Kriteria Seorang Guru
Renungan sejenak
…..Sekiranya anak kandung anda akan mengikuti program pengembaraan kedalam hutan selama sebulan bersama rakan-rakannya,
Bagaimanakah perasaan anda?
Apakah yang menjadi perkara paling merunsingkan anda?
Bagaimana dengan bekalan makanan yang dibekalkan?
Melihat kepada persoalan tersebut,sudah tentu ia membawa berita ngeri kepada ibubapa yang terlibat. Semakin senja berlabuh, semakin dekatlah hari esok akan menjelang dan akhirnya akan tiba jugalah saat paling merisaukan.
Episod keresahan tidak akan hilang selepas anak-anak bertolak tetapi setiap saat akan terbayang nasib mereka menyusuri kepayahan yang tidak pernah ditempuh sepanjang hidup. Mampukah anak mereka melawan cabaran alam yang tidak dapat diduga.
Isu keselamatan jiwa berhadapan rintangan flora dan fauna serta bencana alam sentiasa menjadi keresahan. Diikuti makan minum mereka. Apakah masih cukup makanan yang dibekalkan atau sudah habis diisikan kedalam perut yang lapar.
Bagaimana sekiranya anak mereka telah kehabisan bekalan makanan dan mampukah mereka meneruskan perjalanan untuk pulang. Segala keresahan akan terjawab seandainya mereka selamat pulang pada tarikh yang ditetapkan.
Kesimpulannya, keresahan akan timbul bila berhadapan dengan satu situasi di mana kita tidak yakin untuk menghadapinya akibat kekurangan yang disedari. Ekoran itu timbul perkataan penyesalan kerana tidak melengkapkan keperluan yang disedari perlu tersebut.
Inilah fenomena bidang pendidikan di negara ini yang menjadi topik hangat sepanjang masa. Semakin dunia bertambah maju semakin terhimpitlah dunia pendidikan diasak oleh manusia yang rakus berlumba mencari ruang untuk membina kehidupan.
Ibubapa di sana-sini bertungkus lumus melebihi tingkah laku anak-anak mereka untuk menentukan waris tersayang mendapat ruang yang lebih baik daripada orang lain.
Maka bersilatlah kerajaan meneroka sistem pendidikan dunia yang sesuai untuk diaplikasikan kepada rakyat negara ini agar mereka mampu mendapat hak pengetahuan yang terbaik sebaris dengan negara-negara maju di dunia.
Usaha kerajaan memperkenalkan pelbagai pendekatan dalam sistem pendidikan di negara ini perlu diakui sebagai satu usaha proaktif dalam menyediakan tahap generasi pelapis yang realistik. Tidak ada usaha yang membazir malahan semuanya memberikan input yang amat positif kepada generasi pelapis negara ini.
Namun begitu, mengapa bidang pendidikan di negara ini menjadi keresahan kepada ibubapa dan masyarakat, menyebabkan timbul pelbagai rungutan dan cadangan samada secara formal ataupun tidak formal?
Jawapan yang berterus terang ialah kegagalan guru. Kegagalan guru untuk memahami tanggungjawab mereka yang sebenar. Kesilapan guru dalam membezakan tanggungjawab dan tugas. Inilah hakikat sebenar yang harus ditelan walaupun ianya terlalu pahit. Tidak kira guru yang berpengalaman ataupun guru yang baru menjejak kaki ke alam perguruan, kesemuanya perlu akur bahawa kegawatan ini lahir dari kecuaian mereka.
Guru di peringkat rendah dan menengah semuanya terlibat dalam menyumbang kearah kegawatan bidang pendidikan. Boleh dikatakan semua individu yang bernama guru patut bersedia mengakui fakta ini.
Individu yang boleh dikecualikan daripada senarai ini dan layak dipanggil guru yang menepati paiawaian alam adalah guru yang;
i. Mendidik dengan niat untuk membekalkan ilmu kehidupan yang secukup-cukupnya kepada anak didik mereka dan memastikan bahawa mereka benar-benar mampu menguasai apa yang telah dibekalkannya.
ii. Mendidik dengan penuh kasih sayang yang sejati agar anak didiknya mendapat pengertian kehidupan melalui contoh teladan.
iii. Mendidik dengan hati yang ikhlas untuk menarik perhatian anak didiknya menghargai dan menyintai ilmu pengetahuan.
iv. Mendidik dengan penuh pengorbanan diri demi memastikan anak didiknya dapat menyelami intipati ilmu pengetahuan yang harus dikuasai oleh mereka sebagai bekalan hidup.
v. Mendidik dengan memastikan anak didik mereka mampu berfikir secara bernas kepentingan dan tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
vi. Memberi tunjuk ajar serta berbincang dengan guru-guru yang lain berhubung kaedah terbaik dan berkongsi ilmu pengetahuan atas dasar tanggungjawab.
vii. Sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan dan membuat penyelidikan kearah penambahbaikan teknik pengajaran.
viii. Meletakkan diri sebagai insan yang bertanggungjawab menjadi contoh berhemah dan mampu meninggikan imej diri dengan penuh ketinggian integriti.
ix. Seandainya ciri-ciri di atas dipenuhi, maka insan tersebut bertanggungjawab pula untuk membentuk guru-guru di sekolahnya agar memikul tanggungjawab mereka sebagaimana yang diamalkannya.
Bagaimanakah respon daripada guru-guru apabila meneliti ciri-ciri tersebut. Apakah ianya suatu impian atau realiti? Biarlah guru-guru sendiri yang menentukannya secara professional dan melihat kembali saat-saat yang berlalu sejak dari mula mengajar sehingga kini.
Penilaian diri perlu dibuat dengan adil dalam semua segi dan dibuat khas untuk mencapai maksud penambahbaikan. Sekiranya kita merasa diri kita telah melakukan yang terbaik, apakah kita sudah berpuas hati apabila suatu hari kita berselisih dengan bekas anak didik sendiri dan mereka langsung tidak mengenali kita?
Produk yang dihasilkan adalah berbentuk jiwa maka kegagalan membekalkan anak didik dengan ilmu kehidupan bakal menyumbangkan kesempitan hidup mereka di masa hadapan. Jika ada insan bernama guru menafikan fakta ini, kategorikanlah diri anda sebagai insan yang tidak pernah membuat salah dan tidak gemar dipersalahkan.
Pernahkah kita membayangkan dan meletakkan diri sebagai manusia yang hidup dan membesar di dalam hutan. Makan minum kita bergantung kepada sumbangan ekologi di sekeliling kita. Duit tidak pernah menjadi satu nilai penting kerana kehidupan harian kita bergantung di atas tulang empat kerat kita sendiri.
Memburu merupakan pekerjaan utama yang menyara perjuangan hidup diri sendiri dan penting sekali anak dan isteri yang bergantung hidup. Jika tidak memburu maka tiadalah lauk yang menjana tenaga untuk terus membesar. inilah rutin seharian manusia yang tinggal dalam hutan belantara. Mengenalpasti tumbuhan hijau yang boleh dibuat sayur serta mencari sumber air yang boleh dibuat minuman. Kemungkinan besar berpegang kepada prinsip hidup untuk makan.
Tanpa pengetahuan dan pelajaran, mereka hidup semata-mata untuk mencari makan dan berkeluarga. Makanan amat penting untuk menentukan survival. Maka memburu haiwan dan menangkap ikan menjadi cara termudah untuk memperolehi makanan dan meneruskan kehidupan.
Mereka juga sedar bahawa setiap yang hidup akan mati. begitu juga sipemburu menyedari bahawa saat kematiannya akan datang juga satu hari nanti dan di masa yang sama siapakah yang akan memburu untuk membekalkan makanan untuk anak beranak mereka.
Maka sipemburu sudah pasti berharap anaknya akan menjadi pengganti dan mampu memburu untuk membawa hidangan makanan kepada keluarganya. Bagi memastikan si anak mampu menjadi pemburu yang baik maka si pemburu perlu memberi tunjuk ajar secara berterusan kepada si anak agar satu hari nanti keluarganya tidak mati kelaparan.
Bagaimanakah caranya beliau mendidik agar anaknya mampu memburu amat bergantung kepada matlamat si pemburu tersebut. Beliau pasti mengerti kesan yang akan berlaku sekiranya sianak gagal menjadi pemburu yang baik. Si anak tersebut perlu memikul amanah sebagai ketua keluarga yang menjadi tempat bergantung seluruh keluarga tersebut.
Pemburu tersebut akan menggunakan segala kepakaran yang ada padanya untuk diperturunkan kepada anaknya. Beliau tidak boleh merasa jemu atau bosan untuk mendidik kerana kesannya amat besar seandainya anak tersebut gagal.
Kisah pemburu tersebut amat berkait rapat dengan tanggungjawab dan amanah seorang guru. Walaupun senario di antara kedua insan tersebut jauh berbeza namun dari sudut pekerjaan, kedua mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu membekalkan ilmu kepada anak didik sebaik yang mungkin agar anak didik tersebut mampu meneruskan perjuangan hidup mereka di masa hadapan.
Secara mudah, kriteria seorang guru yang sejati dapat dilihat di dalam diri pemburu tersebut. Apabila matlamat difahami maka tanggungjawab dan amanah akan disedari secara optimum dan terpulang kepada setiap guru untuk menggunakan kaedah terbaik untuk mendidik.
Sembilan kriteria yang dibentangkan merupakan perincian kepada simulasi mudah matlamat seorang pemburu yang mendidik anaknya untuk membekalkan ilmu kehidupan bagi menjamin masa depan.
Fahamilah matlamat sebenar seorang guru nescaya anda akan mendapati bahawa tugas anda akan menjadi menarik dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan dalam diri yang lebih positif dan seterusnya menjulang kembali reputasi bidang perguruan.

Artikel ini mungkin tidak adil kepada para guru apabila saya mula membaca, tetapi setelah diamati secara mendalam, terdapat kebenarannya. syabas, teruskan berblogging
ReplyDelete