Posts

TAHAP KREATIVITI RAKYAT MALAYSIA

Apabila saya memberi ceramah berhubung kreativiti,seringkali saya ditanya soalan berhubung kaedah untuk menjadi seorang yang kreatif. Kreativiti adalah idea yang dihasilkan oleh seseorang. Saya tidak mengatakan dihasilkan oleh "orang kreatif". Kerana tidak ada istilah "orang kreatif" sebenarnya. Maksudnya semua orang berkemampuan untuk menghasilkan kreativiti. Manusia yang mampu berfikir ialah golongan orang yang kreatif. Diperjelaskan lagi, seorang manusia yang berfikir tentang masalah yang dihadapi dan kemudian memikirkan pula jalan penyelesaiannya juga telah menjalani satu proses pemikiran kreatif. Mereka ini tergolong dalam kelompok manusia yang mempunyai IDEA YANG KREATIF . Seterusnya, terdapat golongan yang mampu menghasilkan produk yang kreatif. Mereka ini adalah pembina. Dengan kemampuan teknikal yang ada, beliau mampu menterjemahkan idea kreatif ke dalam bentuk teknikal dan menjadikannya sebagai satu produk. Mereka ini tergolong dalam PEMBINA YANG KREATIF .

Kreativiti

Kreativiti merupakan salah satu agenda yang penting diperkatakan diseluruh dunia pada masa kini. Kreativiti yang tinggi mampu menjana ekonomi sesebuah negara. Justeru kerajaan Malaysia tidak ketinggalan untuk menggalakkan kreativiti dikalangan rakyat. Maka tanggungjawab ini ditekankan kepada para pendidik untuk melahirkan pelajar yang kreatif. Pelbagai teknik secara langsung dan tidak langsung telah dirancang oleh pihak kementerian serta pakar-pakarnya untuk melahirkan pelajar yang kreatif. Namun pada pandangan saya, usaha ini tidak menunjukkan peningkatan seperti yang diharapkan. Mengapa agaknya? Sekali lagi saya memohon maaf kepada para guru kerana pada pandangan saya guru masih tidak faham bagaimana proses kreativiti yang sebenarnya harus dilaksanakan. Lantaran itu kita gagal melahirkan pelajar yang kreatif. Mungkin ramai yang tidak bersetuju kerana melalui pelbagai pertandingan rekacipta yang dijalankan pelajar menunjukkan peningkatan dalam merekacipta. Jika benar begitu, dimanakah

Criminal Breach of Trust di sisi Tuhan

Alhamdulillah, buat pertama kalinya dalam hidup saya diizinkan oleh Allah s.w.t. untuk menunaikan Umrah seterusnya menyambut Ramadhan dan Syawal di Tanah Suci Mekah. Pelbagai perkara yang dilalui, amat menakjubkan, maklumlah first timer. Kepada yang telah berulangkali menziarahi kota suci tersebut mungkin telah sedia maklum tentang keadaannya tetapi buat yang belum pernah menziarahi kota tersebut mungkin agak berminat untuk mengetahui apa yang saya temui semasa tempoh saya disana. Semasa saya disana terdapat 5 juta umat Islam sedang beribadah. Setiap waktu solat, berebut manusia menerjah Masjidil Haram untuk beribadah. Lebih ramai daripada mana2 konsert didunia. Disekeliling Masjidil Haram terdapat hotel2 yang bertaraf 5 bintang dimana harganya mencecah RM2000 seorang sehari. Kalau nak murah pun ada tetapi kena berjalan lebih daripada 2 km. Hotel 5 bintang ini telah difatwakan termasuk sah untuk bersolat didalam hotel, maksudnya berjemaah didalam hotel tersebut bersamaan dengan berjema

BETULKAH APA YANG KITA PERJUANGKAN?

Wahai pejuang-pejuang bangsaku. Cuba kita renungkan sebentar apa yang kita perjuangkan selama ini berada dilandasan yang betul. Melayu semestinya Islam. Fakta ini adalah kelaziman. Pejuang Melayu berjuang berhabis-habisan mempertahankan hak keistimewannya di Tanah Melayu ini. Terima kasih kepada semua pejuang. Nabi Muhammad s.a.w. berjuang untuk menegakkan syiar Islam diseluruh dunia. Alhamdulillah kini jutaan manusia beragama Islam diseluruh dunia. Berpunca hanya daripada beliau seorang. Islam mengajar umatnya erti sebenar kehidupan. Bagaimana cara untuk hidup dengan mulia. Berkasih sayang. Kini ditangan kitalah terletaknya tanggungjawab untuk meneruskan syiar Islam ini. Tanggungjawab setiap umat Islam tidak kira yang besar atau kecil, miskin atau kaya, putih atau hitam, lelaki atau perempuan. Tanggungjawab semua. Ya, kita amat bertanggungjawab untuk menyebarkan agama suci ini. Berhubung tanggungjawab yang dipegang ini, kaedahnya mudah sahaja. Kita tidak perlu mengajar penganut lain b

DILEMA SEKOLAH KEBANGSAAN BHG 2

Nasib orang Melayu kini sebenarnya dibinasakan oleh pejuang-pejuang Melayu sendiri. Saya bertanggung jawab di atas kenyataan ini. Pejuang-pejuang Melayu masa kini tidak mempunyai daya pemikiran yang relevan dengan perubahan iklim semasa. Apa istimewanya mempunyai hak apabila kita harus membeli semula sayur yang ditanam ditanah kita dengan harga yang tinggi? Lambakan graduan yang menganggur seperti diumumkan majoritinya adalah orang Melayu. Bilangan yang gagal membayar pinjaman PTPTN juga majoritinya adalah orang Melayu. Gagal mendapatkan pekerjaan bagaimana untuk membayar pinjaman? Mengapa mereka gagal? Mereka gagal disebabkan oleh pejuang-pejuang bangsa Melayu yang bermatian-matian memperjuangkan keistimewaan orang Melayu. Siapa pejuang Melayu yang berani tampil ke hadapan dan mengakui fakta bahawa mereka merupakan punca Melayu gagal? Mereka ini suatu hari akan lenyap dan digantikan dengan pelapis lain yang mewarisi perjuangan mereka. Pelapis yang tetap dengan ideologi merit kepada Me

DILEMA SEKOLAH KEBANGSAAN BHG 1

Apabila bidang pendidikan dipersoalkan, fikiran kita sebenarnya lebih tertumpu kepada permasalahan di Sekolah Kebangsaan, sekolah yang memikul reputasi negara sebagai khazanah yang menunjangi sebuah bangsa Malaysia. Malangnya, Sekolah Kebangsaan kini telah menjadi suatu dominasi oleh golongan Melayu kerana golongan kaum Cina lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRK) Cina. Kesannya, terlihat satu cabaran besar negara untuk menyatu padukan rakyat di negara ini kerana anak-anak di bangku usia yang sangat kecil telah diasingkan mengikut bangsa dan tercetuslah pula satu fenomena pahit yang amat sukar dipulihkan seandainya negara berhasrat mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dalam warna-warni kaum yang berlainan. Kesan jangka panjangnya pula banyak kelihatan tidak menyebelahi pelajar-pelajar Melayu yang dari kecil bergaul sesama sendiri dan apabila mereka menaiki sekolah menengah maka semangat bangsa mereka dengan sen

FENOMENA WARGA GURU BHG 5

Kreativiti merupakan suatu ciri yang perlu ada pada semua guru. Samada menghadiri kursus ataupun dipupuk secara kendiri, kreativiti dapat menjamin mutu pengajaran yang berkualiti. Contohnya mata pelajaran kemahiran hidup. Di dalam sukatan pelajaran telah digariskan kemahiran yang perlu diajar kepada murid. Disertakan sekali contoh sebagai panduan kepada guru. Tetapi apa yang berlaku? Jika didalam sukatan pelajaran memberi contoh membuat projek pembaris, maka di seluruh negara guru-guru mengajar cara membuat pembaris. Guru tidak dapat mengadaptasikan kemahiran yang perlu diajar dengan membuat projek selain dari contoh. Bagaimanakah kita hendak mencungkil bakat kreativiti pelajar sedangkan guru sendiri tidak menunjukkan kreativiti yang perlu dimiliki. Berbalik kepada persoalan pokok, bidang akademik adalah satu kemestian yang perlu diberi keutamaan oleh guru. Baik dari segi perancangan, ringkasan mengajar, alat bantu mengajar, pengajaran, latihan dan pemeriksaan buku latihan adalah prose