Posts

Jatidiri Guru

Bukanlah martabat yang menjadi perjuangan utama warga guru kerana martabat adalah milik masyarakat. Jika masyarakat ingin memartabatkan kita di suatu peringkat yang tinggi maka tinggilah kita begitu juga sebaliknya. Apa yang ingin dicapai ialah meyakinkan negara bahawa generasi masa depan yang akan bertindak sebagai pelapis yang akan menerajui negara telah siap disediakan dengan ilmu yang secukupnya. Di sinilah sumbangan setiap individu yang bergelar guru dituntut untuk menyempurnakan tanggungjawabnya. Apabila kita menggerakkan hati untuk bertindak maka seluruh anggota badan akan melaksanakan tanggungjawab seperti yang dikehendakki oleh hati kita. Maka hati kita merupakan aspek penting dalam menentukan halatuju kita. Walaupun minda kita mampu menginterpretasikan kesan hasil dari tindakan namun hati kita menentukan tindakan yang akan diambil. Untuk membuktikan kebenarannya, eloklah kita renungkan kembali pendekatan kita dalam pengajaran pada setiap hari. Kita dibekalkan oleh Tuhan denga

Hala tuju Bahagian 2

Guru harus meletakkan hasrat mencapai matlamat yang digariskan untuk dijadikan satu cabaran yang menyeronokkan menjalankan tugas sebagai seorang guru. Tanpa matlamat tersebut maka kita tidak mempunyai halatuju dan berkesudahan dengan perasaaan bosan serta tidak bersemangat untuk menjadi seorang guru. Guru sudah sedia arif dengan rutin menulis persediaan mengajar untuk esok hari dalam buku rekod mengajar yang menjadi tradisi selama berpuluh-puluh tahun. Pernahkah kita meneliti semula pada setiap hujung tahun, helaian demi helaian dalam buku tersebut tentang apa yang ditulis? Rancangan tahunan, bulanan dan harian adalah sebenarnya berkait rapat dengan topik ini. Setiap awal tahun apabila kita telah mengetahui matapelajaran dan tahap yang akan diajar, selalunya saat tersebut merupakan minggu yang amat memenatkan apabila kita perlu melengkapkan buku tersebut dengan sukatan pelajaran, jadual waktu, senarai nama pelajar dan sebagainya. Ada yang menyalin semula sukatan pelajaran kedalam buku

Halatuju anda

Selain faktor harga diri dan tanggungjawab guru yang perlu diperbaharui semula, faktor hala tuju guru-guru pada hari ini adalah satu kemestian yang perlu direvolusikan semula secara total. Hala tuju yang dimaksudkan di sini ialah sikap dan keinginan guru-guru untuk melangkah lebih jauh lagi daripada apa yang dicapainya pada hari ini. Melangkah lebih jauh bermaksud mendalami ilmu yang mampu memberikan makna yang berguna bukan sahaja kepada diri sendiri malahan lebih dari itu, untuk melengkapkan bekalan ilmu kehidupan masa hadapan kepada anak didik yang dihadapinya pada hari ini. Seorang pengembara bergantung kepada peta apabila beliau pertama kali menjejakkan kakinya kesatu destinasi yang asing baginya. Ada peta yang berbentuk umum dan ada yang terperinci mengikut kesesuaian. Sebagai seorang pengembara, peta yang terperinci sangat membantu pengembaraan berbanding sebuah peta yang umum. Begitu jugalah hakikatnya dengan senario warga guru. Buku panduan sukatan pelajaran disediakan oleh p

PIAGAM DIRI: FORMULA MENGATASI KEBOSANAN KERJA

Apabila kita berkunjung ke pejabat kerajaan, kita akan melihat Piagam Pelanggan mereka terpampang di dinding untuk menyampaikan kepada pelanggan matlamat perkhidmatan yang mereka janjikan.Sebagai contoh, berjanji bahawa pelanggan akan memperolehi dokumen yang diperlukan dalam jangkamasa 2 jam atau sebagainya. Dalam erti kata lain, piagam ini adalah janji serta perkara yang boleh diukur. Konsep Piagam ini boleh diapplikasikan kedalam diri seorang guru untuk menjadikan kerjaya kita lebih sistematik dan menarik. Piagam Diri ini boleh dilaksanakan secara informal tanpa melibatkan sebarang polisi. Maksudnya anda menetapkan janji kepada diri anda berhubung apa yang perlu anda capai. Sebagai contoh, diakhir tahun saya berjanji bahawa kesemua pelajar saya akan mendapat markah sekurang-kurangnya C, bermaksud tiada siapa yang akan gagal. Diantara Piagam Diri Tahunan yang boleh dilakukan ialah: 1 Diakhir tahun, 30% pelajar akan mendapat A dalam matapelajaran Matematik 2 Diakhir tahun, 60% pelaja

TANGGUNGJAWAB GURU

Tanggungjawab seorang guru adalah sebagai seorang penyebar ilmu yang diamanahkan oleh Tuhan untuk mendidik dan membimbing anak didiknya agar berkeupayaan menjadi seorang manusia yang berjaya di masa hadapan. Harga diri seorang guru yang paling utama ialah keupayaan mereka memikul tanggungjawab ketahap yang terbaik. Namun sebelum itu, guru-guru harus muktamad dengan tanggungjawab yang dimaksudkan. Seorang manusia yang bertanggungjawab akan dipercayai oleh orang sekeliling. Pokok pun akan hidup subur jika si penanam menunjukkan tanggungjawab tinggi terhadap tanamannya. Begitu juga dengan seorang guru, diyakini kebolehannya atas nilai tanggungjawab yang dipegang untuk membentuk anak didik kearah kejayaan. Sebagai seorang guru, tanggungjawab utama kita ialah membentuk anak didik agar mereka berjaya menjadi manusia yang mampu meneruskan kehidupan pada masa hadapan tanpa memerlukan bantuan. Guru bertanggungjawab membina keyakinan para pelajarnya untuk menimba ilmu kehidupan secukup-cukupnya

HARGA DIRI SEORANG GURU BHG 2

Nilai-nilai murni yang menjadi impian manusia sebagai pegangan adalah fundamental kepada nilai harga diri seorang guru. Masyarakat beranggapan bahawa seorang guru adalah ahli psikologi yang sedia lahir dengan ilmu kemasyarakatan yang tinggi dan mampu mempengaruhi anak didik dengan tingkahlaku mereka. Guru tidak melakukan kejahatan malahan seringkali masyarakat menyelami jiwa seorang guru sebagai insan yang memiliki sikap pengorbanan yang tinggi semata-mata untuk kejayaan orang lain. Sebab itulah rata-rata ramai ibubapa yang melafazkan penyerahan anak mereka untuk diadili oleh guru seandainya anak mereka tidak mendengar kata. Keyakinan ini terbit kerana mereka merasakan guru merupakan insan yang adil, halus pertimbangannya dan akan mengambil tindakan atas dasar kasih dan sayangnya terhadap masa depan pelajar mereka. Kesimpulannya, kesedaran memulihkan harga diri seorang guru adalah wadah perjuangan total revolusi mental dan emosi guru yang perlu dilaksanakan di peringkat akar umbi seca

HARGA DIRI SEORANG GURU

Sebagai seorang guru, kita dihormati oleh masyarakat sebagai seorang insan yang terhormat kerana kita memiliki kemahiran mendidik untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Ibubapa dan masyarakat mempunyai pegangan bahawa di tangan gurulah masa depan anak mereka digarap dan sudah semestinya mereka sangat berharap agar setiap guru dapat membentuk anak-anak mereka menjadi seorang manusia yang berguna di masa hadapan. Mereka akur bahawa guru memiliki cara dan kaedah terbaik untuk mendidik anak-anak mereka kerana guru-guru dikurniakan dengan ilmu khusus berhubung bidang pendidikan. Guru-guru memiliki satu harga diri yang tidak ternilai dimata masyarakat. Guru merupakan insan yang dihormati dan disanjungi sehingga keakhir hayat mereka. Gelaran guru akan kekal walaupun siguru telah meninggal dunia. Jasanya akan dikenang sepanjang hayat seandainya beliau banyak mencurahkan bakti terhadap kepentingan umum sepanjang tempoh hayatnya. Di zaman penjajahan, guru merupakan suatu profesyen yang amat dihorma