Guru dan Peniaga
Sudah lebih sebulan tidak menulis disini. Saya agak sibuk kerana baru membuka sebuah kiosks, menjual barangan inovasi di sebuah pusat membeli belah.
Barangan yang dijual memerlukan saya meyakinkan pengguna berhubung kebaikan dan kelebihan produk. Memang amat memenatkan untuk menjadi seorang peniaga sebegini kerana memerlukan kreativiti dan kemahiran interpersonal untuk menarik perhatian pembeli seterusnya meyakinkan mereka untuk membeli produk. 12 jam bekerja amat memenatkan. Tetapi setelah pulang, perlu menutup akaun dan melihat kepada kejayaan jualan, hilang rasa penat malah menyebabkan saya lebih bersemangat untuk berniaga pada keesokan harinya.
Saya suka membuat analogi perniagaan tersebut dengan tugas seorang guru. Apabila kita mengerah keringat kita dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan segala kemahiran yang ada untuk membuatkan pelajar kita memahami apa yang diajar, nescaya kita akan puas apabila melihat kemajuan mereka. Tugas guru tidak jauh bezanya dengan seorang ahli perniagaan. Cuma bezanya ahli perniagaan mendapat untung dari segi kewangan..berbanding seorang guru yang mendapat keuntungan dari segi kepuasan…YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA.. Hargailah kerjaya anda

Comments
Post a Comment