Guru dan Ramadhan
Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini.
Sebulan kita berpuasa dan kita telah berusaha untuk menghindari perkara yang dilarang oleh Allah. Setiap amalan positif yang kita amalkan merupakan integriti dalam kehidupan kita, khususnya sebagai seorang guru.
Perubahan tersebut banyak mengajar kita erti seorang guru, yang sewajibnya menjadi nilai kita. Alangkah bagusnya jika perubahan nilai yang kita lakukan sepanjang bulan ramadhan ini dapat terus kita amalkan sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir.
Nikmat menjadi seorang guru yang benar-benar ikhlas dalam mendidik amatlah mulia dimata manusia dan disisi Alla
Terdapat hikmah di sebalik syariat Allah, khususnya puasa. Ada
rahsia, hikmah dan tujuan puasa itu yang diketahui akal manusia. Namun ada juga
yang tidak dapat dijangkau akal manusia. Berkenaan hikmah puasa, terdapat tidak
kurang 12 jenis hikmah iaitu:
1. Puasa menyempitkan aliran makanan dan darah. Aliran yang sama
digunakan syaitan. Maka bisikan syaitan menjadi lemah.
2. Puasa melemahkan nafsu, hasrat jahat dan keinginan berbuat
maksiat. Ini membuatkan roh menjadi tidak ternoda dan kembali suci.
3. Puasa mengingatkan pelakunya perihal kewujudan
saudara-saudaranya yang kelaparan, memerlukan bantuan dan yang fakir serta
miskin. Kesedaran ini menyebabkan orang yang berpuasa mahu mengasihi,
menyayangi dan menolong mereka.
4. Puasa juga adalah pendidikan jiwa, penyucian hati,
pengendalian pandangan dan menjaga anggota tubuh daripada dosa.
5. Puasa juga adalah rahsia antara hamba dengan Tuhannya. Hal
ini ditegaskan dalam hadis Qudsi. Allah berkata, "Setiap amal anak Adam
untuk dirinya kecuali puasa. Puasa untukKu dan Aku sendiri yang
membalasnya."
6. Puasa adalah alat penyatuan kaum muslimin. Mereka berpuasa
pada waktu yang sama dan berbuka puasa pada waktu yang sama. Mereka merasa
lapar bersama dengan penuh persaudaraan. Penyatuan membuatkan mereka diliputi
rasa cinta dan setiakawan.
7. Puasa adalah penghapus kesalahan dan kejahatan. Muslim
merekodkan Rasulullah berkata "Dari Jumaat ke Jumaat yang lain, daripada
umrah kepada umrah yang lain dan dari Ramadan ke Ramadan yang lain adalah
penghapus dosa. Ini selagi dosa itu tidak termasuk dosa besat."
8. Puasa menyihatkan badan kerana ia mengosongkan perut daripada
semua bahan yang merosakkan. Ia juga merehatkan pencernaan, membersihkan darah,
menormalkan fungsi ginjal, hati dan jantung.
9.
Apabila orang itu berpuasa, dirinya terasa kerdil di hadapan Allah, hatinya
mudah tersentuh dan rasa tamak menipis. Nafsunya terkawal sehingga dengan
demikian doanya dikabulkan kerana dekat dengan Allah.
10. Dalam puasa terdapat rahsia agung iaitu ketaatan menyembah Allah. Muslim patuh atas segala perintahNya, tunduk kepada agamaNya, meninggalkan hasrat makan, minum dan bersetubuh hanya demi mencari keredhaan Allah.
10. Dalam puasa terdapat rahsia agung iaitu ketaatan menyembah Allah. Muslim patuh atas segala perintahNya, tunduk kepada agamaNya, meninggalkan hasrat makan, minum dan bersetubuh hanya demi mencari keredhaan Allah.
11. Puasa adalah kemenangan muslim mengalahkan hawa nafsunya. Ia kemenangan muslim ke atas dirinya dan ia bukti kesabaran. Orang yang tidak berpuasa tanpa sebab yang dibenarkan, ia tidak mampu mengendalikan dirinya dan tidak dapat mengalahkan hawa nafsunya.
12. Puasa adalah latihan luar biasa jiwa supaya ia berada dalam
keadaan bersedia 100 peratus. Jiwa yang tersedia ini mampu menanggung beban
hidup sehingga Ramadan juga digelar sekolah istimewa. Selain itu dengan puasa,
kita bersedia dan agung seperti jihad, mendermakan harta di jalan Allah dan
berkorban.
Marilah kita bersama-sama menggenggam azam baru untuk menjadi seorang insan yang benar-benar menjalankan tanggungjawab dan amanah.
Comments
Post a Comment