PANDUAN MENGAJAR MATAPELAJARAN UNTUK IBUBAPA

Seperti yang dijanjikan saya akan menjadikan blog ini sebagai panduan kepada ibubapa untuk membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran anak-anak kita agar mencapai tahap kecemerlangan total.

Kecemerlangan total bermaksud mereka menguasai pengetahuan yang diajar dengan bijaksana. Bijaksana merupakan kemahiran untuk menguraikan pengetahuan diluar konteks buku pelajaran. Dalam ertikata lain anak-anak kita mampu untuk berfikir diaras yang tinggi.

Ibubapa tidak boleh bergantung sepenuhnya  kepada tugas guru di sekolah untuk mengajar anak-anak kita agar menjadi pelajar yang cemerlang secara total. Guru-guru telah menjalankan tugas mereka sebaik mungkin di sekolah dan kita perlu menyedari bahawa cabaran perguruan yang semakin hebat telah membataskan penyampaian mereka.

Namun itu bukanlah alasan mengapa anak-anak kita kurang menguasai kemahiran berfikir dengan baik.

Mengambil sikap menyalahkan keadaan adalah merugikan kita. Sebaliknya kita perlu bertindak segera untuk memperbaiki kelemahan.

Topik pertama saya ialah berhubung dengan TAHAP BERFIKIR RAKYAT MALAYSIA.

Melalui pengalaman dan pemerhatian saya, kebanyakan anak-anak kita berada dalam keadaan kritikal berhubung dengan kebolehan berfikir.  Kritikal yang dimaksudkan ialah kelemahan mereka untuk menghuraikan apa yang dipelajari.

Suka saya menasihatkan ibubapa agar jangan berpuas hati sekiranya anak-anak kita mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Apatah lagi kepada ibubapa dimana pencapaian akademik anak-anak mereka sederhana dan lemah.

Baik yang cemerlang mahupun sederhana dan lemah pada hari ini, mereka sebenarnya berada dalam zon yang kurang selamat apabila mereka dewasa.

Zon dewasa bermakna menempuh alam pekerjaan. Kita perlu memastikan anak-anak kita mampu untuk menyertai "kelompok pemikir" iaitu golongan yang akan menjadi rebutan majikan pada masa hadapan.

Melalui pemerhatian saya, anak-anak yang memperolehi keputusan cemerlang dibangku sekolah pada hari ini; ramai yang gagal untuk menempatkan diri dalam kelompok pemikir tersebut sebaliknya mereka tergolong dalam kelompok pembuat.

Untuk memenuhi kriteria kelompok pemikir, ahlinya perlulah mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi. Kemahiran ini boleh dilatih dan dikuasai. Latihan di sekolah sahaja tidak mencukupi menyebabkan ibubapa perlu meneruskan usaha tersebut di rumah.

Untuk melahirkan anak-anak yang mampu mencapai tahap pemikiran aras tertinggi, saya akan mencuba sedaya mungkin untuk memandu ibubapa menjadi guru yang baik dengan kaedah mengajar yang dipermudahkan, tidak membebankan serta sangat praktikal.

Saya telah mengkategorikan kebolehan berfikir kepada ENAM tahap. Sebagai guru dirumah, diharapkan ibubapa tidak memaksa anak-anak untuk mencapai tahap yang lebih tinggi daripada keupayaan sebenar mereka kerana pencapaian ini bukan untuk dibanggakan dan diperbandingkan sebaliknya untuk membolehkan anak-anak kita bersaing di masa depan.

Saya tidak akan membebankan ibubapa untuk mengambil kursus mengajar untuk menjadi guru kerana saya sedar ramai yang tidak berkesempatan untuk berkursus.

Kaedah mengajar di rumah yang dikongsi ini tidak membebankan serta tidak melibatkan sebarang kos tambahan kecuali MASA.

Ibubapa perlu bertolak ansur dengan tugasan harian mereka dengan memperuntukkan satu jam setiap hari. Saya tidak dapat membantu anda sekiranya anda tidak mampu untuk menelan KOS tersebut.

Seperti diberitahu saya mengkategorilan kebolehan berfikir kepada ENAM  TAHAP.

Tahap SATU merupakan tahap paling asas dan anda perlu memastikan anak anda telah menguasai setiap tahap dengan baik sebelum anda meluluskan peningkatan mereka menaiki tahap kedua, ketiga dan seterusnya sehingga mencapai tahap enam.

Saya berani memastikan bahawa anak-anak yang mampu mencapai tahap  ENAM akan merupakan bukan sahaja pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan akademik malah mereka mampu menempatkan diri mereka dalam kelompok pemikir apabila menghadapi dunia pekerjaan.

Tahap berfikir yang dimaksudkan ialah,

Tahap 1:
MENGETAHUI APA YANG DIMAHUI
Tahap 2:
MEMAHAMI APA YANG DIKETAHUI
Tahap 3:
MEMBUAT APA YANG DIFAHAMI
Tahap 4:
MEMERIKSA APA YANG TELAH DIBUAT
Tahap 5:
MENILAI APA YANG TELAH DIPERIKSA
Tahap 6:
MERUMUS APA YANG TELAH DINILAI

Melalui enam tahap yang saya gariskan, suka saya bertanya  pendapat ibubapa, apakah tahap berfikir anda pada hari ini?

Jika anda merasakan berada ditahap 3, 4, 5 atau 6 maka suka saya ingatkan bahawa anda tidak merenung secara mendalam tentang kebolehan anda. Bukan semua yang dimaksudkan tetapi saya anggarkan bahawa majoriti rakyat Malaysia dibawah usia 20 tahun berada di tahap SATU!!

Disebabkan faktor inilah maka saya terpanggil untuk berkongsi dengan ibubapa untuk menjadi guru yang berkesan walau tanpa tauliah.

Temui anda pada artikel berikutnya iaitu kaedah mengajar KEMAHIRAN BERFIKIR TAHAP SATU.

Saya cuma akan meneruskan sambungan Bahagian Kedua seperti diatas sekiranya mendapat sambutan daripada ibubapa.

Memandangkan perkongsian ini adalah khidmat kebajikan saya secara percuma;  maka saya berharap agar ianya dimanfaatkan oleh sebanyak mungkin ibubapa yang terlibat.

Saya tidak berminat untuk mengenakan caj RM 1,500 seorang untuk mengikuti kursus intensif ini. Saya cuma mengharapkan agar 1500 orang ibubapa komited untuk menunggu Bahagian Kedua ini.

Jumlah 1500 'LIKE" di FB page 'Reformasi Minda Guru" merupakan indikator bahawa saya akan meneruskan bahagian kedua. Saya tidak membuat sebarang sen daripada jumlah LIKE tersebut tetapi ianya adalah satu semangat untuk saya berkongsi ilmu secara percuma.

Comments

Popular posts from this blog

JADUAL WAKTU ANJAL

Lawatan ke rumah pelajar

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK