Posts

Showing posts with the label perpaduan kaum

BOLEHKAH KITA BERSATU???

PERPADUAN BANGSA .. satu ungkapan yang mudah disebut tetapi amat sukar dilaksanakan dalam erti kata sebenar di negara ini. Hari ini PM menyeru supaya mereka yang cintakan perpaduan supaya berani bersuara. Jika kita hendak berbicara tentang soal perpaduan, dimanakah kita perlu memulakannya? Untuk mencapai perpaduan hakiki, ianya memerlukan pengorbanan. Bangsa Melayu perlu mengorbankan hak kesamarataan sebagai contohnya, dan Bangsa Cina serta India perlu mengorbankan sistem persekolahan vernakular mereka. Pengorbanan memerlukan keikhlasan hati iaitu sesuatu yang amat sukar dilakukan apabila ianya menyebabkan bangsa tersebut kehilangan legasinya. Jika tidak sanggup berkorban secara ikhlas, maka dasar asimilasi perlu dilaksanakan, iaitu satu sistem paksaan yang tidak demokratik. Namun jika kita melihat secara realiti, tidak ada satu kaedah pun diatas yang mampu menggembirakan rakyat dinegara ini untuk mencapai perpaduan. Konsep 1 Malaysia juga hanya merupakan satu cogankata. Tidak leb

Perpaduan Kaum

Dasar penjajahan Inggeris telah mempolarisasikan masyarakat majmuk negara ini terpisah mengikut kaum, kawasan dan juga pekerjaan. Struktur tersebut mengakibatkan perbezaan kedudukan sosioekonomi yang tidak seimbang seterusnya menghalang hubungan antara kaum. Setelah mencapai kemerdekaan, negara masih lagi dibelenggu oleh warisan masalah ekonomi, politik dan sosial yang berlarutan. Walaupun dalam keadaan dimana pertumbuhan ekonomi yang agak baik tetapi berlaku ketidakseimbangan pendapatan dikalangan kaum dan kelompok masyarakat dalam negara ini. Penguasaan sektor ekonomi tertentu melebarkan jurang pendapatan dan peluang pekerjaan, keadaan ini membawa kepada salah satu factor kecemburuan kaum. Kerajaan melipatgandakan usaha menangani persoalan ini untuk memberikan keseimbangan yang lebih adil kepada semua kaum. Setelah hampir 50 tahun mencapai kemerdekaan, perhubungan antara kaum di negara ini menunjukkan peningkatan persefahaman. Walaupun mereka hidup dalam aman dan damai pada zahirnya