BOLEHKAH KITA BERSATU???
PERPADUAN BANGSA.. satu ungkapan yang mudah disebut tetapi amat sukar dilaksanakan dalam erti kata sebenar di negara ini.
Hari ini PM menyeru supaya mereka yang cintakan perpaduan supaya berani bersuara. Jika kita hendak berbicara tentang soal perpaduan, dimanakah kita perlu memulakannya?
Untuk mencapai perpaduan hakiki, ianya memerlukan pengorbanan. Bangsa Melayu perlu mengorbankan hak kesamarataan sebagai contohnya, dan Bangsa Cina serta India perlu mengorbankan sistem persekolahan vernakular mereka. Pengorbanan memerlukan keikhlasan hati iaitu sesuatu yang amat sukar dilakukan apabila ianya menyebabkan bangsa tersebut kehilangan legasinya. Jika tidak sanggup berkorban secara ikhlas, maka dasar asimilasi perlu dilaksanakan, iaitu satu sistem paksaan yang tidak demokratik. Namun jika kita melihat secara realiti, tidak ada satu kaedah pun diatas yang mampu menggembirakan rakyat dinegara ini untuk mencapai perpaduan.
Konsep 1 Malaysia juga hanya merupakan satu cogankata. Tidak lebih dari itu. Mengajak rakyat Malaysia menjadi SATU tetapi meneruskan dasar-dasar sedia ada tidak membawa sebarang perubahan,
Maka, mampukah perpaduan dicapai dalam erti kata sebenar dinegara ini?
Kita sering mendengar cogankata “Agama, Bangsa dan Negara”. Dalam hierarki tersebut seandainya kita terpaksa memilih apakah yang paling diutamakan,sebagai seorang Islam, maka kita akan memilih Agama untuk didahulukan. Saya kurang pasti dengan penganut agama lain.
Saya sedang memikirkan, seandainya kita terserempak dengan dua pemuda yang sedang bergaduh, seorang merupakan warga Indonesia beragama Islam dan seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina, siapakah yang akan kita bantu?Saya pasti jawapan anda agak sama dengan semua pembaca.
Maka,dimanakah ianya perlu dimulakan jika hendak merealisasikan perpaduan dalam erti kata sebenar?
Jawapannya ialah dibangku persekolahan. Guru-guru perlu menjadi role model kepada pelajar mereka. Seperti kata pepatah “GURU KENCING BERDIRI, ANAK MURID KENCING BERLARI”. Jika guru sendiri gagal untuk menunjukkan perpaduan dikalangan mereka dalam kawasan sekolah, jangan mimpi kita hendak melihat pelajar kita berpadu.
Jika tidak percaya, lihatlah bagaimana perhubungan diantara guru sewaktu masa rehat atau sewaktu mereka berkumpul. Kita dapat melihat bagaimana mereka berkumpul mengikut kaum sendiri. Jika inipun tidak dapat kita laksanakan maka tidak perlulah kita melihat kepada kesalahan pihak lain tentang kegagalan melaksanakan perpaduan di negara ini.
Saya bapa kepada 3 orang anak, isteri saya guru dan saya juga AJK PIBG. Tentang komen you terhadap guru nih agak keterlaluan. Saya rasa guru kat Malaysia nih mesti ada kekuatan dan kualiti macam superman or maybe superwoman kot & baru lah U suker . You pun guru jugak dulu rite .. kenapa berhenti? Dah boring tanda buku? dah boring buat kerja kerani? dah tak sanggup bertugas jaga peperiksaan ? belum lagi jadi ketua pengawas peperiksaan tuuuu ..
ReplyDeleteIngat Zul .. mak bapak adalah bertanggung-jawab untuk terapkan asas dirumah. Jangan nak terus buang kesekolah dan xpect guru buat MAGIC .. tukar anak-anak yg tak ada asas nih jadi Doktor .. jadi Lawyer .. etc etc.
Mak bapak yg tahu buat anak .. harus tahu jugak jaga anak. Asas menghormati orang tua pun kadang-kadang gagal .. Guru nak ajar anak kita .. tapi anak kita tak cukup ajar oleh kita. Dalam satu kelas ada purata 30 student. Separuh student berjaya dalam SPM .. separuh gagal .. So !!! Guru gagal jugak lah ? Yg berjaya tuuu ... siapa yg ajar ? Oppsss .. Mak bapak dia kot !!
Logik sikit Zul .. jgn ikut sedap bagi pendapat jer .. Tak kan pulak guru-guru kena ajar cara hormat orang tua .. itu dah kerja mak bapak kat rumah. Kebanyakan murid yg gagal kat sekolah nih .. rata-rata bukan golongan yg bodoh .. tetapi golongan yg tak dapat perhatian mak bapak kat rumah sendiri. Jadinya.. nak dapat kan perhatian .. dia orang buat perangai kat sekolah and U pulak kata .. guru gagal? Macam mana punya gaya lah Zul .. nak mengajar orang yg tak menghormati guru .. Dalam Islam pun ada cakap .. Ilmu itu susah nak berkat kalau sikap menghormati orang lebih tua pun tak ada .. aduhhhh ..
Guru pun manusia biasa Zul .. macam U jugak. Ada ketika .. murid2 yg bermasalah ini langsung tak bawak pen atau buku. Apa mak bapak tak pernah check beg anak mereka sendiri ker? Ini lah asas .. Jadi tak payah lah kita berangan-angan .. anak kita ke sekolah .. guru buat MAGIC ... hahahahaha ..
Dari > Pak Pandir Setapak Kuala Lumpur
Assalamualaikum Pak Pandir,
ReplyDeleteTerima kasih di atas komen saudara. Saya akan menjawab komen tersebut dalam posting yang akan datang. Saya menghargai lawatan saudara ke laman blog saya. TQ