Posts

FENOMENA WARGA GURU BHG 4

Kita masih bersyukur masih ada guru yang begitu prihatin terhadap pelajar dan nama sekolah. Menjadi seorang pendidik bukannya tugas mudah. Tetapi terpulang kepada guru sendiri untuk mengkategorikan diri mereka. Jika dilihat, guru-guru ini dapat dibahagikan kepada dua kategori utama. Pertama yang merasakan tugas mendidik suatu tugas berat, memerlukan perancangan rapi, menyediakan pengajaran yang menarik, mendidik dengan tekun bagi memastikan kesemua anak didiknya berjaya dengan cemerlang. Walaupun tugas tersebut berat, tetapi pada akhirnya mereka merasakan nikmat yang tidak terhingga apabila objektif yang disasarkannya tercapai. Mereka mampu menggariskan pengurusan masa yang berkesan. Golongan kedua pula merupakan golongan yang mengiakan pendapat masyarakat, iaitu tugas guru memang senang. Tetapi bila berhadapan dengan masyarakat, mereka tetap mengatakan bahawa tugas guru itu berat kerana selain mengajar terpaksa melaksanakan tugas-tugas mirip buruh kasar seperti mengecat, membuat garis

FENOMENA WARGA GURU BHG 3

Masalah sosial seperti ponteng sekolah,merokok, bohsia, vandalisme, gangsterisme dan lain-lain lagi merupakan persoalan yang sungguh sinonim dengan pelajar dan nampak seakan menjadi agenda negara. Anak murid guru manakah yang terlibat dalam masalah-masalah ini? Mengapa hal ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini? Adakah disebabkan media massa yang menggembur gembarkan permasalahan ini maka hal ini dilihat sebagai pemangkin kepada masalah ini? Kita lupakan peranan media massa dan berbalik kepada perbincangan keluarga guru dan mengenepikan soal luar. Masalah sosial ini ketara di sekolah-sekolah menengah tanpa mengenepikan sekolah rendah. Apabila timbul sesuatu masalah, maka pihak sekolah sebenarnya lebih senang menutup kes tersebut kerana tidak mahu dilabelkan sebagai sekolah bermasalah oleh Pejabat Pelajaran Derah, Jabatan Pelajaran Negeri mahupun Kementerian Pelajaran Malaysia. Mana tidaknya, jika terdapat sesuatu kes tersebut, maka pihak atasan tidak kenal penat dan lelah untuk memb

FENOMENA WARGA GURU BHG 2

Sekolah merupakan tempat mendidik pelajarnya dari segi kurikulum dan kokurikulum yang terkandung nilai-nilai murni sebagai bekalan anak-anak ini menempuh masa depan mereka. Biar apapun nilai murni yang ditanam secara langsung dan tidak langsung, fungsi dan matlamat akademik tetap diutamakan. Ilmu pengetahuan melalui mata pelajaran yang diajar tetap menjadi intipati dan agenda sesebuah sekolah. Maka guru yang diamanahkan untuk mengajar matapelajaran ini tidak dapat lari dari hakikat bahawa ini adalah tanggung jawabnya. Apa yang terjadi hari ini, sekolah-sekolah pada hari ini terlalu melebihkan soal non-akademik berbanding fokus kepada akademik. Terlalu banyak aktiviti seperti Hari kantin, sukan, perkhemahan, lawatan, persaraan guru, hari guru, mesyuarat guru dan lain-lain lagi. Aktiviti tersebut tidak dapat dinafikan pentingnya untuk memupuk nilai-nilai murni pelajar tetapi yang menjadi persoalannya ialah cara perlaksanaannya. Haruskah sambutan hari guru sebagai contoh, merupakan suatu

FENOMENA WARGA GURU BHG 1

Guru, manusia yang ditakdirkan oleh Tuhan untuk mendidik golongan manusia yang lain. Takdir yang telah ditentukan sejak dia dicipta. Seorang guru sebenarnya sendiri kurang pasti pada awalnya mengapa dia menjadi seorang guru. Perjalanan seorang guru, sejak ia bertatih hingga membuat keputusan menjadi seorang guru sememangnya telah tersurat. Manusia yang berkeinginan menjadi seorang guru, yang pada awalnya dinamakan cita-cita, tidak melihat kenyataan di sebalik pahit getirnya seorang guru. Manusia yang tidak dapat menempatkan dirinya kepada cita-cita asalnya pula, guru menjadi pilihan. Manakala, manusia yang didorong untuk menjadi guru oleh ibubapa pula merupakan anak yang mematuhi asuhan ibubapa, walaupun jauh di sudut hati telah terpendam cita-cita yang lebih tinggi. Biar apapun cita-cita asal seorang manusia itu, sebaik dia melangkah kedalam bilik darjah untuk mengajar buat pertama kali, dia dinamakan guru. Maka bermulalah episod ketentuan takdir. Namakan apa sahaja kerjaya di atas mu

REALITI PELAKSANAAN HASRAT DAN MATLAMAT KERAJAAN ERA TUN DR MAHATHIR (sambungan artikel lepas)

REALITI: Sejauh manakah kemajuan yang dicapai secara kolektif setakat ini berdasarkan realiti diperingkat pelaksanaan? Secara kolektif, pencapaian kemajuan pengkomputeran sebenarnya berada di bawah tahap yang wajar. Apa yang berlaku secara realiti adalah penggunaan IT dalam P&P gagal membawa makna sebenar kaedah tersebut. Komputer dilihat sebagai satu perkakasan yang perlu dipelajari cara penggunaannya sedangkan fungsi sebenarnya hanyalah sebagai alat bantuan mengajar. Penggunaan Internet secara optimum gagal dimanfaatkan kerana ia sebenarnya memerlukan seorang guru yang kreatif untuk menghasilkan suasana P&P yang kondusif. Kegagalan guru meneroka potensi Teknologi Maklumat menyebabkan strategi P&P mereka tidak ada bezanya dengan P&P menggunakan papan hitam. Teknologi Maklumat sebenarnya mampu menjadikan suasana P&P yang merangsang minat pelajar memahami isi kandungan pelajarannya. Kreativiti guru menghasilkan kepelbagaian kaedah pengajaran menggunakan IT juga seben

HASRAT DAN MATLAMAT KERAJAAN ERA TUN DR MAHATHIR

Wawasan 2020 adalah matlamat besar kerajaan Tun Dr Mahathir sewaktu memandu negara ini untuk keluar dari kepompong ‘negara’ sedang membangun. Wawasan untuk menjadi sebuah ‘negara maju’ tidak boleh ditangguhkan lagi kerana negara-negara tersebut telah jauh kehadapan sementara Malaysia masih kekal stereotaip kedudukannya. Tun Dr Mahathir mensasarkan masa yang relevan bagi rakyat Malaysia bergerak seiring dengan usaha kerajaan mencapai matlamat tersebut. Kerajaan telah membuat pelaburan besar mendirikan prasarana Multimedia Super Corridor sebagai isyarat dari Malaysia kepada negara-negara lain tentang kesediaannya untuk bersaing dalam era teknologi. Pelaburan tersebut memang signifikan dari sudut pembangunan selari antara kemajuan teknologi domestik dengan kemajuan teknologi global pada masa kini. Negara berjaya mewujudkan satu prasarana yang dirancang untuk keadaan futuristik dan menggamit minat pelabur asing membuat pelaburannya di negara ini. Seandainya keadaan ini berjaya dikekalkan m

Dasar dan Pelaksanaannya

Perubahan masa turut sama mempengaruhi perubahan tingkah laku manusia. Manusia terus bergiat aktif dalam memperbaiki taraf kehidupan mereka. Perubahan ini menyebabkan berlakunya pembangunan bentuk ekonomi, politik, sosial dan budaya. Manusia berlumba mencapai matlamat dan berlakulah letusan idea dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Pembangunan pesat bidang pendidikan di negara ini adalah selari dengan tuntutan globalisasi yang menuntut keperluan masa depan yang terlalu kompetitif. Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai proses perubahan bagi disesuaikan dengan perubahan kehendak semasa. Walaupun terdapat beberapa pendekatan yang tidak konsisten seperti masuk keluarnya pengenalan sesuatu perkara, jika pihak kerajaan mempunyai pandangan tersendiri yang kukuh berhubung tindakan fleksibel mereka, maka ia dianggap tindakan berani yang harus dipuji kerana Kementerian Pelajaran dianggap sungguh responsif terhadap pencapaian sesuatu pendekatan. Mereka tidak mengekalkan sesu