Hukuman

Penjara katanya merupakan sebuah tempat untuk memberi keinsafan kepada pesalah. Pesalah dihidangkan dengan hidup yang memeritkan didalam ruang tertutup. Lebih berat dari itu ada yang disebat dan ada juga yang dihukum gantung sampai mati. Tapi adakah mereka insaf dan tidak mengulangi kesilapan? Dari pelbagai hukuman yang diterima rasanya hanya mereka yang dihukum gantung sampai mati sahaja yang tidak akan mengulangi kesilapan mereka. Yang lain-lain, sebahagian besar akan mengulangi kesilapan mereka.

Saya baru melepasi jalan dihadapan Penjara Pudu sebentar tadi dan sempat melihat sebahagian proses perobohan. Ada yang memprotes bangunan ini dirobohkan kerana beranggapan ianya memiliki nilai sejarah. Seorang pegawai penjara dalam Majalah 3 baru-baru ini mengungkapkan perkataan “disinilah bebepara penjenayah yang HEBAT seperti Botak Chin, Bentung Kali dan Mokhtar Komando dipenjarakan”. HEBAT? Bolehkah perkataan hebat digunakan kepada mereka?

Saya ingin berbicara berhubung hal hukuman. Padapendapat saya, penjara merupakan satu tempat untuk menjalani kehidupan. Mereka yang mengemis dijalanan lebih perit rasanya pada peringkat awal kerana tiada tempat tidur. tetapi lama kelamaan mereka akan imun. Begitu juga dengan kehidupan dipenjara. Pada peringkat awal mereka akan merasa beban tetapi lama kelamaan mereka akan imun juga. Sudah menjadi satu kehidupan bagi mereka. Sebab itu apabila keluar mereka tidak takut untuk megulangi kesilapan.

Sehubungan itu, proses untuk menyedar dan menginsafkan manusia yang terbaik ialah Hukum Hudud yang dititahkan oleh Tuhan. Bayangkan mereka dihukum didepan khalayak ramai  dan kehilangan anggota badan yang amat diperlukan.. ianya benar-benar akan menakutkan sipesalah dan orang yang melihat.  Kini saya mempunyai persepsi yang positif berhubung Hukum Hudud dan amat berharap pada satu hari ianya akan dipraktikkan. Bukan hanya kepada umat Islam tetapi kepada seluruh masyarakat dinegara ini. Ia menunjukkan betapa hukum islam amat relevan pada setiap zaman dan setiap manusia. Yang nyata ianya merupakan satu proses untuk menjamin kehidupan yang lebih selamat dan bahagia.

Comments

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

Lawatan ke rumah pelajar

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK