BANGSA DAN KETURUNAN: SEBUAH EKSPERIMEN

Apabila kita dilahirkan kedunia ini, kita dinamakan manusia. Setelah itu barulah ianya di identiti kan mengikut bangsa. Apabila kita menjumpai bayi yang dibuang di tepi jalan, kita mengenalinya sebagai manusia tetapi sukar untuk mengenalpasti bangsanya dengan tepat.

Manusia merupakan kejadian Tuhan yang bernyawa. Selain dari itu Tuhan juga menjadikan haiwan sebagai kehidupan bernyawa. Kehidupan bernyawa yang mampu bergerak, melihat, bertindakbalas, berkeluarga dan sebagainya. Haiwan dicipta dalam beratus-ratus bentuk seperti gajah, zirafah, buaya, ikan, semut dan sebagainya. Manakala manusia dicipta dalam satu bentuk sahaja dengan sifat-sifat yang sama; mata, telinga, hidung, tangan, kaki dan sebagainya.

Kronologi manusia dari sejak kejadian Nabi Adam (A.S) hingga kini amat menarik. Bagaimanakah dari percantuman dua orang manusia (telah wujudkah bangsa pada Nabi Allah Adam dan Hawa dijadikan?) boleh terjadinya beratus-ratus jenis bangsa manusia didunia? Ada bangsa Inggeris, Afrika, Cina, India, Melayu dan lain-lain?

Saya terlalu ingin membuat satu eksperimen berhubung perubahan bentuk manusia mengikut demografi yang didiami.

Dalam eksperimen itu, saya ingin membawa 2 pasangan suami isteri berbangsa Melayu dari negara ini dan mendiami negara beriklim sejuk seperti contohnya Kanada. Katakan pasangan pertama tersebut ialah ALI + SITI dan pasangan kedua RAHIM + LIZA.

Apabila mereka mendapat anak, maka mereka perlu mengahwinkan anak mereka sesama sendiri. Diikuti oleh cucu serta cicit mereka dan mereka dilarang berkahwin mahupun bercampur dengan orang selain dari dari kelompok 2 keluarga asas ini. Apakah akan berlaku perubahan fizikal keturunan Melayu ini menjadi orang puteh pada satu titik generasi yang akan datang?

Saya berpendapat badan manusia akan bertindakbalas dengan iklim dan lama kelamaan, pada satu generasi tertentu, fizikal mereka ini akan bertukar mengikut demografi. Keturunan tersebut akan kehilangan identiti asal bangsanya. Kalau mereka diletakkan di India maka generasi mereka nanti akan mempunyai fizikal seperti bangsa India dan jika diletakkan di Afrika, satu masa nanti mereka akan berkulit hitam dan berambut kerinting seperti bangsa Afrika. (Hanya hipotesis saya yang tidak diesahkan)

Ramai orang mengatakan bahawa kita boleh menukar agama tetapi kita tidak boleh menukar bangsa? Jika hipotesis ini benar-benar terbukti boleh berlaku, maka bangsa juga sebenarnya boleh bertukar.

Saya ingin mengajak anda membuat satu eksperimen mudah disini. Berapakah bilangan keturunan keluarga anda yang anda ketahui? Sebagai contoh nama saya ZULFADZLI BIN HARON BIN SHAMSUDIJ BIN BUJAL BIN CELIK. Termasuk nama saya hanya 5 keturunan sahaja yang diketahui. Saya cuba menyelidik salasilah keluarga dan bertanya kepada golongan tua tetapi malangnya tiada yang tahu. Semuanya habis di nama CELIK. Maka saya membuat pengujian yang sama terhadap peserta seminar/kursus satu disegenap pelusuk negara ini. Rupanya bukan saya seorang yang berada dalam keadaan tersebut. Hampir keseluruhan responden yang berjumlah ribuan orang semuanya hanya mengetahui maksima 5 keturunan seperti saya.

Apakah misteri disebalik keturunan ini??

Comments

  1. Salam
    Saya tertarik dengan artikel tuan ini. Saya ada saudara yang telah lama menetap di Mekah, saudara saya ni asal dari Kelantan, begitu juga isterinya. menetap di Mekah sejak tahun 70an lagi, dan anak-anaknya semua dilahirkan di sana. Apa yang menariknya, anak pertama dan kedua masih lagi ada rupa Melayu, tetapi anak-anaknya yang lain sudah berubah dari segi bentuk badan dan wajah, sudah menjadi orang arab dan tidak boleh berbahasa melayu dengan betul. Saya rasa teori Tuan ada juga betul, walaupun ibubapanya adalah Melayu tulin, tetapi disebabkan oleh faktor demografi menyebabkan bangsa boleh bertukar.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikgu,

    Saya amat tertarik dengan artikel ini.

    Saya amat bersetuju dengan cikgu berhubung keturunan kerana saya cuma dapat 4 sahaja. Saya telah bertanya kepada lebih 10 org rakan sepejabat dan maksimanya hanya 5. Mengapa ya? Harap cikgu dapat memberi penjelasan.

    Salam

    ReplyDelete
  3. salam,

    Saya tertarik dgn eksperimen tuan..sbg manusia mmg akan menjadi persoalan dimana awalnya kejadian adam & hawa.Pelbagai kajian tlh dibuat utk mengetahui asal kejadian,ttpi adakah kt tlh puas dgn jawapan yg ada,sy rasa tidak..selagi kt memandang kejadian diluar diri kt,semakin bnyklah pandangan yg ada.Begitu kaya & indahnya kejadian manusia..

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan cikgu, saya sendiri hanya boleh usul sehingga 4 keturunan sebelah bapa, seterusnya tidak diketahui, cuma kami ada pantang larang makanan..

    Sebelah ibu, alhamdulillah, lengkap hingga manusia teragung..

    ReplyDelete
  5. "Apakah misteri disebalik keturunan ini??"

    Soalan ini nak kenalpasti misteri yg wujud berkaitan keturunan, atau rahsia di sebalik hipotesis 5 paras keturunan tu?

    saya berpendapat, kalau seseorang dipindahkan ke lokasi lain (cth iklim berbeza) bentuk tubuh, fungsi, warna kulit dsb. akan berubah sementara. Tapi kalau dikembalikan ke lokasi asal, bentuk asal akan wujud smula. Bergantung kepada DNA dan gen yg dominan.

    Namun dlm proses pembentukan DNA, ada proses yg dipanggil mutasi. Pmindahan DNA mungkin melibatkan DNA asing,yg terbentuk akibat pengaruh iklim semasa. Siapa tahu. Dan jika gen-gen asing yg sama bercantum blh jd dominan. Siapa tahu. Sbbnya DNA bolh dipengaruhi oleh cas-cas ion, dan tak mustahil ciri iklim yg ekstrem blh mengubahsuai cas-cas di sekeliling sel, sekaligus mempengaruhi pembentukannya. Di sini mungkin terwujudnya faktor 'kepelbagaian'. siapa tahu. Semuanya kuasa Allah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

Lawatan ke rumah pelajar

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK