Bengkel Rakan Inovasi

Semalam bertempat di Sekolah Menengah Teknik Kajang, saya telah menjalankan bengkel Rakan Inovasi, iaitu satu projek usahasama diantara Zull Design Autotronic dan Utusan Malaysia. Bengkel sehari tersebut merupakan satu bengkel terbuka dimana penyertaan dibuka kepada orang awam.

Walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM150.00 seorang, alhamdulillah bengkel tersebut dapat menarik peserta seramai 50 orang.

Menariknya, terdapat peserta yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyertai bengkel tersebut.

Mereka yang sanggup membayar dan meluangkan masa tersebut didapati terdiri dari golongan mereka yang dahagakan ilmu. Terdapat juga seorang peserta berusia 50an, seorang wanita yang bekerja di jabatan kerajaan.

Bengkel seterusnya akan diadakan pada 3 April 2010 bertempat di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar,Seremban dan borang penyertaan boleh diperolehi dari akhbar Utusan Malaysia setiap hari Khamis di ruangan Mega.

Bengkel ini akan mendedahkan kepada peserta teknik untuk menjadi orang yang kreatif dan bagaimana cara orang kreatif belajar. disamping itu, 70% dari kandungan kursus dijalankan secara praktikal, dimana peserta membuat aktiviti hands-on.

Peserta diajar bagaimana untuk menghidupkan lampu dan buzzer menggunakan air, api, gegaran, sentuhan badan dan sebagainya.

Kepada mereka yang berminat, silalah hadir dibengkel yang akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

Lawatan ke rumah pelajar

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK