MEMAHAMI SIKAP ORANG KREATIF

Saya sering ditanya dalam majlis-majlis ceramah berhubung kaedah untuk menjadi kreatif.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, untuk menjadi kreatif, kita perlu menguasai ilmu fundamental (iaitu asas kepada sesuatu ilmu) dengan baik. Menguasai maksudnya MEMAHAMI, bukan sekadar menghafal. Sebab itulah ramai dari golongan masyarakat kita merasakan diri mereka tidak kreatif kerana tidak dikurniakan dengan otak yang kreatif. Mereka silap. Kreativiti boleh dibentuk dan bukan semata-mata anugerah khas.

Orang yang menguasai ilmu fundamental dengan baik mampu berfikir secara logik dan mereka akan suka untuk menyelesaikan masalah. Mereka mampu berkomunikasi dengan masalah tersebut. Disinilah bermulanya rekacipta dan inovasi.

Salah satu lagi persamaan orang yang kreatif ialah berhubung dengan sikap.

Persamaan utama ialah berhubung dengan teknik mengatasi kebosanan. KEBOSANAN ADALAH MUSUH UTAMA. Apabila mereka bosan maka mereka akan mula melakukan perkara lain dan tidak akan melayani kebosanan tersebut. Mereka tidak betah untuk duduk diam.

Fahami 3 analogi dibawah:
Mari kita menanam kacang botol. Korek lubang, letak benih dan pancang kayu. Untuk membolehkan pokok kacang botol tumbuh serta menghasilkan kacang botol, maka rutin yang perlu dilakukan ialah menyiram air setiap hari dan membaja secara berkala.

PEKERJA 1: Malas bekerja dan hanya menyiram pokok sekali sekala. Hasilnya pokok tersebut akan mati.
PEKERJA 2: Bekerja mengikut spesifikasi. Menyiram pokok setiap hari serta membaja seperti diarahkan. idak lebih dari itu. Hasilnya, pokok tumbuh dan menghasilkan kacang botol.
PEKERJA 3: Bekerja lebih dari spesifikasi. Beliau memikirkan bagaimana untuk menghasilkan kacang botol yang lebih cepat berbuah dengan saiz yang lebih besar. Hasilnya, beliau mendapat kacang botol yang lebih besar saiznya.

PEKERJA 3 menunjukkan sikap sebenar bagaimana orang kreatif bekerja. Orang kreatif akan bekerja secara proaktif dan sentiasa memfokuskan kepada kecemerlangan. Matlamat untuk mencapai kecemerlangan inilah yang mendorong mereka untuk mencapai nikmat kehidupan.
Rumusannya, untuk menjadi seorang yang kreatif kita perlu mempunyai sikap untuk mencapai lebih dari apa yang orang lain lakukan. Matlamat hidup kita ialah ingin sentiasa cemerlang dalam setiap perkara yang kita lalui.

Comments

  1. Bro...Winners Don't Do Different Things,
    They Do Things Differently....

    saja je mencelah sikit...
    Hanafi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

Lawatan ke rumah pelajar

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK