajar yang aktif bertanya di dalam kelas adalah disebabkan oleh guru yang pandai membuatkan pelajar mereka memahami apa yang dipelajari. Ternyata kenyataan ini benar apabila kita bertanya kepada pelajar-pelajar tersebut atau anak-anak kita sendiri.

Guru-guru mengajar anak kita menghafal. Pada mereka, yang penting adalah murid lulus dalam peperiksaan. Pemahaman mereka terhadap subjek tersebut kurang dititikberatkan. Kalau tidak percaya, silalah bertanya kepada anak-anak anda agar mereka menghuraikan apa yang mereka pelajari. Contohnya bagaimana empangan hidro elektrik yang dipenuhi air itu dapat menyalakan lampu di rumah. Suruh mereka menghuraikan dalam bahasa yang mudah. Ternyata mereka gagal untuk menghuraikannya.

Guru-guru perlu melihat perkara ini dengan serius. Anda sedang membina generasi masa depan yang mampu memimpin negara ke arah pembangunan. Mereka perlu benar-benar memahami dan menguasai apa yang mereka pelajari. Apakah maknanya pencapaian “A” sekiranya mereka tidak faham apa yang dipelajari?

Kaedah pengajaran secara “simplification” ternyata kaedah yang masih relevan sehingga kini. Fahamkah guru-guru apakah yang dimaksudkan dengan Alat Bantuan Mengajar (ABM)? ABM ialah medium untuk kaedah “simplification”. Memudahkan penyampaian. Tetapi guru-guru gagal menghasilkan ABM yang mampu memudahkan penyampaian. Mereka gagal untuk menghasilkannya kerana membuat ABM adalah satu perkara yang menyusahkan dan jikalau menggunakannya pun adalah disebabkan oleh terpaksa.

Begitu juga dengan penggunaan ICT. Jika sekadar menggunakan ICT tetapi gagal membuatkan pelajar memahami penyampaian, lebih baik tidak usah menggunakannya kerana akan membazirkan masa.

Untuk membuatkan kita mahir menggunakan kaedah “simplification”, terlebih dahulu kita perlu benar-benar memahami subjek tersebut. Apabila kita benar-benar faham, mudah kita hendak menyampaikannya dengan penyampaian yang terbaik dan difahami.

Comments

  1. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan saudara... Tiada bangkangan.. Guru-guru kita tidak kompetitif

    ReplyDelete
  2. guru perlu kreatif & inovatif jk mahu pelajarnya aktif.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

Lawatan ke rumah pelajar

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK