Posts

Showing posts from February, 2009

Proses Belajar

Belajar adalah satu proses semulajadi yang dilalui oleh setiap manusia berdasarkan hukum alam. Melalui proses belajar manusia mengetahui dan memahami sesuatu. Proses belajar itu sendiri telahpun bermula sejak manusia dijadikan oleh Tuhan. Oleh itu, manusia diturunkan oleh Tuhan ke mukabumi ini untuk menguji sejauh manakah mereka dapat menggunakan akal untuk belajar erti dan tujuan mereka dijadikan. Berdasarkan sejarah, proses belajar ditekankan secara jelas melalui kisah anak-anak Nabi Adam As, iaitu Qabil yang telah membunuh saudara kandungnya Habil akibat perasaan iri hati. Semasa Qabil bingung memikirkan cara untuk menyelenggarakan mayat saudaranya itu, maka beliau terlihat dua ekor burung gagak yang berkelahi dan seekor diantaranya mati. Burung yang masih hidup telah menggali tanah lalu bangkai kawannya itu dikuburkan ke dalam lubang yang kemudiannya dikambus kembali. Melihat kejadian tersebut, maka Qabil pun melaksanakan perkara yang sama terhadap saudaranya itu. Dari kisah terseb

Kriteria Seorang Guru

Renungan sejenak …..Sekiranya anak kandung anda akan mengikuti program pengembaraan kedalam hutan selama sebulan bersama rakan-rakannya, Bagaimanakah perasaan anda? Apakah yang menjadi perkara paling merunsingkan anda? Bagaimana dengan bekalan makanan yang dibekalkan? Melihat kepada persoalan tersebut,sudah tentu ia membawa berita ngeri kepada ibubapa yang terlibat. Semakin senja berlabuh, semakin dekatlah hari esok akan menjelang dan akhirnya akan tiba jugalah saat paling merisaukan. Episod keresahan tidak akan hilang selepas anak-anak bertolak tetapi setiap saat akan terbayang nasib mereka menyusuri kepayahan yang tidak pernah ditempuh sepanjang hidup. Mampukah anak mereka melawan cabaran alam yang tidak dapat diduga. Isu keselamatan jiwa berhadapan rintangan flora dan fauna serta bencana alam sentiasa menjadi keresahan. Diikuti makan minum mereka. Apakah masih cukup makanan yang dibekalkan atau sudah habis diisikan kedalam perut yang lapar. Bagaimana sekiranya anak mereka telah keha

HUKUM ALAM

Hukum Alam tidak pernah salah sejak diturunkan manusia yang pertama ke dunia ini hinggalah ke hari ini. Diantara hukumnya yang terpenting ialah kenyataan bahawa setiap insan amat berkait rapat dan saling bergantungan antara satu sama lain. Tidak ada perbezaan diantara mereka dari segi hak untuk mengecap kehidupan di dunia ini. Tidak ada yang kaya atau miskin tetapi yang ada hanyalah toleransi dan pengorbanan. Biodiversiti ini memerlukan toleransi manusia untuk ditadbir. Hubungan manusia dengan manusia adalah elemen penting dalam memastikan bagaimana mereka meneruskan hidup di alam ini. Setiap manusia tersebut pula mempunyai pancaindera yang sama bentuknya tetapi berbeza daripada sudut seperti saiz yang dapat dibandingkan secara zahir dengan mata kasar. Bukanlah kuasa manusia untuk menentukan bagaimana mereka hendak dizahirkan tetapi semuanya telah ditentukan oleh Tuhan. Manusia hanya dapat menerima apa yang diberikan oleh Tuhan kepada mereka. Ada juga yang dijadikan tanpa pancaindera y

Inilah Perjuanganku

Syukur kehadrat Tuhan yang Maha Esa atas kehendakNya mengurniakan diri ini kekuatan jiwa dalaman dan luaran sebagai antara insan terpilih yang bergelar pendidik bertaraf guru. Diiringi pula sebuah anugerah berupa hati yang dimudahkan menggalas amanah walau dihimpit pelbagai cabaran, seterusnya melengkapkan diri ini dengan kepekaan tanggungjawab untuk bersuara melalui blog ini yang akan menghimpunkan pelbagai pengalaman. Bersyukur atas kurniaannya kepadaku, semenjak hari pertama ditauliahkan sebagai guru, dalam masa yang singkat pelbagai selok belok perjawatan dan tanggungjawab yang digalas kebahuku amat mengesankan diminda lantas skop tugas seorang guru dilihat olehku sebagai suatu profesyen yang amat mencabar dan masa 24 jam sehari terlalu cepat berlalu. Keseronokan yang terpaksa dicipta sendiri untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab yang amat berat akhirnya bertukar menjadi nikmat apabila strategi serampang dua mata, mendidik dan menyelidik menghasilkan penemuan ibarat mata ai