Teknik Belajar Menjadi Kreatif

Teknik belajar memainkan peranan penting untuk membentuk kreativiti dalam diri. Apabila anda belajar seringkali fokus anda hanya tertumpu kepada bagaimana untuk mengingati fakta. Ini menyebabkan anda membentuk diri menjadi seorang penghafal. Seorang penghafal mampu mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan tetapi seringkali mereka gagal mengaplikasi pengetahuan tersebut apabila mereka menghadapi masalah.

Apabila kita belajar, perkara utama yang perlu kita lakukan ialah bagaimana untuk memahami fakta dan bukannya menghafal. Untuk memahami fakta tersebut kita harus menjiwai apa yang dipelajari. Ilmu pengetahuan perlu difahami dan bukannya dihafal.

Pengetahuan asas amat penting dalam setiap bidang ilmu pengetahuan. Melalui pengetahuan asas ini anda dapat berfikir secara logik berhubung perkara yang baru. Lantas anda akan sering berfikir dan menganalisa kemungkinan apabila berhadapan dengan setiap masalah.

Cuba bayangkan permasalahan ini. Apabila kenderaan anda rosak, anda akan memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Selanjutnya anda akan membuka bonet enjin. Perkara seterusnya ialah anda terus termenung memerhatikan enjin tersebut tanpa dapat menganalisa kemungkinan kerosakan. Mengapa? Kerana anda tidak mempunyai ilmu asas berhubung dengan kereta. Sekiranya anda mempunyai ilmu asas, sudah cukup untuk anda membuat analisa berhubung kerosakan tersebut.

Sehubungan itu, apabila anda belajar, anda perlu membuat cerita sendiri tentang apa yang dipelajari. Walaupun ia mengambil masa namun ia akan memberikan kesan yang baik kepada diri anda. Anda akan melihat perubahan dalam diri dimana anda akan lebih banyak meluangkan masa mencari bahan bacaan untuk anda memahami perkara tersebut dengan lebih mendalam.

Syarikat Zull Design dengan kerjasama Utusan Malaysia akan menjalankan Bengkel Rakan Inovasi pada setiap penghujung bulan diseluruh Malaysia. Dalam bengkel inovasi ini, anda akan diajar teknik untuk belajar dengan mudah. Ianya amat penting kepada kita kerana teknik belajar anda kini perlu diubah. Seandainya anda tidak mengubah teknik belajar anda, maka ia akan menyekat kemampuan anda untuk menjadi seorang yang kreatif. Selain dari mempelajari teknik belajar secara kreatif, anda akan menyedari potensi diri yang ada dalam diri dan menjadi seorang yang kreatif dalam masa yang singkat.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai bengkel sehari ini, maklumat adalah seperti berikut:
Tajuk Bengkel : Bengkel Rakan Inovasi Siri 2
Tempat : Sek Teknik Tuanku Jaafar, Ampangan Seremban
Tarikh : 3 April 2010 ( 8.00 am – 4.00 pm) makan tengahari disediakan
Had umur : 15 tahun hingga 60 tahun)
Pendaftaran : Sila hubungi 03-9221 0202/ 9221 0203 ( Lieya/ Dino/ Zura)
Tempat : Terhad kepada 100 orang sahaja

Comments

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

Lawatan ke rumah pelajar

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK