Posts

Guru dan Ramadhan

Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini. Sebulan kita berpuasa dan kita telah berusaha untuk menghindari perkara yang dilarang oleh Allah. Setiap amalan positif yang kita amalkan merupakan integriti dalam kehidupan kita, khususnya sebagai seorang guru. Perubahan tersebut banyak mengajar kita erti seorang guru, yang sewajibnya menjadi nilai kita. Alangkah bagusnya jika perubahan nilai yang kita lakukan sepanjang bulan ramadhan ini dapat terus kita amalkan sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir. Nikmat menjadi seorang guru yang benar-benar ikhlas dalam mendidik amatlah mulia dimata manusia dan disisi Alla Terdapat hikmah di sebalik syariat Allah, khususnya puasa. Ada rahsia, hikmah dan tujuan puasa itu yang diketahui akal manusia. Namun ada juga yang tidak dapat dijangkau akal manusia. Berkenaan hikmah puasa, terdapat tidak kurang 12 jenis hikmah iaitu: 1. Puasa menyempitkan aliran makanan dan darah. Aliran yang sama digunakan syaitan. Maka bisikan syaitan me

Guru Bahasa Inggeris Perlu Dinilai Melalui Peperiksaan

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan kajian dijalankan berhubung pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah kerana penguasaan bahasa tersebut yang kurang baik dan ia bukan berpunca dari guru-guru. Apa yang hendak diperkatakan lagi. Baru reda dengan pembatalan PPSMI, kini ia diungkit semula. PPSMI tempohari, salah satu daripada tujuannya ialah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Waktu Pengajaran&Pembelajaran Bahasa Inggeris disekolah memang tidak mencukupi, sebab itulah matematik dan sains di Bahasa Inggeriskan supaya pelajar diPAKSA menggunakan Bahasa Inggeris. Namun ketidaksabaran sesetengah pihak untuk melihat hasil telah melenyapkan impian tersebut. Sebarang perubahan yang dilakukan disekolah hasilnya akan dicapai dalam masa 15-20 tahun. Para pelajar kurang menguasai Bahasa Inggeris dengan baik akibat kekurangan waktu P&P dan juga kegagalan guru yang mengajar Bahasa Inggeris menguasai bahasa tersebut dengan baik. Pasti ramai yang tidak bersetuju dan memar

Peningkatan Sahsiah Pelajar

Jangkawaktu kursus PLKN akan ditambah lagi kerana masa yang diperuntukkan selama 3 bulan pada masa kini didapati tidak mencukupi untuk peningkatan sahsiah peserta. Pembangunan sahsiah memerlukan masa yang lebih panjang dari apa yang PLKN mahukan. Tidak ada bezanya peningkatan tambahan 2 bulan lagi. Pembangunan sahsiah memerlukan penerapan nilai-nilai murni dari bangku sekolah lagi. Sebab itulah dalam artikel sebelum ini saya menyarankan latihan PLKN dijalankan kepada para pelajar semenjak dibangku persekolahan. Latihan PLKN yang dijalankan sekarang menelan belanja yang terlalu besar. Namun apakah kayu ukur kejayaannya? Saya pernah menghadapi masalah dengan seorang remaja yang memakai seluar PLKN baru-baru ini. Beliau meletakkan motorsikalnya dibahu jalan dan menghalang kenderaan lain. Bermaksud beliau mementingkan diri sendiri. Apabila saya menegur, beliau melenting dan mengajak saya bergaduh. Takkan lah hal sekecil itu pun pelatih PLKN tidak dapat fahami. Sekadar satu contoh tentang

PLKN DALAM SEKOLAH

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat   patriotisme   di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni . Sejak dimulakan pada tahun 2004, berbillion wang rakyat telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut. Tetapi saya tidak nampak hasil yang konkrit. Perpaduan kaum dinegara kita pada hari ini semakin merudum. Maka, apa justifikasi PLKN wajar diteruskan? PLKN seolah tidak serius untuk mencapai matlamat yang diharapkan. Jika benar matlamatnya untuk membina sahsiah diri dan mengukuhkan perpaduan, maka mengapa pemilihan peserta dibuat secara rawak? Sepatutnya semua bekas pelajar pada tahun tersebut wajib terlibat kerana mereka semua yang akan memandu masa depan negara.   Untuk memantapkan sahsiah diri pelajar dan mengukuhkan perpaduan, maka strategi PLKN perlu diubah. Program tidak perlu dijalankan selepas tamat Tingkatan

Hapuskan Sistem Sekolah Vernakular

Pendidikan merupakan satu bidang yang amat penting dalam pembangunan modal insan bagi menjamin kelestarian dan kejayaan sesebuah negara. Malaysia merupakan satu-satunya negara dirantau ini yang mengiktiraf kewujudan sekolah vernakular dalam sistem pendidikan. Sekolah vernakular merupakan satu isu yang amat sensitif untuk dibincangkan kerana ia melibatkan soal politik. Maka kerajaan berpendapat sekolah vernakular perlu diteruskan atas alasan kemandirian politik. Tetapi hakikatnya ia benar-benar menjadi halangan kepada matlamat negara untuk menjadi SATU. Kerajaan berpendapat pembangunan sistem pendidikan negara melalui kewujudan sekolah vernakular mampu melahirkan rakyat yang mempunyai nilai tambah apabila dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Memang benar pendapat tersebut tetapi hasilnya hanya diperolehi oleh satu bangsa sahaja walaupun data menyatakan bahawa 55,975 orang daripada 612,000 pelajar SJKC merupakan pelajar bumiputera . Apakah yang menjadi kepentingan kerajaan sebe

BETULKAN YANG BIASA dan BIASAKAN YANG BETUL

Semakin lama kita menjadi guru, sewajarnya prestasi kita semakin memuncak. Ilmu pengetahuan kita pula secara tidak langsung semakin meningkat kerana profesyen perguruan itu memerlukan kita lebih banyak membaca. Barapa banyakkah bilangan buku telah dibaca oleh guru-guru dalam setahun? Kalau membaca buku-buku pelajar, memang semua guru terpaksa membacanya tetapi persoalan saya ialah buku-buku ilmiah. Buku-buku ilmiah sewajarnya menjadi satu kewajipan untuk dibaca oleh guru-guru. Membaca buku-buku ilmiah wajib menjadi kebiasaan oleh guru-guru. Mengapa saya mengutarakan persoalan membaca ini? Kerana saya melaluinya sendiri bersama-sama golongan pendidik dari peringkat menengah hingga ke pengajian tinggi. Ramai yang tidak dapat berhujah dengan fakta yang ilmiah. Saya tidak berapa kisah jika mereka tidak dapat menjawab, tetapi saya terlalu kecewa apabila mereka tidak berusaha untuk mencari jawapannya. Kita boleh membayangkan apakah kualiti pelajar yang dihasilkan apabila golongan guru jug

SEWAKTU HIDUP MEMBERILAH SEBANYAK-BANYAKNYA

Guru zaman dahulu amat dihormati oleh masyarakat. Mereka dihormati kerana mereka boleh dipercayai. Mereka dipercayai kerana mereka ikhlas. Apabila mereka dihormati maka mereka menonjol menjadi seorang manusia yang hebat. Ternyata, keikhlasan merupakan sifat yang amat penting dalam hidup. Keihlasan tidak perlu didendangkan. Ianya satu kemestian jika kita ingin bahagia dalam hidup. Ramai yang mengatakan diri mereka ikhlas dalam melakukan satu-satu perkara. Apabila mereka menyebut tentang keikhlasan mereka, sebenarnya mereka telah meruntuhkan nilai ikhlas itu sendiri. Keikhlasan bermaksud melakukan sesuatu perkara dalam keadaan yang penuh kesedaran dan tanggungjawab. Manusia yang menerima sumber ikhlas dari kita pasti dapat merasainya. Apatah lagi sebagai seorang guru dengan tanggungjawab yang amat berat. Hanya keikhlasan yang menjadi ubat kepada kesukaran kita. Tidak perlu kita merungut tentang tanggungjawab yang berat kerana ia tidak akan mengurangkan beban tersebut. Hanya diri ki