Posts

KAEDAH ALTERNATIF MENANGANI MASALAH NAHAS BAS

Nahas bas terburuk yang mengorbankan 27 penumpang semalam merupakan satu fenomena yang tidak ada kesudahannya. Tindakan semerta JPJ ialah dengan memperkenalkan SISTEM AUTOMATIK IMPOSEMENT yang menekankan kepada kesalahan melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat. Sistem ini diharapkan mampu menangani masalah kemalangan seperti di atas. Mampukah? Pemandu di Malaysia agak unik. Kebanyakan mereka seperti amat yakin bahawa mereka cekap memandu dan mustahil bagi mereka terlibat dalam kemalangan. Jika tidak masakan Mat rempit sanggup menunggang motorsikal sambil berdiri. Kesimpulannya kebanyakan pengguna jalan raya di negara ini tidak memikirkan keselamatan. Mereka hanya takut kepada penguatkuasaan. Kalau tak percaya lihat di lebuhraya, kalau ada kenderaan yang berselisih dihadapan member isyarat lampu, maka barulah pemandu akan memperlahankan kenderaan kerana diketahui ada perangkap had laju di hadapan. Buatlah kempen keselamatan macamana sekalipun kepada pengguna jalanraya, semua d

PERBEZAAN MENGAJAR DAN MENDIDIK

Peperiksaan SPM dan STPM hampir tiba ke penghujung. Para pelajar yang menduduki peperiksaan akan menarik nafas lega namun degupan jantung para guru disebaliknya. Semakin dekat dengan pengumuman keputusan peperiksaan debaran para guru kian kencang. Jika kerisauan pelajar hanyalah berkisar mengenai diri masing-masing tetapi kegusaran para guru adalah berkaitan dengan keseluruhan anak didiknya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Seolah-olah peperiksaan itu adalah untuk menguji kecekapan guru mengajar ( sesuatu yang harus difikirkan!!!) Saya teringat sewaktu pengumuman keputusan UPSR tempohari secara khususnya. Seorang pelajar ini membuat kenyataan betapa terkejutnya beliau dengan keputusan cemerlang yang diperolehi memandangkan beliau sering tertidur di dalam kelas. Maknanya bukanlah disebabkan oleh guru yang menjadikan beliau cemerlang. Pelajar yang lainnya menyatakan resipi kejayaan adalah tuisyen yang diikuti serta usaha keras mereka mengulangkaji pelajaran. Hampir tid

MEMAHAMI SIKAP ORANG KREATIF

Saya sering ditanya dalam majlis-majlis ceramah berhubung kaedah untuk menjadi kreatif. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, untuk menjadi kreatif, kita perlu menguasai ilmu fundamental (iaitu asas kepada sesuatu ilmu) dengan baik. Menguasai maksudnya MEMAHAMI, bukan sekadar menghafal. Sebab itulah ramai dari golongan masyarakat kita merasakan diri mereka tidak kreatif kerana tidak dikurniakan dengan otak yang kreatif. Mereka silap. Kreativiti boleh dibentuk dan bukan semata-mata anugerah khas. Orang yang menguasai ilmu fundamental dengan baik mampu berfikir secara logik dan mereka akan suka untuk menyelesaikan masalah. Mereka mampu berkomunikasi dengan masalah tersebut. Disinilah bermulanya rekacipta dan inovasi. Salah satu lagi persamaan orang yang kreatif ialah berhubung dengan sikap. Persamaan utama ialah berhubung dengan teknik mengatasi kebosanan. KEBOSANAN ADALAH MUSUH UTAMA. Apabila mereka bosan maka mereka akan mula melakukan perkara lain dan tidak akan melayani kebo

Karnival Malaysia Inovatif 2010

Saya akan berada di Malacca International Trade Centre (MITC) pada 12-14 Nov 2010. Sempena karnival tersebut yang dianjurkan oleh MOSTI, saya akan membuka booth pameran dan mempamerkan mesin rekaan syarikat Zull Design Autotronic. Diantara bahan pameran ialah mesin robot membuat roti jala. Saya juga akan mempamer serta menjual sistem penggera rumah yang menggunakan kuasa bateri. Pada  14 Nov, saya akan menjalankan Bengkel Inovasi dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Dalam bengkel ini saya akan mendedahkan teknik untuk menjadi seorang yang kreatif serta bagaimana untuk menghasilkan inovasi. Bengkel ini adalah bengjkel terbuka dan boleh disertai oleh sesiapa. saya amat berharap para guru di sekitar kawasan tersebut dapat menghadirkan diri menyertai Bengkel ini kerana saya akan berkongsi tips mengajar yang menyeronokkan.

MERANGSANG TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI (RENEWABLE ENERGY RESOURCES)

Bekalan Tenaga Tidak Boleh Diperbaharui (Non-renewable Energy Resources) terhasil daripada bahan fosil yang akan pupus dalam anggaran jangkamasa 40-50   tahun lagi. Sebagai persediaan menghadapi senario tersebut, maka manusia mencipta pula Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy Resources) untuk menampung kepupusan tenaga NRE pada masa hadapan. Sebanyak mana pun wang yang dimiliki oleh kerajaan, ianya tidak mampu untuk membeli NRE yang akan pupus. Oleh yang demikian, kaedah yang paling baik ialah dengan melakukan penjimatan. Sektor pengangkutan dan perindustrian merupakan pengguna tenaga yang terbesar iaitu sebanyak 80% dari keseluruhan penggunaan tenaga. Kepesatan pembangunan tidak memungkinkan kedua-dua sektor ini mengurangkan kebergantungan kepada bekalan kuasa fosil pada masa ini. Bekalan Tenaga Alternatif (Renewable Energy) pula masih lagi mahal untuk penggunaan secara meluas buat masa ini. Bekalan RE yang popular pada masa ini ialah penggunaan Solar Photovoltaic. Bekalan ku

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL

Assalamualaikum Pak Pandir Terima kasih kerana komen anda melalui posting "Bolehkah Kita Bersatu". Saya rasa gembira kerana anda memperjuangkan permasalahan guru kita. Saya memang menunggu feedback sebegini kerana sekurang-kurangnya saya ditegur jika kenyataan dan pendapat saya menyinggung perasaan beberapa pihak. Bukan semua manusia yang terpilih untuk menjadi guru. Tuhan telah memilih manusia-manusia yang hebat sahaja untuk menjadi guru. Ada guru yang tidak menyedari betapa istimewanya mereka apabila ditakdirkan oleh Tuhan untuk menjadi guru. Ramai berpendapat betapa kualiti guru pada hari ini semakin menurun. Pendapat mereka berasaskan betapa  guru-guru pada hari ini memilih kerjaya tersebut sebagai pilihan terakhir. Mungkin ada kebenarannya. Tetapi walau apa pun niat sebenar, sekali mereka menjadi guru, mereka harus memikul amanah tersebut dengan sebaik-baiknya. Seorang guru harus menjadi superman/superwoman. Alangkah bahagianya dunia ini jika ibubapa dan masyarakat

Identiti Bahasa Malaysia

Buat masa ini terlalu banyak isu yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu berhubung identiti negara kita. Ada yang menggelarnya negara Islam, ada juga yang memanggilnya sebagai  negara Melayu dan tidak kurang mengklasifikannya sebagai negara Sekular. Identiti negara kita berubah dari segi nama iaitu daripada Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaya dan seterusnya Malaysia. Adakah sebarang kemungkinan ianya akan berubah lagi dan mendapat nama baru? Bendera juga berubah konfigurasinya mengikut bilangan negeri yang termaktub didalam persekutuan. Bendera juga boleh diubah jika ada permintaan. Lagu Negaraku juga pernah berubah tempo nya. Banyak lagi identiti yang mampu berubah seperti jata negara dan sebagainya. Bagaimana pula dengan bahasa? Bahasa merupakan salah satu daripada cabang identiti sesebuah negara. Negara kita memiliki penutur dari pelbagai bahasa dan baru-baru ini ada diumumkan bahawa rakyat Malaysia memiliki penguasaan Bahasa Inggeris yang tinggi dan baik dikalangan negara