Posts

REVOLOSI MENTAL

Sebagai peneraju utama kepada pewaris generasi negara masa hadapan, Institusi Pendidikan perlu menilai semula prestasi mereka dan bertanggungjawab penuh untuk ikhlas memperbetulkan kesilapan yang berlaku dengan komitmen yang jitu. Seandainya sesuatu pendekatan yang telah dilaksanakan pada hakikatnya tiada integritinya maka segeralah bertindak memperbaiki keadaan dengan penuh ketulusan. Untuk meletakkan negara Malaysia dihormati dikalangan negara-negara maju, perkara utama yang perlu dibangunkan tidak lain dan tidak bukan ialah rakyatnya. Rakyat negara ini yang perlu dibangunkan terlebih dahulu kerana mereka merupakan tenaga penggerak yang akan memacu negara ini berdepan dengan cabaran globalisasi secara kolektif. Tidak ada gunanya jika memiliki ekonomi dan teknologi yang canggih tetapi rakyat negara ini tidak mempunyai daya saing yang tinggi kerana lambat laun kecemerlangan tersebut akan merosot akibat ketidakmampuan berdepan dengan saingan dan cabaran. Revolusi Mental perlu menjadi fo

THREE TIME-WASTERS

Don’t Argue More time is wasted in argument than in any other form of human activity. Most arguments are about things that don’t matter. If the other fellow says that Dato' Siti Nurhaliza wore black dress on the Malaysian Music Award, and you happen to know that is was blue, why waste time in contradicting him? He won’t thank you. And what advantage do you get from putting him right? If you are going about the world putting people right, you will have more than a full-time job. A job, too, for which you will get no thanks. If you win an argument, that’s about the only thing you will win. You are quite likely to lose a friend. People don’t like to be proved wrong. And what difference does it make to you whether Dato' Siti Nurhaliza wore black of blue? Keep you energies for things which more worthwhile. And you will keep friends too. Don’t Criticize Other People What a temptation it is to criticize other people – when they are not there to hear it. And what a sign of a weak per

HOW TO GET THE BEST OUT OF PEOPLE

Object of finding fault is not to find fault, but to effect an improvement. The love of PRAISE and APPRECIATION is pretty strong. Use it, and you set a powerful force in motion. People will do wonders for you. People reflect your own personality To be a good leader : • You must be a human. Don’t pretend to be superior, or to have no human weaknesses. • You must put your best in yourself. A fellow who is working with a spade is not particularly stimulated by another one who gives directions with his overcoat of necktie on. • You must enjoy your job and get some fun from it. There deadly serious people make but poor leaders. To get good results, both you and the friend must get some fun out of the job. Incidentally, to enjoy your job – leader or no leader – is one of the great essentials to health and happiness. Take people into your confidence People are always pleased to be taken into confidence, especially by their leader. It makes them feel important. Show people that you expect the

Master the Art of Living

Master the Art of Living How you behave to others and how others behave to you make up the Art of Living. Master the art of living, and you can call yourself M.A.L if you like. M.A’s can be found among the failures, but if you make yourself M.A.L you can rely on success coming your way. And to graduate, you must start by studying your PERSONALITY Don’t worry about your looks Good looks of course are an asset, but your personality means more to you. Napoleon Bonaparte was only five feet two inches in height, but his personality made him a giant. Good looks fade with the years But Personality Grows

Mencorak Generasi Pewaris Negara

Kanak-kanak dan remaja merupakan golongan yang mudah dipengaruhi minda mereka. Pada peringkat ini, sewaktu mereka sedang mempelajari tentang erti kehidupan, sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk menyumbangkan input tersebut. Input yang diasuh bakal mencorakkan cara hidup mereka pada masa hadapan. Perkembangan tersebut secara langsung membuktikan Institusi Pendidikan bertanggungjawab melahirkan generasi pewaris negara yang akan menerajui negara. Generasi ini bakal menentukan halatuju negara pada masa akan datang yang semestinya lebih kompetitif dan mencabar. Sehubungan itu, pihak perancangan dan pelaksanaan dasar pendidikan negara merupakan anggota terpenting dalam kitaran masyarakat hari ini. Hubungan secara terus mereka dengan generasi pewaris ini haruslah ditangani dengan penuh teliti kerana sebarang kecacatan bakal menyebabkan kerosakan pada corak negara akan datang. Pihak perancang dan penggubal dasar di negara ini haruslah berpegang teguh pada matlamat yang sejati sec

Pembangunan Insan

Pembangunan insan merupakan suatu proses yang terpenting dan menjadi kayu ukur kehidupan sebenar seseorang manusia. Manusia amat memerlukan kemahiran tertentu untuk hidup. Dari kecil mereka belajar berjalan, berlari, melompat dan seterusnya membaca, menulis dan mengira. Manusia belajar untuk mengharungi kehidupan. Mereka belajar mengenai sebab dan akibat. Terlalu banyak benda yang perlu dipelajari mengenai kehidupan. Zaman persekolahan merupakan platform terbaik untuk membentuk insan melalui didikan dan asuhan yang diperlukan. Objektif utama pendidikan tidak pernah berubah prinsipnya untuk membekalkan ilmu kehidupan yang diperlukan oleh anak didikan sebagai bekalan menghadapi masa depan mereka. Malangnya, objektif utama ini semakin tersisih jauh dan tinggal sebagai suatu slogan. Ianya tidak lagi menjadi tiang utama dan inilah punca sebenar sistem pendidikan kita pudar kualitinya. Apa yang lebih ditekankan pada hari ini ialah tahap pencapaian akademik melalui peperiksaan. Para pelajar d

BUKU REFORMASI MINDA GURU KINI DI PASARAN

Untuk membeli buku REFORMASI MINDA GURU, sila hantarkan e-mel kepada reformasimindaguru@yahoo.com. Anda juga boleh menghubungi saya melalui SMS kepada 019-3721449. Sila nyatakan 1. Nama penuh 2. Alamat Penghantaran 3. No Telefon yang boleh dihubungi Mod pembayaran melalui akaun bank seperti berikut: Nama bank: AMBANK No Akaun : 1320020036845 Penama : Zulfadzli Bin Haron ATAU Nama bank: MAYBANK No Akaun : 114150396143 Penama : Zuraidah Bte Jamari Harga setiap buku ialah RM30.00 Kos penghantaran melalui Pos Laju : RM 5.00 (Semenanjung) RM 10.00 (Sabah Sarawak)

Proses Pendidikan Formal

Melihat kepada mekanisma asas proses belajar, manusia memperkenalkan sistem belajar yang lebih tersusun iaitu pendekatan memindahkan ilmu pengetahuan dua hala dari seorang manusia kepada seorang manusia yang lain. Proses ini pula dibahagi kepada formal dan tidak formal seperti yang umum ketahui. Pendidikan formal jelas dilihat apabila terdapat kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan sukatan pelajaran yang ditetapkan, guru yang mengajar, bahan bacaan, bangunan, masa yang dijadualkan, peperiksaan untuk menguji tahap pencapaian dan beberapa penyeragaman lain. Ilmu pengetahuan yang dipindahkan secara sistematik tersebut telah menggariskan keperluannya untuk dipelajari oleh manusia. Bergantung kepada usia, proses pendidikan semakin meningkat tahap ilmunya dari tahun ke setahun sehinggalah mereka melengkapkan zaman persekolahan formal. Ilmu asas yang diberi penekanan khusus diantaranya ialah membaca, menulis dan mengira. Selepas mereka menguasai ilmu-ilmu tersebut, maka mereka akan didedah

Proses Pendidikan Formal

Proses Pendidikan Formal Melihat kepada mekanisma asas proses belajar, manusia memperkenalkan sistem belajar yang lebih tersusun iaitu pendekatan memindahkan ilmu pengetahuan dua hala dari seorang manusia kepada seorang manusia yang lain. Proses ini pula dibahagi kepada formal dan tidak formal seperti yang umum ketahui. Pendidikan formal jelas dilihat apabila terdapat kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan sukatan pelajaran yang ditetapkan, guru yang mengajar, bahan bacaan, bangunan, masa yang dijadualkan, peperiksaan untuk menguji tahap pencapaian dan beberapa penyeragaman lain. Ilmu pengetahuan yang dipindahkan secara sistematik tersebut telah menggariskan keperluannya untuk dipelajari oleh manusia. Bergantung kepada usia, proses pendidikan semakin meningkat tahap ilmunya dari tahun ke setahun sehinggalah mereka melengkapkan zaman persekolahan formal. Ilmu asas yang diberi penekanan khusus diantaranya ialah membaca, menulis dan mengira. Selepas mereka menguasai ilmu-il

Proses Belajar

Belajar adalah satu proses semulajadi yang dilalui oleh setiap manusia berdasarkan hukum alam. Melalui proses belajar manusia mengetahui dan memahami sesuatu. Proses belajar itu sendiri telahpun bermula sejak manusia dijadikan oleh Tuhan. Oleh itu, manusia diturunkan oleh Tuhan ke mukabumi ini untuk menguji sejauh manakah mereka dapat menggunakan akal untuk belajar erti dan tujuan mereka dijadikan. Berdasarkan sejarah, proses belajar ditekankan secara jelas melalui kisah anak-anak Nabi Adam As, iaitu Qabil yang telah membunuh saudara kandungnya Habil akibat perasaan iri hati. Semasa Qabil bingung memikirkan cara untuk menyelenggarakan mayat saudaranya itu, maka beliau terlihat dua ekor burung gagak yang berkelahi dan seekor diantaranya mati. Burung yang masih hidup telah menggali tanah lalu bangkai kawannya itu dikuburkan ke dalam lubang yang kemudiannya dikambus kembali. Melihat kejadian tersebut, maka Qabil pun melaksanakan perkara yang sama terhadap saudaranya itu. Dari kisah terseb

Kriteria Seorang Guru

Renungan sejenak …..Sekiranya anak kandung anda akan mengikuti program pengembaraan kedalam hutan selama sebulan bersama rakan-rakannya, Bagaimanakah perasaan anda? Apakah yang menjadi perkara paling merunsingkan anda? Bagaimana dengan bekalan makanan yang dibekalkan? Melihat kepada persoalan tersebut,sudah tentu ia membawa berita ngeri kepada ibubapa yang terlibat. Semakin senja berlabuh, semakin dekatlah hari esok akan menjelang dan akhirnya akan tiba jugalah saat paling merisaukan. Episod keresahan tidak akan hilang selepas anak-anak bertolak tetapi setiap saat akan terbayang nasib mereka menyusuri kepayahan yang tidak pernah ditempuh sepanjang hidup. Mampukah anak mereka melawan cabaran alam yang tidak dapat diduga. Isu keselamatan jiwa berhadapan rintangan flora dan fauna serta bencana alam sentiasa menjadi keresahan. Diikuti makan minum mereka. Apakah masih cukup makanan yang dibekalkan atau sudah habis diisikan kedalam perut yang lapar. Bagaimana sekiranya anak mereka telah keha

HUKUM ALAM

Hukum Alam tidak pernah salah sejak diturunkan manusia yang pertama ke dunia ini hinggalah ke hari ini. Diantara hukumnya yang terpenting ialah kenyataan bahawa setiap insan amat berkait rapat dan saling bergantungan antara satu sama lain. Tidak ada perbezaan diantara mereka dari segi hak untuk mengecap kehidupan di dunia ini. Tidak ada yang kaya atau miskin tetapi yang ada hanyalah toleransi dan pengorbanan. Biodiversiti ini memerlukan toleransi manusia untuk ditadbir. Hubungan manusia dengan manusia adalah elemen penting dalam memastikan bagaimana mereka meneruskan hidup di alam ini. Setiap manusia tersebut pula mempunyai pancaindera yang sama bentuknya tetapi berbeza daripada sudut seperti saiz yang dapat dibandingkan secara zahir dengan mata kasar. Bukanlah kuasa manusia untuk menentukan bagaimana mereka hendak dizahirkan tetapi semuanya telah ditentukan oleh Tuhan. Manusia hanya dapat menerima apa yang diberikan oleh Tuhan kepada mereka. Ada juga yang dijadikan tanpa pancaindera y

Inilah Perjuanganku

Syukur kehadrat Tuhan yang Maha Esa atas kehendakNya mengurniakan diri ini kekuatan jiwa dalaman dan luaran sebagai antara insan terpilih yang bergelar pendidik bertaraf guru. Diiringi pula sebuah anugerah berupa hati yang dimudahkan menggalas amanah walau dihimpit pelbagai cabaran, seterusnya melengkapkan diri ini dengan kepekaan tanggungjawab untuk bersuara melalui blog ini yang akan menghimpunkan pelbagai pengalaman. Bersyukur atas kurniaannya kepadaku, semenjak hari pertama ditauliahkan sebagai guru, dalam masa yang singkat pelbagai selok belok perjawatan dan tanggungjawab yang digalas kebahuku amat mengesankan diminda lantas skop tugas seorang guru dilihat olehku sebagai suatu profesyen yang amat mencabar dan masa 24 jam sehari terlalu cepat berlalu. Keseronokan yang terpaksa dicipta sendiri untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab yang amat berat akhirnya bertukar menjadi nikmat apabila strategi serampang dua mata, mendidik dan menyelidik menghasilkan penemuan ibarat mata ai