HAPUSKAN UPSR DAN PMR

Perubahan dasar dalam bidang pendidikan sentiasa mendapat perhatian hangat dari segenap lapisan masyarakat. Masyarakat kini telah hilang keyakinan terhadap perubahan dasar oleh kerajaan selepas insiden PPSMI. Apakah kesan dari pembatalan PPSMI? Rakyat melihat kerajaan gagal merancang dasar dengan baik kerana setelah seseuatu dasar diperkenalkan ianya terpaksa dibatalkan.

Sesuatu dasar tidak sepatutnya dibatalkan. Seandainya ia tidak mendatangkan keputusan yang baik, seharusnya ia dikaji dan mencari kaedah meningkatkannya. Kali ini UPSR dan PMR hendak dimansuhkan. Apakah justifikasi kerajaan hendak memansuhkannya? Bentangkan kepada rakyat justifikasi mereka dan laksanakanlah.

Telah sekian lama saya berpendapat agar UPSR dan PMR perlu dimansuhkan. Saya terlibat dalam bidang pendidikan inovasi di peringkat dewasa. Saya memahami keadaan sebenar rakyat Malaysia yang tidak kompetitif dalam berfikir secara kreatif. Mengapa? Kerana sewaktu disekolah mereka hanya menghafal. Tetapi mereka tidak memahami apa yang dipelajari.

Sebab itu lah tenaga pekerja kita tidak mencapai piawaian yang diharapkan. Lepasan IPT kita tidak mampu untuk berfikir secara kritis dan logis. Malangnya kerajaan tidak nampak permasalahan akar umbi ini kerana dikaburi dengan PENGUMUMAN PENINGKATAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN disetiap hujung tahun.

Diperingkat sekolah rendah, pelajar sepatutnya diajar teknik bertanya. Galakkan mereka banyak bertanya. Banyak bertanya akan menyebabkan pelajar-pelajar ini mempunyai pemikiran “investigative”. Ini akan menyebabkan mereka berfikir. Aktiviti praktikal perlu dijalankan dengan aktif. Bila berhadapan masalah mereka akan bertanya. Peperiksaan pula dijalankan secara menilai pencapaian individu mengikut sekolah masing-masing.

Jika selama 6 tahun mereka diasuh untuk bertanya, sesampai di sekolah menengah mereka akan terus banyak bertanya dan apabila tamat SPM, mereka akan menjadi generasi yang mampu berfikir dengan baik serta kreatif. Pelajar-pelajar ini mampu menjadi cemerlang diperingkat dunia apabila mereka memasuki IPT selepas tamat sekolah. Saya amat positif dan optimis tentang hal ini.

Ada juga cadangan yang menggalakkan peperiksaan dijalankan secara 60% kerja kursus dan 40% bertulis. Percayalah, ibubapa hari ini tidak mementingkan survival anak mereka pada masa hadapan. Mereka hanya bertanding sesama sendiri dan mahu anak mereka mendapat keputusan yang baik. Maka ramai ibubapa hari ini yang membuat kerja kursus untuk anak-anak mereka. Sebab itu jugalah diperingkat sekolah rendah pada hari ini, ibu bapa hantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen siang dan malam, mengalahkan universiti.

Selain dari hal-hal pemikiran kreatif, bidang sukan juga akan mendapat manfaat. Kita mampu melahirkan generasi yang kuat dalam bidang sukankerana para pelajar boleh berlatih sepanjang tahun. Berbanding sekarang dimana pelajar hanya berlatih mengikut musim disebabkan memenuhi takwim yang disediakan. Selain dari itu, ianya sedikit sebanyak akan mengurangkan beban guru yang dibebani dengan tugasan untuk menghabiskan sukatan pelajaran serta menghadapi UPSR dan PMR sehingga cuti sekolah juga perlu bekerja.

Harapan saya agar kerajaan terus mantap dalam membuat keputusan dan terus mempertahankannya. Janganlah biarkan peristiwa PPSMI berulang kembali

Comments

  1. menarik pendapat anda.harap lebih banyak point dikongsi bersama..saya berhajat ingin membuat kajian thesis berkaitan tajuk ini...

    ReplyDelete
  2. kepada din,

    terima kasih diatas keprihatinan anda. semoga anda dapat mengupas subjek ini dengan lebih terperinci. Sebenarnya, aras soalan UPSR dan PMR perlu diubah seandainya ia hendak dikekalkan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

Lawatan ke rumah pelajar

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK